JARANG-jarang sekali kita melihat si anak hadir pada majlis perkahwinan ibu sendiri. Lebih mengagumkan, video kejelitaan si ibu yang terserlah dalam persalinan busana pengantin warna putih ini meraih lebih 750,000 tontonan di aplikasi TikTok. Wajahnya turut nampak muda berbanding usianya, sekali gus mengundang pujian dan pelbagai reaksi netizen terhadap pengantin perempuan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh video TikTok 4 generasi, betul ke dua daripadanya mak dengan anak? - “Kasihan kat dia, macam tak boleh terima hakikat" ARTIKEL BERKAITAN: Wah! Ibu disangka awek, remaja terkejut video TikTok raih sejuta tontonan kurang 24 jam - "Ada yang DM nak jadi menantu" Susulan video yang tular itu, Nur Syahindah Mohamad Kamal berkata, ibunya yang berusia 50 tahun bernikah bersama lelaki pilihannya berusia 37 tahun pada 10 Oktober lalu. Dia yang berusia 24 tahun mengakui ibunya yang sebelum ini bergelar ibu tunggal selama enam tahun amat menitikberatkan tentang penampilan, penjagaan kesihatan dan kecantikan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Dari saya kecil lagi, ibu memang jaga betul-betul kulit dia. Bukan setakat kulit, ibu jaga badan juga, dia ada letak satu target tertentu untuk tak boleh melepasi berat tu. "Jadi, ibu sentiasa maintain kurus. Dia amalkan diet, kami anak-anak pun diet. Kalau anak-anak tak diet, nanti dia pun terikut makan dan berat badan naik," katanya kepada mStar. Ibu Indah (kanan) mendirikan rumah tangga selepas enam tahun bergelar ibu tunggal. Lebih mesra disapa Indah, dia berkata, antara diet yang diamalkan mereka sekeluarga sama ada dengan berpuasa atau pengambilan makanan di sebelah pagi dan hidangan nasi berlauk untuk makan malam. "Ibu juga banyak makan buah-buahan. Bukan sekadar pemakanan, ibu ada peruntukkan masa untuk dirinya sendiri dengan melakukan rawatan kecantikan muka. "Dia betul-betul jaga penampilan dari atas sampai bawah. Kadang-kadang ibu akan tempah slot buat facial untuk anak-anak ikut dia sekali. "Kita mungkin ada masa untuk malas, tapi ibu tak ada. Dia sangat rajin jaga kulit muka, tak nak bagi naik jerawat atau nampak kedut," ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Ibu Indah (kanan) dan Indah (dua, kanan) serta adik-beradik perempuan. Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, gara-gara video yang tular membuatkan aplikasi WhatsApp miliknya dihujani pelbagai mesej bertanyakan tentang ibunya. "Saya ada jual produk krim malam dan sunscreen (pelindung matahari). Bila video ibu jadi viral, saya terima kira-kira 1,500 mesej di WhatsApp. "Ibu punya penangan, sampai lenguh tangan nak baca dan balas semua mesej. Saya anggap ini rezeki, Alhamdulillah," katanya sambil menambah ibunya merupakan seorang ahli perniagaan. Penampilan ibu Indah yang bergaya. Jika sebelum ini rata-rata pengguna atau pelanggannya merupakan golongan muda, namun kali ini lebih banyak pertanyaan dan mesej diterima daripada wanita berusia 40 tahun dan ke atas. "Sekarang ni ramai makcik-makcik mesej nak kulit macam ibu. Walaupun saya dah nyatakan usia ibu 50 tahun di video, tapi masih ada yang ingat ibu macam 30-an. Makcik-makcik mesej nak kulit macam ibu. Walaupun saya dah nyatakan usia ibu 50 tahun di video, tapi masih ada yang ingat ibu macam 30-an NUR SYAHINDAH MOHAMAD KAMAL "Bagi kami adik-beradik, ia bukan perkara baru kerana sebelum ini pun bila kami keluar bersama, orang luar ingatkan ibu adalah kakak kami. "Malah bila ibu keluar dengan abang sulung, ada yang sangka abang tu suami ibu," tambahnya. Indah (hadapan, kanan) bersama keluarga pada hari pernikahan ibu. Dalam pada itu, ibunya yang merupakan nenek kepada dua cucu menjadikan pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta, 50, sebagai inspirasi dari segi penampilan dan kecantikan. "Ibu teringin sangat nak jumpa Che Ta. Kata ibu, walaupun Che Ta sudah berumur, tapi tetap nampak lebih muda daripada orang-orang muda," kata Indah sambil menambah ibunya turut mengikut perkembangan Che Ta menerusi drama-drama lakonan pelakon jelita itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!