TIADA latar belakang pendidikan dalam bidang muzik namun bakat jejaka ini sebagai pemain piano tetap mencuri perhatian ramai. Terbaharu, video memaparkan Muhammad Amirullah Mohd Zin, 23, yang bermain piano di sebuah pusat beli-belah di ibu negara meraih sehingga 1.4 juta tontonan di TikTok. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Amir mendedahkan video itu dirakam secara spontan oleh rakannya ketika kunjungan mereka ke pameran seni pada Selasa lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Kerap post video sampaikan ada yang menyampah, pelajar ini tak serik nak kongsi bakat... cover lagu Korea akhirnya meletup! ARTIKEL BERKAITAN: Kiri piano, kanan tekan keyboard... ramai terpegun tengok gadis cun ini main 2 alat muzik serentak, bapanya bukan biasa-biasa! "Video itu dirakam di MyTown. Ada disediakan public piano di situ. Semuanya berlaku secara spontan. Kawan yang rakam video kerana saya ke sana dengannya, kebetulan ada pameran seni. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kami masuk ke dalam, tiba-tiba nampak piano. Ketika saya mula bermain piano, tak ada orang pun di situ. Kemudian penonton mula datang secara tiba-tiba. Orang mula rakam saya. terus jadi gemuruh. "Dalam peraaan gemuruh itu, saya juga ada melakukan sedikit kesilapan ketika main piano. Tapi, mereka tetap tunggu saya habiskan lagu. Mereka appreciate dan masih sokong walaupun ada silap sikit. Dalam rasa takut, saya sempat main sampai tiga lagu," ujarnya berseloroh. Amir merupakan pelajar bidang penyelenggaraan pesawat. Menurut Amir, tiga lagu yang dipersembahkan merupakan Happier dendangan Olivia Rodrigo, Reckless (Madison Beer) dan Perfect (Jamie Miller). Tambah Amir, dia makin terharu apabila video itu tular di TikTok sehingga dia menerima banyak komen positif daripada netizen. Kepada sesiapa yang ada bakat muzik, teruskan minat dan jangan fikir mengenai kata-kata orang. AMIR "Saya terharu baca semua komen. Saya pun tak jangka ia akan viral. Ramai yang minta untuk saya buat lagi video public piano macam hari tu. "Ramai yang komen positif. Tapi yang negatif pun ada. Mereka condemn kata jari saya keras. Tapi saya tak ambil hati dan tak terkesan. "Piano itu mempunyai key yang jenis berat, jadi double effort saya ketika itu," jelas Amir yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Amir yang juga pelajar bidang penyelenggaraan pesawat mendedahkan dia mula belajar bermain alat muzik keyboard milik bapanya sejak tahun 2017. Amir tak sangka video dikongsinya meraih lebih sejuta tontonan. Ujar Amir, dia banyak mempelajari instrumen itu secara sendiri dan tidak pernah mengikuti mana-mana kelas muzik sehingga ke hari ini. "Saya bukannya main piano sejak kecil lagi. Saya cuma cuba-cuba main keyboard milik ayah dalam tahun 2017. Ayah ada ajar sikit-sikit. "Tapi 80 peratus memang saya belajar sendiri. Kemudian ayah tengok saya ada progress, ayah belikan saya piano. "Selain TikTok dan Instagram, saya juga ada buat saluran YouTube dan Spotify untuk kongsi video main piano," jelasnya. Amir mula bermain keyboard bapanya sejak tahun 2017. Biarpun tidak mempunyai latar belakang pendidikan muzik, Amir berkata dia sentiasa cuba memperbaiki kemahiran dan sentiasa bersyukur dengan sokongan yang diterima. "Walaupun saya belajar sendiri dan tak ada latar belakang pendidikan muzik, ramai yang tetap beri sokongan. Saya cuma nak ucapkan terima kasih. "Mereka selalu request lagu, terlalu banyak permintaan. Saya risau mereka kecil hati jika ia tak dipenuhi. Jadi saya akan cuba main lagu yang mendapat permintaan majoriti. "Saya suka main lagu sedih, lagu slow. Lagu Korea, lagu Indonesia pun ada. Alhamdulillah, followers saya pun 50 peratus dari Indonesia, 50 peratus dari Malaysia. "Kepada sesiapa yang ada bakat muzik, teruskan minat dan jangan fikir mengenai kata-kata orang. Dulu ada orang pernah cakap kepada saya, kau main piano buat apa? bukannya reti pun... tapi saya tetap teruskan sehingga ke hari ini," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI