"TAK pernah terlintas begini cara kami berjumpa" Bukan sahaja tanpa peluk cium, tetapi wanita ini hanya mampu memandang adik beradik dan ibu bapanya daripada kejauhan gara-gara dirinya sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19. Berkongsi cerita dengan mStar, Nor Muslima Mohd Yusoff berkata dia tidak dapat menggambarkan perasaan sedih kerana tidak dapat melepaskan rindu terutama kepada kakak dan adiknya yang sudah hampir setahun tidak bertemu. ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan 'sejambak' rambutan... kata-kata nenek sambut hari lahir ke-72 sendirian buat ramai tersentuh, tiap hari menangis rindukan anak cucu ARTIKEL BERKAITAN: Lama kakak simpan rahsia, si adik pilih anggur nak kejutan nampak ‘real’... reaksi atuk buat ramai tersentuh - “Bila Angah belajar agama, lagilah ‘sekepala’” "Kakak datang dari Kuantan manakala adik pula dari Kuala Lumpur, mereka pulang ke ke Kelantan untuk ziarah mak abah selepas kerajaan benarkan rentas negeri. "Saya menetap di Jeli, tidak jauh dari rumah mak abah di Kuala Balah jadi selalu dah jumpa orang tua. Ketika mereka datang rumah saya baru-baru ini, hanya mampu berpamitan dan bertanya khabar dari luar pagar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Ketika itu saya sedang menjalani kuarantin pada hari ke-enam... hanya mampu melambai dari tingkap bilik saja. Video tersebut direkod oleh adik saya yang tinggal bersama," kata wanita berusia 31 tahun ini. Senang disapa sebagai Shima, wanita ini berkata keluarganya turut membawa buah tangan berupa lauk masakan ibunya dan makanan lain. "Disebabkan saya, suami, dua adik dan dua anak sedang kuarantin, mereka hanya sangkut makanan di pagar. Setidak-tidaknya dapat juga menatap wajah yang tersayang. Antara buah tangan yang dibawa keluarga Shima ketika menziarahinya baru-baru ini. "Sedihnya adik dan kakak sampai sekarang tak dapat jumpa lagi anak bongsu saya yang berusia empat bulan. Tak ada rezeki nak berjumpa mereka kali ini sebab saya dijangka habis kuarantin pada 20 Oktober. "Ketika itu, mereka sudahpun pulang ke rumah masing-masing. Mudah-mudahan kami ada rezeki lagi untuk bertemu selepas ini," ujar ibu kepada dua cahaya mata itu. Bercerita lebih lanjut, Shima berkata dia dijangkiti Covid-19 pada 7 Oktober lalu selepas terdapat kes positif di tempat kerjanya. Foto percutian keluarga Shima (dua, kiri) pada penghujung tahun lalu. Bagaimanapun dia bersyukur kerana suami, anak-anak serta dua adiknya negatif virus berkenaan. "Pada beberapa hari awal, saya alami simptom yang teruk juga seperti batuk, sakit tekak dan selesema. Sekarang ni Alhamdulillah, makin berkurang. "Bila dalam situasi ini, hubungan kekeluargaan kami bertambah erat kerana masing-masing memberi sokongan... ia buatkan kita lebih menghargai keluarga," katanya yang merupakan seorang penjawat awam. Saya tersentuh apabila ada yang komen, dapat jumpa mak ayah dari jauh pun dah bertuah berbanding dirinya yang sudah kehilangan kedua-duanya. NOR MUSLIMA MOHD YUSOFF Tidak menyangka perkongsian menjadi tular, Shima berkata dia tersentuh apabila membaca komen daripada netizen yang turut merindui orang tua dan keluarga masing-masing. "Ada yang masih belum berpeluang untuk merentas negeri kerana tinggal berjauhan dengan keluarga. Tapi saya tersentuh apabila ada yang komen, dapat jumpa mak ayah dari jauh pun dah bertuah berbanding dirinya yang sudah kehilangan kedua-duanya. Netizen turut tersentuh melihat perkongsian video Shima. "Apapun bagi perantau yang mahu pulang ke kampung nanti, buatlah ujian kendiri dahulu jika sayangkan keluarga. Kita tak tahu dan tak nampak virus ni. "Dan paling penting, ikutlah prosedur operasi standard (SOP) walau di mana sahaja," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI