suria

Berkawan rapat 8 tahun, hampir semua perkara lakukan berdua... tak sangka dapat anak sulung lelaki, keluar wad pun hari sama - "Doktor kata macam kembar"

Aynaa (gambar kanan) dan Tyra berada di wad yang sama setelah melahirkan anak sulung mereka.

"SEDAR-SEDAR je sama-sama mengandung!

Itulah kata-kata seorang wanita apabila dia berada di wad yang sama dengan kawan baiknya setelah melahirkan anak sulung mereka.

Rakaman video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan mereka masing-masing mendukung cahaya mata mereka dan gembira kerana diberikan kebenaran untuk pulang ke rumah.

Visual berdurasi 16 saat itu meraih 1 juta tontonan di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlelap selepas menyusu sambil baring, sedar-sedar si ibu lihat bayi 13 bulan terbeliak mata tanpa respon... ingatkan sawan rupa-rupanya tersedak susu!

ARTIKEL BERKAITAN: YouTube jadi cikgu, ibu 2 anak buat bisnes di dapur rumah je... tak menang tangan terima tempahan menara donat, sampaikan terpaksa tolak

Berkongsi cerita kepada mStar, Aynaa Amynina Mohammad, 22, dan rakan karibnya Tyra Adnan, 22, merakam detik itu ketika berada di wad selama empat hari selepas melahirkan anak sulung mereka di Hopsital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak.

Kedua-dua bayi lelaki mereka terpaksa di masukkan ke wad Unit Separa Rapi Neonatal (NHDU) kerana mengidap jaundis yang tinggi.

"Sebenarnya video tu kami buat lepas beberapa hari bersalin. Mula-mula kami berdua down dan sedih bila tahu anak kena masuk ward NHDU disebabkan sakit kuning.

"Tapi bila dah duduk ward yang sama, rasa sedih itu diganti dengan perasaan seronok. Kami pergi makan bersama, menyusukan anak pun sama-sama.

"Senang kata semua buat sama-samalah, sampaikan nurse dan doktor kata kami dah macam kembar bila sekilas pandang.

htht

Kedua-dua bayi lelaki mereka di tahan di wad kerana mengidap jaundis yang tinggi.

"Bila doktor cakap kami dah boleh balik, saya ajak Tyra buat video untuk simpan sebagai kenangan nanti sebab memang suka buat video dan tangkap gambar," katanya yang merupakan seorang suri rumah menetap di Ipoh, Perak

Mesra disapa Aynaa, dia dan Tyra mendirikan rumah tangga pada tahun lalu dan rasa sedih kerana tidak dapat hadir ke majlis pernikahan masing-masing disebabkan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, dia gembira apabila mendapat berita mereka sama-sama bakal menimang cahaya mata.

"Walaupun kami mendirikan rumah tangga dalam tahun yang sama iaitu 2020, tetapi ia memang langsung tak dirancang. Tyra nikah pada 14 November dan saya pula 18 Disember.

hf

Tarikh pernikahan Aynaa (gambar kiri) hanya beza sebulan sahaja dengan Tyra.

"Memang teruja sangat bila dapat tahu yang saya dan Tyra sama-sama mengandung, sebab kami sendiri tak sangka bakal bersalin pada tarikh yang dekat.

"Sepatutnya due date saya 22 September dan Tyra pula 3 September. Tapi Allah dah takdirkan kami hanya beza sehari je bersalin, anak saya dilahirkan pada 30 Ogos dan anak dia pula pada 1 September," katanya yang merupakan isteri kepada seorang mekanik motor di Ipoh.

Menurut anak kelima daripada 10 beradik itu, dia dan Tyra sudah berkawan seawal usia 14 tahun lagi.

Walaupun ada perselisihan faham di dalam persahabatan mereka, namun Aynaa dan Tyra pasti akan berbaik semula.

"Kami sudah lapan tahun berkawan baik dan telah lakukan terlalu banyak perkara bersama.

"Semasa sekolah dan kerja memang rasa lain kalau salah seorang tu tak ada, sebab kami kalau kemana-mana mesti berkepit.

Suka duka kami kongsi bersama dan sentiasa bersikap positif semasa anak kuning tinggi.

AYNAA AMYNINA MOHAMMAD

"Bergaduh tu biasalah, tapi hal-hal kecil je. Lepas beberapa minit mesti berbaik semula sebab tak suka bergaduh.

"Saya dan Tyra memang berharap sangat anak kami akan rapat seperti persahabatan ibu-ibunya satu hari nanti," ujarnya kepada mStar.

Ayna yang berasal dari Ipoh, Perak, bersyukur kerana Tyra ada bersamanya ketika anak mereka ditahan di wad.

Tyra menjadi peneman dan membantu dirinya untuk bersikap positif sepanjang bayinya berada di wad.

"Pesanan saya pada ibu-ibu yang melalui situasi sama seperti kami, create momen yang terindah dalam wad. Bukan senang nak dapat peluang masuk ward bersama-sama dengan kawan baik sendiri.

fdgdrg

Tyra dan Aynaa sudah lapan tahun berkawan.

"Suka duka kami kongsi bersama dan sentiasa bersikap positif semasa anak hidap jaundis tinggi. Alhamdulillah anak kami berdua discharge pun sama-sama juga.

"Setiap apa yang dilalui pada waktu itu akan dijadikan sebagai kenangan dan kita akan ingat sampai ke hari tua," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain