suria

Berkopiah masuk dapur, video masak kerang mampu raih jutaan views... rupa-rupanya ramai suka sebab ustaz muda ni ada ‘selit’ ilmu lain

Hakim tak sangka video masakannya meraih jutaan tontonan di TikTok.

BUKAN biasa-biasa.

Mungkin itulah yang dapat digambarkan mengenai video masakan jejaka ini apabila ia meraih jutaan tontonan di aplikasi TikTok.

Menurut Abdul Hakim Razali, 23, dia terkejut dengan sambutan luar biasa yang diterima biarpun semua video itu dihasilkan secara suka-suka sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil rajin ke dapur, aksi masak campak-campak sambil tersenyum bikin hati cair... Wow! Jejaka awet muda terima banyak mesej cari jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah masuk dapur, pemuda ini kongsi bagaimana dia pandai memasak selepas hidup di negara orang - “Awal-awal hanya masak nasi letak perencah”

"Sebenarnya saya buat video masakan santai-santai saja. Pada awalnya saya kongsi menu ayam panggang, tiba-tiba dapat sambutan. Jadi apa saya masak, saya akan kongsi di TikTok.

"Video saya masak kerang pun dapat jutaan tontonan. Saya tertanya-tanya sendiri, biar betul? Macam tak percaya akan dapat jumlah tontonan tinggi. InsyaAllah selepas ini saya akan belajar menu lain dengan kakak dan akan dikongsi di TikTok.

"Saya rasa seronok dapat beri sesuatu kepada masyarakat. Saya harap perkongsian video saya dapat memberi manfaat kepada yang menonton," ujarnya kepada mStar.

Di sebalik video masakan yang dikongsi, siapa sangka jejaka yang mesra disapa Hakim adalah pendidik di sebuah sekolah tahfiz di Ipoh, Perak.

Malah, Hakim juga sering memakai kopiah dalam setiap video masakan yang dikongsi sehingga ada netizen yang menyapanya dengan panggilan ustaz.

hakim5

Hakim merupakan guru mengaji al-Quran.

"Sebelum buat video masakan, saya juga ada berkongsi video berkaitan bacaan al-Quran. Jadi ada netizen yang panggil saya ustaz. Tapi biasanya saya akan pesan supaya mereka panggil nama saja, saya segan digelar ustaz.

"Selain soalan mengenai masakan, ada juga yang tanya soalan berkaitan al-Quran. Contohnya mereka minta petua untuk nafas panjang setiap kali mengaji. Ada juga yang minta petua untuk mudah hafal al-Quran.

"Paling penting pada saya kalau nak hafal al-Quran, kita kena jaga pandangan dan fikiran. Kita juga kena lancarkan dulu bacaan, baru boleh mula menghafal. Kemudian kita kena ulang banyak kali. Nak kekalkan hafalan, kita kena mengulang," ujarnya yang sudah lebih setahun bergelar pendidik.

Kalau nak hafal al-Quran, kita kena jaga pandangan dan fikiran. Kita juga kena lancarkan dulu bacaan, baru boleh mula menghafal.

HAKIM

Kata Hakim, dia juga setuju bahawa TikTok boleh menjadi platform untuk menyebarkan dakwah dan inspirasi jika dimanfaatkan sebaiknya.

"Saya setuju bahawa TikTok merupakan satu platform yang bagus. Ada juga guru yang beritahu supaya kita sertai media sosial kerana di situ ada ramai anak muda.

"Dalam keadaan pandemik Covid-19, susah kita nak berjumpa dan lakukan majlis ilmu. Jadi kita boleh berdakwah menggunakan media sosial," ujarnya yang berasal dari Pendang, Kedah.

Bercerita mengenai dirinya, Hakim yang juga anak keempat daripada enam beradik mula didedahkan dengan al-Quran sejak kecil lagi.

hakim4

Video dikongsi Hakim meraih perhatian ramai di TikTok.

Imbas Hakim, dia berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 18 tahun dan mengakui sukar percaya dengan pencapaian itu memandangkan ia bukanlah satu proses yang mudah.

"Kalau ingat balik, macam tak percaya boleh hafal. Perasaan ketika itu turut bercampur-baur, saya rasa terharu sebab kita dah usaha bertahun-tahun.

"Bila dah tamat, rasa sebak pun ada. Terharu bila tengok mak ayah. Alhadmulillah, semua kami enam beradik turut dihantar ke sekolah tahfiz. Cuma adik bongsu belum tamat pengajian," ujar Hakim lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain