suria

[VIDEO] Ada hari manja, adakala garang... akak guard tak kisah tangan ‘berbelang’, muka jerawat kerja tengah panas - “Ada masa saya buat rambut”

SEKALI pandang wajah dan penampilannya, mungkin ramai yang tidak mempercayai pekerjaan wanita ini.

Wajahnya cantik, rambut dihias kemas dan bersolek persis seorang model.

Namun tiada siapa sangka wanita muda cun ini bertugas sebagai pengawal keselamatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pak guard ini cemerlang UPSR, PT3, SPM, STPM... sanggup tinggal di asrama, naik van pekerja demi pengalaman makan gaji

ARTIKEL BERKAITAN: Abang guard kulit 'bersisik' suka buat video Tiktok waktu malam, ada yang kata terkena sumpahan - "Tak perlu kaitkan ibu, arwah ayah saya"

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Nor Aslyasha ini mengakui berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Petaling Jaya, Selangor sejak Mei lalu.

Pada tahun lalu dia bekerja di sebuah kilang emas tetapi membuat keputusan berhenti kerja untuk pulang ke kampung di Kota Kinabalu, Sabah.

"Saya balik kampung kerana ayah saya ketika itu koma di hospital selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa menunggang motosikal.

"Tapi kilang emas di tempat saya bertugas tidak benarkan saya bercuti lama, jadi saya terpaksa buat keputusan untuk berhenti kerja dan jaga ayah yang sakit," katanya kepada mStar, sambil menambah bapanya koma selama seminggu dan telah sembuh.

guard cantik 3 B

Alyshaa selesa bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Baru berusia 22 tahun, dia yang ketika itu sudah mendirikan rumah tangga kemudian kembali ke Kuala Lumpur dan menjadi suri rumah.

Namun dia yang lebih mesra disapa Alyshaa ini berkata, jodohnya tak panjang dan dia dengan suami berpisah pada Mei lalu.

guard cantik 5 B

Alyshaa gemar bersolek sejak kecil.

"Masa tu saya ada masalah rumah tangga dan tak ada income sendiri. Bila dah berpisah, saya keluar rumah bawa baju, tumpang tidur di rumah kawan.

"Sekarang musim Covid-19, saya tahu susah nak cari kerja. Sedangkan ramai yang ada kerja pun diberhentikan atau terpaksa cuti tanpa gaji.

Kalau cantik, kerja apa yang sesuai? Takkan kena jadi buruk baru boleh jadi guard? Buat apa nak malu, guard adalah kerja halal

NOR ASLYASHA

"Jadi ketika ada masalah rumah tangga tu saya dah cari kerja untuk fikirkan nasib saya. Saya nak cari kerja yang tak buat saya stres dan sedih.

"Alhamdulillah saya dapat kerja guard. Bagi saya kerja ni okay, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) atau tak, saya tetap bekerja," katanya yang bersyukur mendapat persekitaran kerja yang baik.

guard cantik 6 B

Alyshaa mengakui ramai tidak percaya dia bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Menurut anak sulung daripada lapan beradik itu, dia menyedari penampilannya membuatkan ramai tidak percaya dia bekerja sebagai pengawal keselamatan.

"Bila orang tanya kerja apa, saya tak akan malu mengaku saya kerja guard. Ada yang puji lawa tapi tak percaya saya jadi guard.

"Kalau cantik, kerja apa yang sesuai? Takkan kena jadi buruk baru boleh jadi guard? Buat apa nak malu, guard adalah kerja halal," katanya yang mahu menceburi bisnes pada masa akan datang.

Walaupun bertugas sebagai pengawal keselamatan, kata Alyshaa, tidak bermakna dia tidak boleh menjaga penampilan diri selagi berpakaian sopan dan menjalankan tugas dengan baik.

guard cantik 4

Alyshaa tidak mempedulikan kecaman orang mengenai pekerjaannya.

"Saya memang suka bergaya dan pakai mekap sejak kecil. Walaupun kerja tengah panas pun saya pakai mekap. Kalau ada masa saya buat rambut (dandan).

"Bezanya kadang-kadang kulit dari putih ke 'berbelang' di tangan, kadang-kadang muka naik jerawat sebab terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari. Tapi saya tak kisah.

"Perwatakan saya manja dan banyak bercakap tapi ada masa saya akan garang. Tak kisah apa orang nak kata tentang kerja saya. Kalau saya susah, bukan mereka yang kecam nak tolong, jadi saya kena tolong diri saya sendiri," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain