LINANGAN air mata seorang pengantin perempuan jelas tergambar apabila menerima kejutan yang tidak disangka-sangka pada hari pernikahan. Si abang kesayangan yang pada awalnya dikatakan tidak berpeluang untuk turut sama meraikan hari istimewa itu muncul secara tiba-tiba, dalam persalinan kostum panda. Berkongsi kisah di sebalik kejutan itu, Muhammad Aqil Arsyad Kamal berkata, dia begitu rapat dengan pengantin perempuan yang juga adiknya, Siti Faridah yang berusia 21 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin 'gabra' jam bunyi pukul 3! Buka kotak hadiah, ada juga minuman tenaga, stoking bayi - "Kalau niat nak prank, rancangan anda tak berjaya" ARTIKEL BERKAITAN: PKP punya hal, tiada apa yang mustahil! Tetamu terkejut, pengantin datang bawa anak kembar ketika majlis kahwin mereka Pemuda berusia 24 tahun itu bagaimanapun memaklumkan adiknya bahawa dia tidak dapat hadir majlis pernikahan yang diadakan di Subang, Selangor pada 8 Oktober lalu itu kerana urusan kerja. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Adik saya yang kahwin tu adalah adik yang paling rapat dengan saya sebagai abang sulung. Sudah tentu dia sedih bila tahu abangnya tak dapat cuti masa dia nikah. "Saya beritahu dua minggu sebelum nikah. Tapi adik nak juga saya datang. Saya beri alasan customer nak urgent dan tiada siapa boleh diganti untuk tugasan tu," katanya kepada mStar. Aqil membeli kostum panda secara dalam talian. Susulan itu, Aqil yang bertugas dalam kerja-kerja sanitasi berkata, adik perempuannya yang mesra dipanggil 'kakak' itu merajuk dengan dirinya. "Saya sebenarnya nak buat kejutan. Rancang nak bagi adik menangis pada hari dia nikah," ujar anak sulung daripada enam beradik itu, manakala pengantin merupakan anak keempat. Aqil (kanan) bersama adik perempuan. Pada hari yang ditunggu-tunggu, Aqil memakai kostum panda yang dibelinya secara dalam talian untuk membuat kemunculan khas di rumah keluarganya. "Adik saya dari kecil memang suka dengan panda, dari haiwan sehingga ke patung. Jadi, kehadiran maskot panda tu sebagai kejutan untuk buat adik teruja walaupun saya tak datang. "Masa birthday dia tahun lepas pun kami sekeluarga ada buat kejutan dengan kemunculan kostum beruang daripada orang yang buat surprise delivery. Adik saya yang kahwin tu adalah adik yang paling rapat dengan saya sebagai abang sulung. Sudah tentu dia sedih bila tahu abangnya tak dapat cuti masa dia nikah MUHAMMAD AQIL ARSYAD KAMAL "Jadi, bila muncul maskot panda tu dia ingat saja-saja. Mak dan ayah serta adik-beradik lain tahu rancangan ni, kecuali pengantin lelaki dan pihak keluarganya," tambahnya. Bukan sekadar memakai kostum, malah abang sulung itu turut membawa hadiah istimewa buat adiknya dan membuat persembahan tarian di hadapan pasangan pengantin. Bersama keluarga di hari pernikahan adik. Namun kata Aqil, kejutan yang dibuatnya tidak lama kerana pengantin perempuan dapat meneka individu di sebalik kostum panda berkenaan. "Rupa-rupanya adik dapat teka saya dalam kostum panda kerana bau deodoran yang saya pakai sejak dari sekolah menengah. "Mungkin sebab saya hanya pakai kostum, tiada baju lain sebab panas pakai kostum tu dan saya pula cepat berpeluh. Bila dekat, dia kata bau macam along dia. "Bila dia buka kepala patung panda dan nampak saya, dia menangis sebab dia sangka saya kerja. Kejutan menjadi walaupun cuma kira-kira lima minit sebab berjaya buat adik menangis. "Cuma kejutan kedua tak menjadi, sebab ingat nak bagi pengantin lelaki marah bila adik iaitu isteri dia kena peluk dengan maskot. Tapi dah kantoi cepat sangat," ujarnya sambil menambah keakraban mereka membuatkan adiknya yang manja sering menjadikannya sebagai tempat mengadu dan meluahkan banyak perkara. Adik Aqil yang ceria bertukar sebak ketika sesi membuka hadiah pemberiannya. Dalam pada itu, Aqil berkata, adiknya sekali lagi menitiskan air mata ketika sesi membuka hadiah kahwin pada hari sama gara-gara hadiah dan kad ucapan pemberiannya. "Saya hadiahkan patung panda kesukaan adik. Kad ucapan tu saya kata 'Selamat pengantin adikku Faridah, semoga berbahagia di samping suamimu Nasrul. Rasa sekejap je kakak dah pun menjadi isteri orang. Along doakan kakak bahagia dan selalu dilimpahkan rezeki, Amin'," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!