suria

Si bapa bersenam, bayi tergelak-gelak di sisi... bekas pereka kasut dan guru seni imbau kisah tukar kerjaya, kini bergelar pelatih kecergasan

Video Hanif sedang bersenam di samping bayinya turut menjadi perhatian di media sosial.

VIDEO senaman yang dihasilkan seorang pelatih kecergasan mencuri tumpuan ramai apabila ia turut disertai bayinya.

Menurut Abdul Hanif Abdul Hamid, 36, dia sememangnya sukar untuk berenggang dengan keluarga, lebih-lebih lagi dengan dua anaknya yang masih kecil.

"Sebenarnya saya memang jenis fokus pada keluarga. Mana-mana pergi, keluarga kena ada di sisi. Saya letak anak disebelah bukan kerana nak naikkan jumlah tontonan video, tapi sebab anak tak boleh berenggang dengan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal jurutera alami sesuatu pada waktu malam kalau tak bersenam, komited kongsi satu video sehari bantu pengikut TikTok kekal cergas

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video bersenam, ada yang pandang lain... pelajar UIA tak melatah, kain pelikat kan ada! - “Mula-mula saya tertanya apa salah saya?”

"Setiap kali saya bersenam, anak akan ada di sisi. Kalau isteri bawa anak saya keluar dari bilik senaman, anak pasti akan menangis.

"Anak suka tengok saya bersenam. Dia akan gelak bila ada di situ. Biasanya sebelum solat Subuh, saya akan main gim di rumah.

"Anak saya juga akan bangun pagi untuk ada di sebelah ketika saya bersenam," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Dia yang mesra disapa Hanif turut berharap agar video-video yang dikongsi dapat memberi inspirasi kepada insan berkeluarga yang lain dalam menjalani gaya hidup lebih sihat.

Hanif dan keluarga menetap di Shah Alam, Selangor.

Hanif dan keluarga menetap di Shah Alam, Selangor.

"Saya juga nak tarik minat orang yang dah berkeluarga bahawa kehadiran anak-anak bukan penghalang untuk kita bersenam," ujarnya lagi.

Bercerita lanjut, Hanif yang menetap di Shah Alam, Selangor mendedahkan dia mula berkecimpung sebagai pelatih kecergasan sejak tiga tahun lalu.

Saya berdoa setiap hari agar video saya boleh beri semangat untuk orang lain bersenam.

HANIF

Selain itu, Hanif turut melihat dirinya sebagai content creator apabila dia aktif berkongsi video senaman dan ilmu kecergasan melalui platform media sosial miliknya.

"Saya banyak terima soalan berkaitan kecergasan. Jadi saya buat video untuk beri penjelasan. Saya bersyukur jika video saya dapat beri manfaat kepada orang di luar sana.

"Saya tak pernah fikir mengenai jumlah tontonan yang tinggi, nanti takut jadi tak ikhlas. Yang saya tahu, saya suka bersenam dan mahu mengajak orang lain menjalani kehidupan sihat.

"Saya berdoa setiap hari agar video saya boleh beri semangat untuk orang lain bersenam," ujarnya lagi.

Mengenai dirinya, Hanif mendedahkan dia sebelum ini pernah bekerja sebagai pereka kasut selama dua tahun.

WhatsApp Image 2021-10-06 at 11.03.38 AM

Hanif bersyukur jika video yang dikongsinya mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Namun katanya, dia mengubah haluan kerjaya demi mengejar minatnya yang suka bersenam dan aktiviti kecergasan sejak kecil lagi.

"Sebelum ini saya bekerja sebagai pereka kasut sukan. Kemudian saya juga pernah mengajar di sekolah dan buka kelas tuisyen.

"Sebenarnya memang saya suka bersenam sejak kecil, pada masa sama saya suka melukis. Mak ayah suruh masuk kelas melukis sehinggalah saya sambung belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Saya ikut saja hala tuju yang sudah ditetapkan Allah, tapi bila dah umur 20 lebih, saya mula rasa tak puas dan tak seronok.

"Kemudian saya berhenti kerja sebelum kahwin. Atas nasihat bakal isteri pada waktu itu, dia suruh saya buat apa yang saya minat. Bermula dari situ saya jadi pelatih kecergasan.

"Saya mohon kerja di banyak gim tapi tak dapat kerana dah berusia 30-an. Jadi saya buat kerjaya sendiri, offer untuk jadi pelatih persendirian dan buat content senaman di media sosial," jelasnya panjang lebar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain