TAK perlu memandu jauh mencari tempat beriadah untuk bermandi-manda, sebaliknya hanya beberapa langkah sahaja, pemuda ini sudah sampai ke sebatang sungai yang jernih. Video yang dikongsi di aplikasi TikTok memaparkan dia dan anak-anak buahnya 'berkubang' dalam sungai yang hanya terletak di belakang rumah, begitu mengujakan netizen. Lebih-lebih lagi disunting dengan memasukkan lagu animasi Kampung Boy sebagai latar belakang, sekaligus ia mengembalikan nostalgia kepada kampung halaman masing-masing. ARTIKEL BERKAITAN: Video ‘port baik’ air terjun raih jutaan views gara-gara lubang menyelam, siapa nak pergi sila buat persediaan stamina bimbang ‘mental koyak’ ARTIKEL BERKAITAN: Rindunya kampung! Video pemuda berkubang dalam terusan raih hampir 2 juta views kurang dari 24 jam, air jernih disamakan dengan longkang di Jepun Sehingga kini video berkenaan meraih lebih daripada 165,000 jumlah tontonan. Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda bernama Muhammad Zarrin Asyraaf Ahmad Maliki berkata, video berkenaan dirakam ketika dia pulang ke kampung neneknya yang terletak di Selama, Perak, baru-baru ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Rumah yang di kampung tu merupakan rumah tok belah ibu saya yang bertempat di Kampung Garok. Dah memang jadi rutin, setiap kali balik ke kampung tok, saya akan mandi dengan anak buah saya. "Kalau saya tak nak mandi pun, mereka tetap akan desak sampailah saya mengalah. Nak tak nak memang kena layan jugak," kata pemuda berusia 27 tahun dari Kamunting ini. Menurut pemuda yang senang disapa sebagai Zarrin, sungai tersebut sememangnya menjadi 'padang permainannya' sejak kecil setiap kali pulang ke rumah neneknya. Air sungai yang jernih dan dingin. "Dari kecil lagi, dekat situlah port kami bermain. Kalau family semua balik, memang meriah. Penuh parking kat laman rumah," tambahnya. Bercerita pula mengenai idea pembikinan video berkenaan yang turut dirakam menggunakan dron, Zarrin berkata ia hanya dibuat secara suka-suka untuk disimpan sebagai memori manis ketika bercuti di kampung. "Idea untuk buat video ni tercetus sebab saya dah dua kali raya di perantauan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sungai ini sentiasa menjadi 'port' wajib anak-anak buah Zarrin setiap kali pulang ke kampung. "Jadi peluang ni saya abadikan sebagai kenang-kenangan memandangkan lepas ni saya pun tak tahu bila lagi akan balik kampung sebab akan melapor diri di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Ahad ini. "Idea lagu latar belakang pula dari saya sendiri memandangkan ramai antara kita kenal dengan Kampung Boy dan lagu itu sendiri sangat identical dengan suasana kampung yang sebenar. "Siapa yang dengar mesti teringatkan kampung masing-masing," tambahnya. Famili belah ibu semua dah pasal video tular tu kecuali tok. Tapi tak tahulah kalau sepupu saya kat kampung ada beritahu dia. ZARRIN ASYRAAF AHMAD MALIKI Tidak menyangka sama sekali perkongsian tersebut menjadi tular, Zarrin tidak menafikan menerima banyak pertanyaan daripada netizen mengenai lokasi sungai berkenaan. "Memang ramai yang tanya (lokasi). Tapi itulah, exact location terpaksa dirahsiakan memandangkan tok tak berapa sihat. Tok sekarang dah masuk 84 tahun umur dia. "Famili belah ibu semua dah pasal video tular tu kecuali tok. Tapi tak tahulah kalau sepupu saya kat kampung ada beritahu dia. Rumah tok kepada Zarrin yang terletak di Kampung Garok, Selama, Perak. "Tapi ada juga yang kondem air sungai tu keruh, dan mintak video yang air jernih. Air sungai tu asalnya memang jernih, tapi disebabkan hujan sehari sebelum tu, sebab tu air tu sedikit keruh ditambah pulak dengan 'color grading' video yang kelam kabut membuatkan air nak macam teh tarik. "Nanti kalau berkesempatan, saya akan upload video lain sebagai bukti," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI