KEMUNCAK perjalanan jejaka ini menuntut ilmu di Universiti Malaya (UM) berakhir dengan manis apabila dia meraih keputusan 4.0 dalam semester terakhir pengajiannya. Menurut Mohd Hazimin Ramli @ Ali yang juga penuntut bidang Bioinformatik, keputusan itu tidak dijangka memandangkan dia terpaksa berdepan situasi pembelajaran penuh mencabar sepanjang pandemik Covid-19 melanda. Sebagai kenangan, jejaka berusia 23 tahun itu turut membuat rakaman video ketika dia menyemak keputusan secara dalam talian yang mana ia meraih lebih 200,000 tontonan di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Beauty with brain! Berbaloi hadap buku dari Subuh ke tengah hari, gadis disangka berdarah kacukan terkejut raih 9A SPM... terus rancang sesuatu di YouTube ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan besar calon SPM, jenazah bapa dibawa ke sekolah untuk ditatap buat kali terakhir "Saya semak keputusan itu pada 5 Ogos lalu. Ia merupakan keputusan semester terakhir untuk pengajian ijazah saya. Ini merupakan kali kedua saya dapat keputusan. 4.0. "Sejujurnya memang tak sangka, sebab semester akhir saya jalani latihan industri secara dalam talian saja. Agak mencabar sebenarnya sebab segalanya dari rumah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya juga sekadar buat rakaman video itu untuk disimpan sebagai kenangan. Tak sangka boleh viral. Saya tak sempat nak balas semua komen di TikTok. Kebanyakan netizen ucap tahniah. Ada juga yang minta saya kongsi petua belajar," ujarnya kepada mStar. Menurut jejaka yang senang disapa Hazimin itu, dia segera memaklumkan kepada ibu bapanya selepas menerima keputusan tersebut. Hazimin meraih keputusan 4.0 dalam semester terakhir, baru-baru ini. Malah katanya, dia bersyukur apabila dapat memberi kebahagiaan kepada kedua orang tuanya menerusi usaha keras yang membuahkan hasil cemerlang itu. Dalam kegembiraan meraih keputusan itu, Hazimin turut sedih memikirkan kenangan yang tak sempat diukir bersama rakan gara-gara pandemik yang melanda. Kerisauan tentang kerja juga memang ada. Tapi saya percaya rezeki Allah tak pernah salah alamat. HAZIMIN Malah katanya, dia juga sedikit risau dengan cabaran masa kini khususnya buat graduan dalam mencari bidang kerja yang bersesuaian. "Saya rasa sangat sedih sebab kami tak dapat berpisah betul-betul. Tiada kenangan bersama untuk semester akhir. "Sebelum pandemik, kami semua duduk di kampus, selalu keluar bersama. Tapi sejak pandemik, kami hanya 'berjumpa' melalui panggilan video saja. Harap dapat jumpa betul-betul nanti. "Pada masa sama, kerisauan tentang kerja juga memang ada. Tapi saya percaya rezeki Allah tak pernah salah alamat. Saya selalu doa agar dapat cari kerja dalam bidang saya berkaitan penyelidikan dalam makmal. Hazimin akui dia melalui semester akhir yang sukar dalam tempoh pandemik yang melanda negara. "Tapi sekarang saya masih ada di rumah. Belum mohon kerja lagi," ujarnya yang menetap di Kuala Terengganu, Terengganu. Dalam pada itu, Hazimin turut menitipkan pesan kepada pelajar di luar sana agar sentiasa komited dalam pengajian demi meraih keputusan yang cemerlang. "Pesan saya kepada sesiapa yang baru nak masuk belajar, jangan study hard tapi kita kena study smart. Yang penting, kena sentiasa jaga carry mark, jangan kedekut ilmu dan kena selalu berdoa. "Ketika awal semester, saya pun belajar biasa-biasa saja. Cuma ketika study week, saya akan belajar betul-betul. Kalau ada tak faham, boleh berbincang secara berkumpulan dengan kawan. "Kita juga kena sentiasa ulangkaji soalan peperiksaan lepas dan peka dengan tip yang dikongsi pensyarah," ujar anak bongsu daripada lima beradik itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI