RAKAMAN seorang lelaki menjadikan perutnya sebagai buaian anak untuk tidur mencuri perhatian warganet di TikTok. Video yang dimuat naik oleh isterinya memaparkan lelaki berkenaan memegang bayi di bahagian tangan kanan sambil tangan kiri melihat telefon bimbit. Visual berdurasi 11 saat itu meraih hampir 330,000 di platform tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Wow solekan inspirasi Squid Game! Gadis ini gigih lukis jeragat, siap kasi mata nampak sepet – “Kenapa Sae-byeok?” ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ini teruja... baru je sampai UK, nyanyian lagu Nazam Berkasih dapat pujian Syura - “Saya akan terus buat video di sini” Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Ain Ramli, 24, berkata, video tersebut dirakam selepas dia selesai menyusukan bayinya, Nur Keisha Humaira yang baru berusia sembilan hari. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Jelas wanita berkenaan, suaminya Mohamad Naim Muhd Nasir, 29, menidurkan bayi mereka dengan meletakkannya di atas perut. "Sebenarnya masa ni saya baru lepas menyusukan anak dan pass dekat suami untuk dia tidurkan. Lepas tu dia letak atas perut dan dodoikan anak macam dalam buai. 'Terus anak kami tidur, mungkin perut baba dia macam tilam empuk kot. Idea tu datang secara tiba-tiba je sebab suami tak terfikir pun nak tidurkan anak macam tu. Ain (gambar kanan) baru sahaja melahirkan anaknya keduanya pada 29 September lalu. "Mula-mula suami tak tahu saya rakam, bila dah masuk For You Page barulah dia tahu dan terkejut sebab views naik tinggi. Ini memang kali pertama dia tidurkan anak di atas perutnya," katanya yang menetap di Penanti, Pulau Pinang. Mesra disapa Ain, suaminya mengambil alih tugas menidurkan anak sejak mereka dikurniakan anak sulung iaitu Muhd Iman Mohamad Naim yang kini berusia empat tahun. Suaminya yang bekerja sebagai pembantu penyelia di sebuah kilang besi di Perai juga pandai melayan anak-anak. "Keisha ni anak kedua kami, dia memang tidur tak pakai buai sebab nak biasakan tidur di bawah. Lebih kurang 15 minit macam tu jugalah suami saya tidurkan dia di atas perutnya sebelum baringkan Keisha di atas tilam. "Suami saya ni orangnya jenis yang suka buat lawak, soft spoken dan suka melayan anak-anak. Dia memang biasa handle budak-budak, sebelum ni pun anak sulung memang babanya yang selalu tidurkan. Sebab banyak kelebihan suami berbadan besar ni, jimat duit tak payah beli buai dah. NUR AIN RAMLI "Cuma mencabar sikit la nak besarkan anak sulung ni kerana beza empat tahun dengan Keisha. Jadi agak lasak dan hiperaktif sikit la, kena selalu pantau segala aktiviti yang dia buat. "Kadang-kadang dalam diam dia suka masukkan jari di dalam mulut adiknya. Sebab itu la saya tak berani tinggalkan dia berdua kalau suami keluar bekerja," ujarnya yang merupakan suri rumah. Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, dia dan suaminya sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak mereka. Ain juga berpendapat bahawa memiliki suami yang berbadan besar ini juga banyak kelebihannya, salah satunya ialah tidak perlu mengeluarkan wang untuk buaian anak-anak. "Kalau sesiapa ada suami yang berbadan besar ni kalau boleh jangan la bagi mereka dia diet. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Iman dan Keisha. "Sebab banyak kelebihan suami berbadan besar ni, jimat duit tak payah beli buai dah. "Tapi apa-apa pun, bila dah jadi ibu bapa ni kita pasti akan buat yang terbaik untuk anak-anak biarpun terpaksa jadi buaian manual," katanya berseloroh. Kini Ain sedang dalam proses berpantang di rumah dengan bantuan ibunya, Norizan Abd Razak yang berusia 56 tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!