PERJALANANNYA setiap minggu dari Pulau Pinang ke Kelantan mengambil masa lebih lima jam sehala, namun digagahi juga selama lebih empat tahun demi berjumpa anak-anak dan suami yang terpisah disebabkan tugas sebagai guru. Tekanan yang dihadapinya bukan biasa-biasa, namun Yasmien Aiezzam Yasin, 32, akhirnya melepaskan tanggungjawabnya sebagai pendidik demi keluarga dan kebahagiaan dirinya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Ada hari manja, adakala garang... akak guard tak kisah tangan ‘berbelang’, muka jerawat kerja tengah panas - “Ada masa saya buat rambut” ARTIKEL BERKAITAN: Cukup berjaga-jaga pun kena... Hafizul Kamal dan anak empat tahun positif Covid-19 - “Jari-jemari saya sampai kering dan pecah sebab hand sanitizer” Berkongsi pengalamannya dengan mStar, Yasmien yang kini menetap di Pasir Tumboh, Kelantan berkata, tinggal seorang diri di tempat orang, di samping perasaan rindukan keluarga yang jauh di kampung halaman sememangnya sesuatu yang sangat menduga. “Hari Jumaat malam saya akan bertolak balik ke Kelantan, Ahad malam bertolak ke Penang, sangat-sangat penat jiwa dan raga sebab hujung minggu pun tiada rehat. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Pagi Isnin sampai dari Kelantan saya siap-siap terus pergi kerja dengan hati berat. “Saya akan call suami dalam perjalanan ke sekolah sambil menangis untuk mencari kekuatan,” ceritanya sambil menambah setiap kali permohonan untuk perpindahan dibuka dia akan memohon namun gagal. Yasmien ketika bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Pulau Pinang Menurut Yasmien, keadaan bertambah getir apabila dia mengandungkan anak yang kedua. “Bila pregnant saya makin sensitif dan akibat terlalu stress saya mengamuk seorang diri sampai tendang pintu bilik hingga pecah sedangkan saya tengah sarat mengandung tujuh bulan masa tu. “Suami saya risau, masa tu juga dia ambil tiket kapal terbang dan terus datang dengan anak sulung saya. “Itu antara pengalaman saya tak dapat lupakan sebab saya menyewa rumah di tingkat 18, suami pun risaukan keadaan saya,” katanya. Yasmien kini bahagia di sisi keluarganya. Selain cabaran dari segi mental, Yasmien turut berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi akibat terpaksa menyewa sebuah lagi rumah di Pulau Pinang selain kos ulang alik. “Pasangan jarak jauh ni banyak kos yang nak ditanggung, sewa rumah RM600 ke RM750, kos ulang alik setiap minggu, tiket bas, kadang minyak kereta kalau drive sendiri, kadang saya naik kapal terbang bila penat dan tak larat sangat, lagi-lagi masa pregnant. “Duit gaji tak cukup pun nak tampung semua kos tu, jadi tengah bulan saya dah start minta duit belanja dekat suami,” katanya, sambil menambah suaminya bekerja sebagai jurujual kereta. Ni la paling tak boleh ingat, setiap kali anak menangis dia cari bibik dulu dari saya, peluk bibik depan saya. YASMIEN AIEZZAM YASIN Namun sebab utama dia nekad untuk meletakkan jawatannya apabila dia tidak dapat melihat anaknya membesar. “Lepas bersalin anak kedua saya ambil cuti tanpa gaji selama setahun untuk jaga anak, Alhamdullilah masa tu saya sangat happy dan tenang walaupun tak dapat gaji. “Bila cuti hampir tamat saya ambil keputusan untuk masuk kerja semula tapi rezeki sekali lagi Allah bagi saya mengandung kali ketiga,” katanya. Menurut Yasmien, hatinya pedih apabila melihat anak-anaknya ketika itu lebih akrab dengan pembantu rumah berbanding dirinya. “Ni la paling tak boleh ingat, setiap kali anak menangis dia cari bibik dulu dari saya, peluk bibik depan saya, saya tak sanggup sungguh nak ingat,” katanya. Sebelum berhenti kerja, anak-anak Yasmien lebih rapat dengan pembantu rumah mereka. Yasmien merasakan seperti dia sedang mensia-siakan hidupnya apabila dia memilih untuk meneruskan kehidupan berjauhan dengan keluarga yang penuh dengan tekanan. “Saya fikir, aku hidup hanya sekali, aku nak bahagia, nak rasa kasih sayang anak-anak, lepas ni anak-anak akan membesar dan saat anak-anak masa kecil ni tak akan dapat diputarkan semula, jadi kenapa perlu aku sia-siakan kehidupan ni? “Kenapa aku sendiri yang ragut kebahagiaan aku? Saat-saat bersama suami dan anak-anak? Tak berbaloi lalui kehidupan yang stress macam ni, sebab hidup ini perlu dinikmati bukan untuk ditangisi,” katanya. Keputusannya untuk meletakkan jawatan mendapat restu ibu, yang juga individu paling utama yang ingin melihat Yasmein menjadi seorang guru serta suaminya. “Ayah dan mentua mula-mula tak tahu sebab takut nak beritahu tapi lepas resigned mereka tak marah, ayah saya dan keluarga mentua pun restu keputusan saya Alhamdullilah. “Sampai hari ini, dah lima tahun saya berhenti, saya tak pernah menyesal, cuma rasa ralat bila terkenangkan ayah berhabis banyak duit masa saya belajar dulu tapi last-last tak jadi cikgu sampai pencen,” katanya. Yasmien cuba pelbagai jenis perniagaan selepas berhenti kerja termasuk membuka kedai makan. Pelbagai komen negatif diterimanya setelah melepaskan jawatan sebagai seorang guru, namun semua itu tidak di endahkan Yasmein. “Orang kata saya resigned sebab saya guru ganti je sebab tu tak sayang nak resigned, ada kata sayang nanti tak dapat pencen, gelap masa depan la, macam-macam. “Saya senyum sahaja, tak perlu nak explain panjang, nanti dia akan faham bila tengok kehidupan kita sekarang,” katanya. Antara perniagaan lain yang dilakukannya termasuk menjual daging Harimau Menangis Suwarin, bermula dari rumah sehinggalah dia mampu menyewa stor penyimpanan. Yasmien yang kini menjalankan perniagaannya sendiri secara dalam talian dan mempunyai dua pekerja tetap serta premis berkata, dia sentiasa yakin bahawa rezeki itu ada di mana-mana dan bukan hanya pada jawatan dalam kerajaan. “Percaya dan yakin pada diri sendiri, itu kunci kepada sesiapa yang nak berhenti kerja. “Kalau hati tak kuat jangan berhenti sebab cabaran lepas berhenti pun banyak, jatuh bangun tetap ada, akak pernah buka restoran besar tapi jatuh terduduk pun pernah, sekarang jadi leader untuk beberapa produk makanan. “Masa down jangan sesekali menyalahkan pasangan, lalui sahaja dengan tenang dan bahagia walau apa pun cabarannya,” nasihatnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!