KAIN tuala berwarna pink berubah kepada coklat pekat gara-gara air karat. Video tersebut dikongsikan seorang wanita, Noraini Che Md Yasin, 30, mengenai masalah yang dialaminya dan penduduk setempat, didakwa sejak puluhan tahun dulu. ARTIKEL BERKAITAN: Amboi garangnya! Anak bengang semut asyik ‘check in’ telinganya, mujur ibu ada cara suruh ‘check out’ - “Leave me alone!” ARTIKEL BERKAITAN:“Suami utamakan kucing, akak ni jadi nombor dua” - Isteri kongsi ragam 4 ‘anak bulus tentera’, nama je macho tapi masing-masing manja teruk! Bercakap kepada mStar, Noraini berkata, kejadian tersebut dirakamnya pada 25 September lalu sewaktu dia mencuci pakaian di rumah sewa yang dihuni oleh dia sekeluarga sekitar dua tahun lepas. “Dekat rumah saya tak jadi hari-hari, ada hari-hari tertentu tapi kalau dekat area bandar macam dekat kedai makan saya berniaga dulu memang hari-hari kena. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Empat kali saya cuci balik tuala-tuala tu, habis satu botol peluntur saya guna nak basuh balik kain yang kena air karat tu tapi tak hilang juga. “Bayangkan kalau tuala tu kita guna untuk lap muka, badan, pakaian kita semua macam mana kesan pada kulit, sekarang tak nampak, esok dah tua baru dapat sakit,” katanya, bimbang. Kesan karat pada tuala masih tidak hilang setelah dibasuh berulang kali menggunakan peluntur. Berkongsi pengalamannya sewaktu berniaga di sebuah kedai makanan dahulu, Noraini berkata, dia terpaksa membiarkan air dari paip mengalir terlebih dahulu sebelum menadah air untuk kegunaan memasak. “Sebelum ni saya berniaga dekat kedai makan di Machang, setiap pagi saya akan pergi masak dalam jam 4 pagi, memang air awalnya agak kotor jadi saya terpaksa buang dulu untuk dapatkan air bersih untuk masak. “Memang setiap hari awal pagi memang akan buka dulu air, lepas tu baru okay,” katanya. Air paip di rumah sewa Noraini. Jelasnya, walaupun menggunakan penapis di rumah, kualiti air yang dihasilkan masih tetap diragui. “Memang dah lama kami alami masalah ni, kalau tengok dekat komen pada video saya pun, saya sendiri tak sangka ada tempat-tempat lain yang senasib. “Ramai yang syorkan guna filter dekat luar rumah tapi bagi saya itu last option, sebolehnya hal ini perlu diselesaikan pihak bertanggungjawab sebab ini bukan isu baru... dah bertahun. “Saya dah guna filter pun sebab saya ada bela ikan, air memang nampak jernih tapi hakikatnya, air tetap tak bersih, banyak ikan saya yang mati,” katanya yang berkongsi hobi membela ikan laga, Guppy dan Channa bersama suaminya. Ikan yang mati dipercayai akibat air kotor sudah tidak terkira jumlahnya. Dia juga berpandangan adalah tidak adil untuk penduduk berterusan mengalami nasib sebegitu memandangkan mereka juga membayar bagi mendapatkan servis air yang diterima. “Memang boleh pakat nak guna filter tapi orang susah mampu ke? Dan adil ke mereka bayar untuk dapat air macam ni? “Saya harap sangat ada yang menyuarakan hal ini dan orang ramai akan buka mata supaya masalah ini dapat diselesaikan. “Kami cuma nak air bersih je,” katanya. Filter yang dipasang di rumah Noraini. Menurut Noraini kebanyakan penduduk menggunakan air perigi dan juga air bawah tanah. “Sebelum ni saya duduk rumah keluarga dekat Pondok Hidayah, kami guna air telaga sebab Air Kelantan (syarikat air) tak ada dekat sana. “Ni baru je merasa (guna air paip) tapi sebelum ni dengar je orang cakap air tak bersih,” katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI