BAYANGKAN keadaan seekor kucing yang terpaksa mengesot dalam kesakitan, merayu simpati serta perhatian manusia yang lalu lalang berhampirannya. Kesakitan serta kecederaan parah yang dialami menyebabkan kucing tersebut gagal mengawal pundi kencingnya, mengakibatkan dirinya basah dengan air kencing sendiri. Begitulah keadaan Bubu ketika ditemui pemiliknya Ahmad Rashid Rosli, 32 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Hari Bapa! Anak hadiahkan Mercedes-Benz, impian pensyarah sejak 1963 jadi realiti - "Nilainya tak dapat tandingi jasa, pengorbanan ayah" ARTIKEL BERKAITAN: Birthday anak, tapi bapa dapat hadiah! Suri rumah tak sangka mampu hadiahkan kereta Honda walau tak sampai setahun jual ubat kurus Ahmad Rashid terdahulu berkongsi video Bubu yang gembira berjalan dengan bantuan 'kerusi roda' yang dibinanya. "Hari ni tak sepahkan apa-apa, kacau merpati makan je. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Tumpang lalu, kucing kurang upaya nak tumpang jalan sikit," tulisnya di grup Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini. Tangkap layar video yang dikongsikan Rashid. Menurut Ahmad Rashid, Bubu, yang merupakan seekor kucing jantan dijumpainya di bawah flat tempat tinggalnya di Petaling Jaya, Selangor. "Saya jumpa Bubu bulan Mei hari tu, masa tu dia tak la kecil sangat. "Keadaan Bubu masa tu memang menyedihkan, dia mengesot dekat bawah rumah sambil terkencing-kencing. "Memang kesian sangat, dia macam tengah merayu suruh orang bawa dia ke klinik," ceritanya. Ahmad Rashid yang bekerja sebagai pentadbir keselamatan berkata, Bubu disahkan patah tulang di beberapa bahagian bawah badannya. Gambar bubu selepas menjalani pembedahan pada tulang belakangnya. Jelasnya, Bubu terpaksa menjalani rawatan untuk merawat tulang belakangnya yang menelan belanja lebih RM3,000. "Tak pasti kenapa tulang belakang dia patah, mungkin sebab ada orang buang dia dari atas atau jatuh atau mungkin juga kena pukul. "Tapi kecederaan yang dialami menyebabkan Bubu tak boleh bangun," jelasnya, sambil menambah Bubu kini sudah semakin pulih. Bubu sewaktu mula dijumpai. Selain Bubu dia ada membela seekor lagi kucing yang diberi nama Tam. Walaupun dengan kecacatan yang dialaminya, Bubu masih tetap aktif seperti kucing biasa serta mempunyai keinginan untuk keluar bermain."Setiap hari dia akan tengok je abang dia main melalui tingkap, jalan-jalan dekat luar," katanya. Bubu tetap aktif seperti kucing lain dan sering minta untuk keluar. Ahmad Rashid yang bersimpati dengan keadaan Bubu kemudiannya mendapat idea untuk membina alat sokongan bagi membolehkan Bubu bergerak. "Dia selalu merayu kalau tak boleh keluar, jadi saya buat alat bantuan untuk berjalan tu supaya mudah untuk bawa dia keluar. "Saya dapat Ilham dari Lazada jadi saya modify sikit-sikit, rakan-rakan dalam Group Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini pun banyak bagi idea," jelasnya. Bubu kini umpama 'anak' bagi Rashid dan isteri. Ahmad Rashid yang masih belum dikurniakan cahaya mata berkata Bubu sememangnya manja dengan dirinya dan juga isteri, Mazatul Hitiah Adnan. "Saya anggap Allah nak temukan dia dengan family saya, sekarang dia manja dengan saya dan juga isteri," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI