SIKAP prihatin seorang wanita terhadap alam sekitar mencuri perhatian warganet di TikTok. Mana tidaknya, wanita berkenaan dilihat sanggup berjalan sambil mata melilau mencari sampah untuk dikutip menggunakan penyepit kecil di tangannya. Rakaman video yang dimuat naik oleh adiknya itu menunjukkan dia sedang membersihkan tapak perkhemahan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Luar biasa cekal! Guna sebelah kaki, tak ubah suai basikal... pemuda ini mampu kayuh sejauh 25km - “Kalau sedih, bukannya boleh tumbuh balik” ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan nak kahwin dengan orang pulau jadi realiti, wanita ini jumpa jodoh di Semporna selepas kunjungan seminggu ‘tersangkut’ jadi sebulan Berkongsi kisah dengan mStar, Noor Syuhada Azriza Abdul Aziz, 26, berkata, kakaknya Norazila Abdul Aziz, 42, merupakan seorang pencinta alam. Visual yang dikongsi olehnya itu dirakam sewaktu mereka berkhemah pada September lalu di Batang Kali, Hulu Selangor dan Semungkis, Hulu Langat, Selangor. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kakak saya ni memang seorang yang pembersih dan sangat prihatin tentang alam sekitar. Dia paling pantang kalau orang buang sampah merata-rata. "Sebelum nak pacak khemah, kakak akan pastikan kawasan itu bersih daripada segala sampah sarap. Jadi dia akan kutip benda-benda seperti daun, kayu dan plastik bungkusan makanan yang berada di sekeliling kawasan tapak perkhemahan. Norazila (kanan) merupakan seorang yang amat mementingkan kebersihan dan prihatin tentang alam semulajadi. "Kakak selalu mengingatkan kami semua supaya menjaga kebersihan sepanjang berada di kawasan perkhemahan. Bila tiba waktu nak balik, kakak akan round dan cross check jika ada sampah yang tertinggal. "Orang kata datang cara baik, pergi pun dengan cara yang baik." katanya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan kini menetap di Bandar Saujana Putra, Selangor. Video berdurasi 11 saat itu meraih hampir 20,000 tontonan di TikTok dan ada juga yang memuji sikap Noorazila kerana masih prihatin terhadap kebersihan alam semulajadi. Noor Syuhada atau lebih mesra disapa Syu berkata, mereka sekeluarga suka meluangkan masa bersama sambil menikmati kehijauan alam sejak dahulu lagi. Dengan cara itu bagi mereka, sekurang-kurangnya ia dapat memberi ketenangan setelah lama menjalani hidup dalam kesibukan di bandar. "Kami sekeluarga memang suka berkhemah dan berkelah sejak sebelum Covid-19 lagi. Dalam sebulan tu ada la dua kali dan kadang-kadang tak bermalam pun, kami balik hari je. "Sebab ia merupakan salah satu cara untuk menghilangkan stres, lebih-lebih lagi dengan suasa hutan yang begitu tenang. Mereka sekeluarga gemar meluangkan masa berkelah dan berkhemah di dalam hutan. "Dalam masa yang sama juga ia mampu merapatkan hubungan kekeluargaan kerana setiap aktiviti dan momen indah itu dapat dikongsikan bersama-sama. "Setiap kali berkhemah memang wajib buat BBQ. Kalau nak tukar selera kami buat shell out pula," katanya yang bekerja sebagai eksekutif pengurusan di sebuah syarikat di Seri Kembangan. Menurut Syu, kakaknya itu mewarisi sikap arwah ibu mereka, Kalthum Yaacob yang telah meninggal dunia 12 tahun lalu. Jelasnya lagi, Norazila mempunyai beberapa rutin kebersihan yang diamalkannya setiap hari. "Kalau dekat rumah, setiap hari kakak akan mop lantai dan lap dapur gas. Lebih-lebih lagi selepas memasak, sebab dia tal suka tempat itu berminyak. "Kakak selalu pastikan sinki di dapur kosong, dia akan mencuci semua pinggan sebaik sahaja selesai makan. Tak salah pun kalau kita mengambil inisiatif untuk buang sampah sendiri. NOOR SYUHADA AZRIZA BINTI ABDUL AZIZ "Disebabkan anak-anaknya masih lagi kecil, kakak selalu lap tempat pemegang peti ais dirumahnya untuk menghilangkan kesan lekit daripada gula-gula," tambahnya. Menurut anak ketujuh daripada lapan beradik itu, dia berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai kesedaran seperti kakaknya. Tambahnya lagi, tugas untuk memastikan kebersihan tempat awam adalah tanggungjawab kita bersama. "Saya kecewa juga sebenarnya bila tengok ramai yang tinggalkan sisa sampah selepas masuk hutan. Kita tak boleh nak harapkan pekerja pembersihan semata-mata untuk bersihkan sampah sarap. Norazila (dua, kiri) juga mementingkan kebersihan di rumahnya. "Lagipun tempat ni bukannya kita seorang je yang guna, orang lain pun berhak untuk menikmati kemudahan awam yang telah disediakan. "Tak salah pun kalau kita mengambil inisiatif untuk buang sampah sendiri. Saya harap selepas ini semua ada kesedaran untuk menjaga alam sekitar sebab kalau bukan kita, siapa lagi?," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!