suria

Ibu jawab tuduhan bawa anak berkelah di lokasi insiden kepala air, hakikatnya dah lama serik nak jejak kaki ke situ lagi!

Insiden 'mistik' yang berlaku kepada Rawda (dalam bulatan) tiga tahun lalu selepas pulang dari kawasan perkelahan di Tupah tidak akan dilupakan Nur Hidayati sehingga bila-bila.

SEJAK kebelakangan ini, ramai yang membuat perkongsian mengenai aktiviti riadah masing-masing di media sosial selepas kerajaan memberi kelonggaran untuk melakukan aktiviti sedemikian.

Aktiviti ini juga dapat dilihat pada sekeping gambar yang memaparkan sebuah keluarga sedang bersantai sambil mandi-manda di air terjun yang terletak di sebuah lokasi perkelahan.

Bersama gambar tersebut, pemiliknya turut berkongsi coretan kisah yang tidak akan dilupakan mereka sekeluarga mengenai satu insiden aneh yang berlaku selepas pulang dari kawasan perkelahan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik berbalas pantun tiba-tiba gambar di air terjun rosak, rupa-rupanya ramai yang ‘teman’ mandi - “Ada yang demam, bau setanggi pukul 4 pagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa nampak ular ‘target’ anak sedang mandi air terjun tapi tak sempat bertindak, tiba-tiba dah kena patuk 2 kali - “Dua klinik tak terima kes ni”

Hantaran yang diletakkan tajuk 'Pulangkan, dia anakku' yang dikongsikan di Facebook itu menjadi tular di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Menurut Nur Hidayati Hassan, kisah yang dikongsikan menerusi hantaran di Facebook itu merupakan kisah lama yang berlaku pada 2018, namun ia ditularkan kembali oleh segelintir pihak baru-baru ini.

Apa yang dikesalkan Nur Hidayati, hantaran tersebut bukan sahaja ditularkan tanpa meminta keizinan daripadanya, malah ia tidak memasukkan fakta sebenar sehingga ramai yang salah sangka kononnya dia melanggar prosedur operasi standard (SOP).

"Kisah tersebut adalah kisah tiga tahun lepas yang kebetulan postingnya pada bulan September juga. Orang yang baca tanpa selidik betul-betul mesti 'assume' kami melanggar SOP seronok-seronok pergi riadah sedangkan kami di Kedah masih fasa 1.

"Keduanya, tempat perkelahan itu di Tupah, lokasi yang jadi kepala air baru-baru ni. Ada yang kecam sebab kami berani berkelah di situ sedangkan sekarang ni masih ditutup.

"Banyak sangat kecaman gara-gara ia diviralkan semula sedangkan orang tak tahu, ia adalah kisah tiga tahun lepas," ujar wanita berusia 34 tahun ini.

posting 2018

Posting Nur Hidayati yang dimuat naik di Facebook tiga tahun lalu kembali tular baru-baru ini.

Menurut Nur Hidayati, hantaran yang dikongsikannya pada 22 September 2018 itu bertujuan untuk berkongsi pengalaman yang tidak akan dilupakannya seumur hidup, dan dalam masa yang sama memberi pengajaran kepada orang lain agar sentiasa beringat sekiranya beriadah di kawasan hutan.

"Masa tu anak saya yang bongsu, Rawda, berusia setahun lebih. Kiranya dia dah pandai berjalan dan suka main... kalau dia baby lagi memang saya pun takkan bawa. Saya mandikan dia kejap dan bila dia menangis, terus bawa dia naik atas.

rawda 1

Rawda kini sudah berusia 4 tahun.

"Ingatkan menangis sebab kesejukan. Bila nak salin baju, mak saya perasan badannya macam 'biru'. Mungkin tak tahan sejuk. Masa tu dia dah berhenti menangis.

"Waktu malam tu dekat rumah, Rawda menangis tak berhenti-henti. Puas pujuk susu, berdukung... semua tak jalan. Tak lama tu, abang WhatsApp dekat grup famili, beritahu kakak ipar macam kena rasuk. Abang minta kami datang rumah mak.

"Kami adik beradik rumah dekat-dekat, jadi saya pun pergi jenguk juga dan bawa Rawda sekali. Kebetulan abang saya pengamal perubatan tradisional. Masa berinteraksi dengan kakak ipar, 'benda' tu beritahu Rawda tu anaknya dan minta pulangkan," cerita ibu kepada tiga cahaya mata yang menetap di Pendang, Kedah.

Banyak sangat kecaman gara-gara ia diviralkan semula sedangkan orang tak tahu, ia adalah kisah tiga tahun lepas.

NUR HIDAYATI HASSAN

Menurut Nur Hidayati, proses 'berubat' dikendalikan sepenuhnya oleh abangnya dan berakhir sekitar pukul 4 pagi.

"Benda itu dari air terjun yang kami pergi siang hari. Sejak insiden tu, kami tak pernah lagi pergi ke sana lagi. Rasa macam serik dan bimbang benda sama akan berulang.

"Orang kata, tempat macam tu selalu orang buang saka, dan pernah ada kes orang meninggal sebab lemas. Alhamdulillah, Rawda sihat dan sekarang pun dah berusia empat tahun.

sibling rawda

Rawda merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik.

"Selepas kejadian tu, ambil masa juga nak bawa anak-anak pergi riadah. Kami ni sukakan alam semula jadi. Pernah bawa anak-anak pergi camping, Alhamdulillah semuanya ok.

"Cuma sebagai ibu bapa, kita kena beringat. Saya sendiri amalkan selawat, baca doa mohon perlindungan sebaik keluar rumah. Bila di tempat asing, bacalah Ayat Kursi sebagai pendinding. InsyaAllah akan terpelihara," ujarnya yang merupakan peniaga produk minuman kesihatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain