SIAPA sangka bermula dengan ucapan 'Bismillahirrahmanirrahim' (bermaksud Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang), dua insan dipertemukan jodoh. Ungkapan pertama itu dihantar seorang jejaka menerusi mesej secara langsung (DM) kepada seorang pengguna akaun Instagram yang kini sah bergelar isterinya. "Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Nurin," demikian mesej pertama yang dikirim jejaka berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Selalu bagi gambar tak clear, sekali jumpa handsome! Ibu tunggal akhirnya terima lelaki hantar WhatsApp nak kenal 10 tahun lalu sebagai suami ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 kali jumpa wanita tak dikenali di majlis kahwin, lelaki ini beranikan diri masuk meminang... dedah 2 kali tulis nama calon isteri dalam buku 101 impian Wanita itu, Nurin Syazwani Mohd Rozi berkata, dia dan suaminya bernikah pada 22 Julai lalu selepas empat bulan berkenalan. Berkongsi pengalaman di awal perkenalan, dia menerima DM pertama daripada suaminya pada 23 Mac lalu yang merupakan rakan sekerja kepada seorang rakan perempuannya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kawan saya yang bekerja satu tempat dengan suami beritahu dia ada kawan lelaki yang dah lama single. Kawan tu juga beritahu suami yang kenalannya iaitu saya juga single. "Pada mulanya suami teragak-agak bila tengok akaun Instagram saya ada ramai followers sedangkan dia rasa diri dia biasa-biasa je," katanya kepada mStar. Nurin (kanan) dan suami ketika mula berkenalan. Lebih mesra disapa Nurin, katanya, dia juga pada mulanya agak keberatan untuk berkenalan memandangkan usianya yang begitu muda baru 22 tahun, manakala suaminya berumur 29 tahun. "Sebelum kenal suami, saya tak pernah kenal dan rapat dengan orang yang jauh lebih tua. Kawan saya tu kata, kenal-kenal dulu kalau selesa, baru teruskan. "Saya mula-mula segan nak chat dengan dia. Perjumpaan pertama kami pun beramai-ramai pada 29 Mac, seminggu selepas tu baru first date," ujarnya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, ketika janji temu pertama mereka dia turut membuat panggilan video dengan ibu bapanya yang berada di kampung. "Masa saya buat video call dengan mak ayah, dia perkenalkan diri. Secara kebetulan ayah saya kenal ayah dia. Ayah beritahu ayah dia orang baik-baik," katanya sambil menambah suaminya berasal dari Kota Bharu. Nurin menyifatkan suaminya sebagai matang, penyayang dan merendah diri. Nurin berkata, dalam diam-diam suaminya mengambil hati ibunya selepas meminta izin utnuk mendapatkan nombor telefon bagi menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp. "Sebelum ni kalau saya cakap pasal kahwin, mak tak bagi. Bila dia dan mak dah selalu bermesej, mak beritahu saya dia budak baik... jangan permainkan perasaan dia," katanya yang dirisik oleh keluarga suaminnya beberapa minggu sebelum mereka bernikah. Dia lelaki pertama mesej saya dengan ucapan Bismillah dan Assalamualaikum. Bila dah jodoh, kejap je kenal. Allah permudahkan NURIN SYAZWANI MOHD ROZI Suaminya Mohamad Zdiadu Syukran Abdul Halim yang merupakan jurujual di sebuah kedai emas di Bangi, Selangor disifatkan sebagai seorang yang matang, penyayang dan merendah diri serta mudah bergaul sekali gus membuatkan dirinya mudah berasa selesa. "Suami rajin membuat simpanan sebelum kahwin sebab tu boleh kahwin secepat itu. Cincin dan rantai tangan nikah pun dah beli lama lebih setahun, cuma dia tunggu siapa jadi isteri dia," katanya sambil menambah suaminya juga seorang pemalu. Nurin bersyukur perkenalan dengan suami dipermudahkan. Walaupun tempoh perkenalan singkat, Nurin yang kini bergelar suri rumah bersyukur segala urusan dipermudahkan sehingga mereka sah bergelar suami isteri. "Dia lelaki pertama mesej saya dengan ucapan Bismillah dan Assalamualaikum. Bila dah jodoh, kejap je kenal. Allah permudahkan bila kita berusaha perbaiki diri dan mendekatiNya. "Kalau Allah tak izin kita kahwin, mungkin ada kurang kat mana-mana pada diri kita. Kalau kita dah bersedia, perjalanan untuk berkahwin itu dipermudahkan insyaAllah," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!