"BUKAN nak membuka aib sebab kami tak dedahkan wajah atau namanya pun... tapi niat utama adalah mahu sebar kesedaran agar dijadikan pengajaran buat majikan lain." Demikian penegasan pasangan suami isteri, Dr Israfil Merican dan Nur Izzah Khalil berhubung pendedahan mengenai sikap 'panjang tangan' bekas pembantu rumah mereka. Terdahulu menerusi aplikasi TikTok, Nur Izzah memuat naik video penemuan barang-barang miliknya dan suami di dalam bagasi milik pembantu rumah mereka selepas melakukan 'spot check' sebelum wanita warga Indonesia itu pulang ke kampung halamannya. ARTIKEL BERKAITAN: Bibik hantu! Wanita trauma maid baru kerja seminggu buat hal... kebas barang lebih RM30,000 sebelum lari - “Tak akan lupa muka anak 12 bulan terlentok dalam walker” ARTIKEL BERKAITAN: Balik 3 bulan ke Jawa Timur, majikan tergamam dapat tahu bibik pulang ke negeri abadi... tinggalkan memori manis bersama keluarga - “Berat hati nak beritahu anak” Empat klip video yang dimuat naik secara berasingan itu sehingga kini meraih antara 36,000 hingga 544,000 jumlah tontonan. Menurut Nur Izzah, dia sudah lama tergerak hati untuk melakukan pemeriksaan terhadap bagasi milik pembantu rumahnya itu sejak wanita tersebut sudah mula mengemas barang-barang untuk dibawa pulang. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Dah lama sebenarnya nak check tapi asyik tertangguh saja. Sebenarnya bibik kami dijadualkan pulang pada 12 September kerana permitnya sudah tamat... jadi dia dah kemas bagasi awal. Tapi penerbangannya cancel. Saya tempah tiket kali kedua, pun batal juga. "Kali ketiga tempah tiket, penerbangannya pada 26 September. Jadi malam sebelumnya tu, saya saja beritahu nak check bagasinya. Mukanya terkejut dan agak menggelabah... dia kata semua barang dalam bagasi tu adalah miliknya. "Tapi akhirnya dia benarkan kami check. Bagasi pertama yang saya buat spot-check, saya jumpa barang mekap. Terkejut sangat. Saya tergerak untuk rekod sebagai bukti dan tujuan protection. Baju milik anak-anak Nur Izzah dan Dr Israfil turut 'dirembat'. "Gali punya gali lagi, banyaklah barang milik kami dalam bagasi dia. Baju kelawar eksklusif milik saya pun ada. Dia tipu konon kawannya yang beri. Selama ini, kami ingat barang-barang yang hilang ni sebab tersalah letak. Langsung tak fikir kena curi, lagi pula baru pindah rumah... memang tak sangkalah," ujar wanita berusia 36 tahun ini. Menurut Nur Izzah yang juga pengasas produk kecantikan kulit Kozha Skincare, selepas mengambil semula barang kepunyaan mereka, dia dan suaminya kemudian mengambil keputusan untuk membungkus (wrap) bagasi-bagasi tersebut dan meletakkannya di dalam kereta. "Malam tu, kami siap tidur di ruang tamu rumah untuk pastikan bibik tak contact sesiapa dan pass barang apa-apa lagi. Bibik ni ada geng yang sebelum ni selalu sangat datang rumah, walaupun kami dah larang. Beg kepit (pouch) dan telefon bimbit yang sudah tidak digunakan turut ditemui dalam bagasi pembantu rumah tersebut. "Nak dipendekkan cerita, subuh sebelum kami bertolak ke lapangan terbang, bibik ni datang jumpa saya dan minta maaf. Masa nak hantar, kami spot-check lagi beg tangan dan beg plastik yang dijinjing... jumpa pula seutas jam tangan suami. "Dia kata, dia ambil jam tangan tu sebab dah tiada bateri. Aduhai boleh pula dia bagi jawapan macam tu. Kami boleh simpulkan barang-barang kami yang dia 'simpan' bernilai antara RM4,000 hingga RM5,000. "Ia termasuklah barang mekap, hotwheels, baju, jam tangan dan macam-macam lagi. Itu baru yang kami jumpa... ada lagi yang masih 'ghaib' hingga kini iaitu jam tangan saya dan dua bentuk cincin saya," ujar ibu kepada empat cahaya mata ini. Dia kata, dia ambil jam tangan tu sebab dah tiada bateri. Aduhai boleh pula dia bagi jawapan macam tu. NUR IZZAH KHALIL Sementara itu, Dr Israfil pula menambah, dia sama sekali tidak menyangka pembantu rumah yang dianggap seperti ahli keluarga sendiri itu tergamak mengkhianatinya dan isteri. Malah tambahnya yang merupakan Pengarah (Perubatan) di platform kesihatan digital, Andson.com.my itu, wanita berusia lewat 30an itu menunjukkan kelakuan dan sikap yang amat berbeza sejak kebelakangan ini. "Dua tahun dia berkhidmat dengan kami. Sikapnya ketika mula-mula bekerja dengan akhir-akhir ini sangat berbeza. Pernah banyak kali terhidu bau rokok di kawasan biliknya. Tiada siapa dah yang merokok di rumah. "Bukan itu saja, akhir-akhir ini selalu sangat kawan-kawan dia datang ke rumah walaupun kami dah larang. Pernah sambil buat kerja, tangannya sibuk pegang handphone. Itulah petanda dia sudah tak hormat majikan. Dr Israfil dan Nur Izzah berkongsi pengalaman agar dapat dijadikan iktibar buat para majikan yang lain. "Saya bukan apa, malas nak tegur berlebihan atau berkasar... bimbang nanti anak-anak kita pula jadi mangsa. Kami layan dia baik sangat selama ini. Baju raya pun beli, tiket nak balik pun kami tanggung. Malah kami hulur sikit duit kepadanya sebelum berlepas. "Ada yang komen kenapa tak lapor polis. Kecewa memang kecewa dengan apa yang dia dah buat, namun kami masih ingat apa kebaikan dia kepada keluarga kami," ujarnya lagi. Pasangan ini dalam pada itu turut melahirkan rasa bersyukur kerana sudah mendapat seorang pembantu rumah warga tempatan yang disifatkan ibarat 'langit dengan bumi' jika mahu dibandingkan dengan bekas bibik mereka. Nur Izzah merupakan ibu kepada empat cahaya mata. "Bukan nak puji sebab pembantu baru ni orang kita, tapi memang berbeza level rajin dan sikap mereka berdua. "Ini adalah pengalaman kami... tak semua pembantu rumah seberang itu tak bagus. Cuma segelintir saja. Buat majikan dan bakal majikan, ingatlah, walau baik macam mana pembantu rumah kita, sentiasalah berwaspada... tapi bukan nak suruh buruk sangka. "Tetapkan peraturan dan kalau mampu, pasanglah kamera litar tertutup (CCTV). Kita sebagai majikan bertanggungjawab untuk pastikan tiada benda buruk berlaku di depan dan belakang kita," kata Nur Izzah lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!