HANGAT diperkatakan mengenai siri drama Korea Selatan, Squid Game yang sedang ditayangkan di Netlix, sehingga menjadi trending di Malaysia. Siri tersebut mengisahkan sekumpulan individu yang terdesak akibat masalah kewangan dan hutang, sanggup menggadai nyawa menyertai permainan berbahaya semata-mata untuk memenangi hadiah wang tunai. Menjadi kegilaan dan bualan di media sosial, ia turut mencetuskan idea buat seorang gadis melukis wajahnya di aplikasi TikTok, berinspirasikan salah satu karakter dalam drama popular itu. ARTIKEL BERKAITAN: 'Squid Game' pecah rekod drama Korea paling popular selepas seminggu ditayangkan... trending no 1 di banyak negara termasuk AS ARTIKEL BERKAITAN: Squid Game 'terbocor' nombor telefon, lelaki dakwa diganggu tanpa henti siang dan malam! Video gadis itu membuat solekan kesan khas bagi watak Kang Sae-byeok (067) lakonan Jung Ho-yeon, meraih hampir setengah juta tontonan dalam sehari. Gadis berkenaan, Nurul Aimi Azwa Norhizam berkata, dia bukan meghasilkan mekap bagi menyerupai wajah pelakon Korea itu, sebaliknya hanya kesan khas bagi karakter tersebut. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya mekap untuk kesan kotor, darah dan freckle (jeragat) wajah dia. Saya juga menggunakan eyelash glue atau gam bulu mata palsu bagi menampakkan kesan mata sedikit sepet. "Kenapa Sae-byeok? Sebab saya suka karakter dia dalam Squid Game. Watak dia tak banyak bercakap, hanya diam dan lebih gemar menyendiri," katanya kepada mStar. Siri drama popular Korea Selatan, Squid Game. Mengenai solekan tersebut, gadis berusia 23 tahun itu mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menyempurnakannya menggunakan pelembab, pelindung matahari dan celak. Selain itu, dia yang lebih mesra disapa Aimi turut menggunakan palet lukisan yang boleh dilakukan pada wajah untuk menampakkan kesan lukisan freckle. Saya bukan MUA, tak pernah dibayar untuk mekap orang pun. Kalau saya nak jadi MUA, kena berguru atau kursus terlebih dahulu NURUL AIMI AZWA NORHIZAM Dalam pada itu, dia yang berasal dari Segamat, Johor mendedahkan dirinya bukan jurusolek (MUA), tetapi membuat solekan demi content dan paid review di TikTok. “Saya bukan MUA, tak pernah dibayar untuk mekap orang pun. Belum bersedia nak jadi MUA, saya tak pandai dan belum yakin lagi nak mekap muka orang. "Kalau saya nak jadi MUA, kena berguru atau kursus terlebih dahulu. Mekap ni bagi saya challenging, kena buat macam-macam look," ujar anak kedua daripada tiga beradik itu. Aimi mahu mengikuti kursus terlebih dahulu untuk menjadi MUA. Aimi berkata, dia turut mengikuti siri drama popular Squid Game dan tidak menyangka pengakhiran bagi karakter Sae-byeok. "Bagi saya, watak dia cukup kuat. Tak sangka dia kena bunuh. Orang nak bunuh pun sebab dia sakit, kalau dia tak sakit mungkin tak mati... saya menangis bila tengok part tu. "Satu lagi watak dalam Squid Game yang meninggalkan kesan adalah Abdul Ali (lakonan Anupam Tripathi) juga buat saya menangis. Watak dia innocent," tambahnya. Antara video mekap yang dihasilkan Aimi di TikTok. Selain Squid Game, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor itu turut mengikuti drama-drama Korea lain. "Saya bukanlah terlalu fanatik drama Korea, tapi tetap mengikutinya. Saya memang minat dengan pelakon Park Seo Joon, minat sangat!" ujarnya secara berseloroh. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI