"ANAK oh anak." Hanya itu kata-kata yang mampu diucapkan oleh seorang ibu apabila mengimbas semula kejadian yang menimpa anaknya. Rakaman video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan menunjukkan terdapat serpihan gabus putih di dalam hidung anaknya dan ia cuba dikeluarkan menggunakan dua jarum peniti. Perkongsian video penuh mendebarkan itu setakat ini meraih lebih 2 juta tontonan di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Anak ‘bertuah’! Tanggal gigi palsu ibu tapi tak pasang semula, akhirnya mak balik rumah tanpa gigi penuh - “Patutlah pelik sikit mukanya” ARTIKEL BERKAITAN: “Boleh tak solek pengantin berusia?” - Dapat job klien usia 60an, jurusolek buat magik beri ‘look’ 30an... sempat korek rahsia kulit tak kedut Bercerita kepada mStar, Puteri Anggraini Mohamad, 29, berkata kejadian berlaku pada Khamis kira-kira jam 6.30 petang di kediaman ibunya yang terletak di Bukit Tok Beng, Terengganu Puteri Anggraini berkata ketika itu dia baru sahaja selesai bermain basikal bersama anaknya Vera Edelweiss Mohamad Izzuddin, yang baru berusia dua tahun. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Masa tu kami baru lepas main basikal di luar sebab tiba-tiba hujan jadi kami semua masuk dalam rumah. "Tak tahulah macam mana anak saya ni boleh terjumpa serpihan kecil gabus dan kemudian masukkannya ke dalam hidung sendiri. Vera terjumpa sepihan gabus dan memasukkannya ke dalam hidung. "Mula-mula saya ingatkan tak ada apa-apa, tapi mak saya perasan yang Vera ada masukkan sesuatu dalam hidungnya. Bila suluh guna flash telefon, baru nampak memang ada benda putih kecil dalam hidungnya. "Baru saya teringat mak baru beli almari yang ada kepingan gabus. Memang dah sorokkan semuanya, tapi Vera boleh terjumpa pula," katanya yang menetap di Keramat, Kuala Lumpur. Terkejut dengan apa yang dilihat, dia yang mesra disapa Anggerik cuba mengeluarkan serpihan gabus itu menggunakan picagari dengan mengalirkan air ke dalam hidung anaknya. Percubaannya itu gagal tetapi suaminya, Mohamad Izzuddin Mohd Rafee, 29, terfikir satu lagi cara untuk mengeluarkannya. "Vera tahu yang dalam hidungnya ada 'benda' sebab nampak dia pun korek hidung dan tiga kali bersin. Masa tu dia memang dah mula berhingus tapi serpihan gabus tersebut tak keluar langsung. "Jadi saya pun cubalah masukkan air ke dalam hidung Vera dengan menggunakan picagari, tapi tak boleh juga. Saya terpaksa tunggu dia tertidur dan minta bantuan suami untuk keluarkan serpihan gabus itu dengan cara lain. Ia merupakan kali pertama pasangan ini berdepan dengan perkara sebegitu. "Bila dia dah tertidur tu kami pun suluh lagi sekali dan nampak serpihan gabus tu sudah berada betul-betul ada di bahagian hujung hidung. "Lubang hidung Vera terlalu kecil untuk kami keluarkan dengan pengepit, jadi suami mengambil keputusan untuk mengeluarkannya dengan menggunakan jarum peniti. "Lagipun kalau guna jarum ni senang sikit kita nak kepit dan akhirnya suami berjaya keluarkan serpihan gabus itu dalam masa seminit tanpa sebarang kecederaan," katanya yang merupakan seorang suri rumah dan penjual kosmetik secara online. Anggerik mengakui bahawa dia langsung tidak terfikir untuk mengeluarkan serpihan itu dengan menggunakan jarum peniti seperti yang difikirkan suaminya. Malah, pada waktu itu dia juga telah berniat untuk membawa Vera ke klinik berhampiran rumah ibunya. "Saya memang tak terfikir langsung nak keluarkan dengan cara sebegitu, sebab ingat nak bawa dia ke klinik terus selepas selesai solat Maghrib. Saya cuma nak berpesan kepada ibu bapa di luar sana supaya jangan mengambil risiko seperti kami. PUTERI ANGGRAINI MOHAMAD "Tetapi bila Vera dah tertidur, kami pun cubalah ikhtiar cara lain. Vera ni seorang kanak-kanak yang peramah dan pandai bermain sendiri. "Tapi sejak duduk di Terengganu awal September lalu, Vera banyak bermain dengan sepupunya dan mungkin sebab itu jugalah makin banyak akal sampai masukkan benda dalam hidung," katanya berseloroh. Menurut anak jati Terengganu itu, ini merupakan kali pertama dia berdepan dengan insiden sebegitu. Bagaimanapun, dia menasihatkan supaya ibu bapa di luar sana sebaik-baiknya mendapatkan rawatan di hospital jika berlaku kejadian yang sama. "Vera ni anak pertama saya dan ini first time jadi benda macam ni. Lepas saya muat naik video tu, ramai juga yang komen menceritakan pengalaman mereka sendiri dan juga anak-anak dan ada juga mengkritik. Vera merupakan anak pertama Izzuddin dan Anggerik. "Saya cuma nak berpesan kepada ibu bapa di luar sana supaya jangan mengambil risiko seperti kami, sebab kalau tak berani lebih baik ke hospital terus untuk dapatkan bantuan. "Walaupun kita dah cuba menjaga anak-anak dengan sebaik mungkin, perkara kecil seperti ini tetap akan terjadi. Benda kalau dah nak jadi, kita memang tak dapat nak jangka," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!