suria

Pandai naik, tak pandai bersenam! Situasi cemas bertukar lucu... selasak-lasak anak, meraung juga ‘diusik’ treadmill

Dayah berkongsi kisah mengenai anaknya yang lasak di rumah, sehingga berlaku insiden di treadmill.

SEMAKIN ramai yang memiliki mesin alat senaman berjalan kaki atau berlari, treadmill, untuk aktiviti bersenam di rumah.

Menerusi satu video yang meraih lebih 1.6 juta tontonan di aplikasi TikTok, seorang kanak-kanak lelaki yang hanya memakai lampin berada di atas alat senaman itu dan tertekan suis, menyebabkan ia dihidupkan serta-merta.

Situasi cemas bertukar lucu apabila kanak-kanak yang mula berjalan laju di atas treadmill meraung terkejut sebelum disambut bapanya yang duduk berdekatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid cemas sampai terbeliak mata handphone tiba-tiba bergerak sendiri ketika sesi PdPR... kelam kabut lari panggil ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas hitamkan mata anak suka main telefon, wanita ini dedah dirinya pula 'disekolahkan' si kecil ketika syok layan filem Tamil

Mengimbas kembali insiden itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Nurulhidayah Mohd Noor berkata, ia berlaku di rumahnya di Meru, Klang, Selangor yang menempatkan peralatan gim dan ruang solat, Selasa lalu.

Wanita berusia 26 tahun itu memberitahu, suaminya yang merupakan 'kaki gim' mengambil keputusan untuk bersenam di rumah pada malam berkenaan.

"Treadmill itu kami baru beli tiga bulan lepas untuk kemudahan saya dan suami bersenam di rumah. Ada juga peralatan lain seperti dumbbell dan barbell.

"Ketika kejadian, suami bercadang nak buat kardio saja di rumah. Dia buat warm up (pemanas badan) dulu sebelum nak berlari atas treadmill," katanya kepada mStar.

anak atas treadmill 4

Dayah (kiri) dan suami sering bersenam bersama.

Mengulas lanjut, anak lelakinya yang berusia hampir tiga tahun, Nuradhwa Islam Nurazmi turut berada bersama suaminya di ruang berkenaan.

Lebih mesra disapa Dayah, dia tampil menjelaskan bahawa sebelum kejadian, treadmill tersebut dalam mod dilipat dan hanya dibuka untuk digunakan.

"Kami pilih treadmill yang boleh dilipat untuk menjimatkan ruang. Bila dah buka lipatan treadmill tu, suami duduk sekejap untuk pakai kasut.

"Masa itulah anak kami yang sangat lasak ni pergi naik atas treadmill dan tekan butang on sebelum tertekan butang mod kelajuan 10," ujarnya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

anak atas treadmill 7

Anak Dayah (kanan) sering melihatnya dan suami bersenam di rumah.

Menurut suri rumah itu, anak lelakinya mengetahui kedudukan butang untuk menghidupkan alat senaman itu kemungkinan kerana sering melihat dia dan suami bersenam di rumah.

"Biasalah kanak-kanak, mereka akan tengok apa yang orang dewasa buat dan cepat belajar atau tiru. Tapi saya tak sangka pula anak boleh tertekan butang untuk mod kelajuan tu.

Anak kecil memang lasak, dan kita sebagai ibu bapa kena didik dengan memberi pengajaran. Pada masa sama kena pantau pergerakan anak

NURULHIDAYAH MOHD NOOR

"Suami saya yang duduk depan treadmill terus datang dekat anak. Dia boleh je nak angkat terus anak, tapi dia bagi anak rasa dulu apa kesannya supaya dijadikan pengajaran.

"Kalaulah anak terjatuh, suami dari awal dah standby tangan dia untuk sambut. Lagipun dia tak biarkan anak seorang lama-lama, dia sambut sejurus selepas tu," tambahnya.

anak atas treadmill 3

Dayah (kiri) bersama suami dan anak lelaki.

Dayah yang merupakan peniaga dalam talian dan suami sentiasa prihatin terhadap persekitaran anaknya di samping memberi didikan mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

"Anak kecil memang lasak, dan kita sebagai ibu bapa kena didik dengan memberi pengajaran. Pada masa sama kena pantau pergerakan anak," katanya.

anak atas treadmill 6

Anak Dayah kini serik untuk menaiki treadmill susulan kejadian itu.

Walau bagaimanapun, Dayah tidak menyangka anaknya yang meminati animasi Didi and Friends dan Upin dan Ipin begitu berani untuk menaiki treadmill.

"Sebelum ni ayah dia pernah bawa naik atas treadmill. Tapi dia takut-takut sampai menangis walaupun ayah dia pegang.

"Tapi tak sangka dia berani naik seorang dan pegang kuat pemegang treadmill sekuat itu... lepas insiden tu terus fobia datang dekat, duduk diam-diam," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain