suria

Tengah kuarantin, wanita ini dapat kejutan kek birthday... tapi paling terkejut saat terima satu gambar selfie - “Eh kereta macam kenal"

Syikin (gambar kecil) tidak menyangka rakan-rakannya membuat kejutan di rumahnya.

"EH, tapi kereta macam kenal?" itulah yang terdetik dalam hati seorang gadis apabila melihat gambar selfie yang dihantar oleh rakannya.

Video yang dimuat naik oleh gadis tersebut menunjukkan tiga sahabatnya membuat kejutan dengan menghantar sendiri hadiah dan kek hari jadi ke rumahnya walaupun dia sedang menjalani kuarantin.

Video tersebut meraih hampir 70,000 totonan di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilahirkan kaki pendek, pemuda ini teruskan hidup bergerak guna skateboard walau selalu juga jatuh tergolek - “Teringin nak hiking...”

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak je kental, dalam hati gayat! Video ‘mengucap’ lalu titi sempit raih lebih setengah juta views - “Dua keping kayu dah tercabut, tawakal sajalah”

Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Ashikin Jaafar, 24, berkata dia tidak dapat meraikan hari lahir bersama kawan-kawan kerana perlu berkuarantin di rumah selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Bagaimanapun, rakannya Huda Mohsa, 24, serta dua yang lain membuat kejutan dengan menghantar kek dan hadiah hari jadi di hadapan rumahnya pada 22 September lalu.

"Video tu dirakam masa saya tengah berkuarantin di rumah, sepatutnya saya keluar meraikan hari jadi dengan mereka. Tapi tak boleh sebab dah kena kuarantin, jadi saya pun mintalah gambar selfie mereka.

"Tiba-tiba mereka hantar gambar selfie di depan rumah saya, katanya nak hantar kek dan hadiah hari jadi. Saya terkejutlah dan kemudian sempat rakam dari dalam bilik.

IMG_9696

Antara hadiah yang diterima oleh Syikin daripada rakan-rakan sempena hari lahirnya.

"Mereka letak hadiah dan kek hari jadi tersebut di tembok depan rumah saya. Kemudian saya turun ambil barang itu selepas mereka masuk semula ke dalam kereta dan melambai.

"Memang tak sangka langsung sebab ingatkan mereka akan sambut hari jadi saya selepas dah habis tempoh kuarantin," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap bersama keluarganya di Presint 11, Putrajaya.

Mesra disapa Syikin, katanya, dia terpaksa berkuarantin kerana ibunya, Hashimah Md Yusoff, 49, disahkan positif Covid-19 pada Rabu lalu dan perlu menjalani isolasi kendiri di rumah mereka.

Justeru, rakan-rakannya mengambil keputusan untuk membuat kejutan untuk Asyikin yang mana mereka telah bersahabat sejak 2016.

"Idea tu daripada kawan-kawan saya juga sebenarnya, mereka cadang nak sambut masa keluar bersama-sama. Tapi tiba-tiba ibu postifif Covid-19.

"Jadi mereka ambil keputusan untuk buat kejutan dengan menghantar kek dan hadiah hari jadi ke rumah.

ergerg

Syikin (tengah, kanan) sudah berkawan dengan mereka sejak orientasi di universiti pada tahun 2016.

"Mereka semua adalah kawan waktu saya ambil Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Malaysia Kelantan.

"Sebenarnya kami ada lapan orang tapi hanya tiga sahaja yang tinggal sekitar Kuala Lumpur. Kami berkawan sejak orientasi pada tahun 2016 sampailah sekarang," katanya yang kini bekerja sebagai kerani akaun di Puchong, Selangor.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia menyambut hari lahirnya pada 11 September bersama keluarga di rumah kerana belum cukup tempoh dos vaksin kedua.

Syikin mengaku berasa sedikit sedih apabila tidak dapat menyambutnya bersama kawan-kawan kerana sudah membuat perancangan sejak awal bulan lagi.

"Masa tahu kena kuarantin tu terus rasa nak nangis sebab dah rancang nak celebrate dari awal bulan sementara tunggu habis pantang vaksin dua minggu.

Habiskan kuarantin dahulu, lepas tu baru enjoy tanpa membahayakan orang lain.

NURUL ASHIKIN JAAFAR

"Ibu mula rasa sakit tekak, selsema dan batuk sedikit pada 14 September, dia terus buat ujian sampel air liur bagi ujian saringan Covid-19 di Klinik kesihatan Putrajaya dan keputusannya negatif.

"Tetapi selepas tiga hari, ibu mula demam dan hilang deria rasa. Jadi kami ke klinik yang sama semula untuk pemeriksaan dan pada waktu itulah ibu disahkan positif Covid-19," ujarnya.

Walaupun tidak dapat meraikan hari penting itu bersama kawan-kawan, Syikin bersyukur kerana keadaan ibunya beransur pulih.

Dia juga tidak sabar untuk memotong gelang setelah selepas berkuarantin selama dua minggu di rumah mereka.

"Kami sekeluarga diarahkan unruk berkuarantin di rumah dan ibu pula isolasi kendiri kerana dia seorang sahaja yang disahkan positif.

IMG_9695

Syikin (dua, kanan) dan keluarganya akan tamat berkuarantin pada 30 September ini.

"Alhamdulillah keadaan ibu semakin pulih walaupun deria rasanya masih kurang, kami akan tamat berkuarantin pada 30 September dan tak sabar nak potong gelang.

"Untuk mereka yang terpaksa berkuarantin ketika hari lahir tu janganlah langgar SOP curi-curi keluar. Habiskan kuarantin dahulu, lepas tu baru enjoy tanpa membahayakan orang lain," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain