SETIAP orang pasti mendambakan pasangan hidup yang bersama-sama dikala susah dan senang demi membina keluarga bahagia. Apa sahaja cabaran pasti akan dapat diatasi jika adanya kerjasama daripada semua pihak. ARTIKEL BERKAITAN: Berang dilarang masuk premis di KLCC kerana tak patuh SOP, wanita warga asing anggap pemakai mask semuanya komunis! ARTIKEL BERKAITAN: Sentiasa pilih work smart, nasib baik suami si tukang besi kreatif... sebut saja masalah pasti ada cara kasi settle! Mungkin itulah yang dipegang Saik Syabarudin Mohamed,32 dan pasangannya, Norhayati Mohd Nor,29 apabila kedua-duanya mula membina sendiri rumah impian mereka sedikit demi sedikit. Perkongsian gambar rumah mereka yang sudah hampir 50 peratus siap di media sosial baru-baru ini mendapat pujian daripada warga media sosial yang turut menitipkan doa supaya urusan mereka menyiapkan rumah terbabit dipermudahkan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Alhamdullilah, bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pertama sampai sekarang siap dalam 50 peratus hasil tangan sendiri, buat dengan isteri, nak beli tak mampu, kita bukan orang senang,” tulis Saik. Perkongsian Saik di Facebook mendapat perhatian netizens. Bercakap kepada mStar, Saik berkata, dia yang masih menumpang di rumah ibu mentuanya sering memikirkan cara untuk mengubah kehidupan mereka, termasuk untuk mempunyai rumah sendiri buat keluarga kecilnya. Berbekalkan ilmu pertukangan yang dipelajarinya daripada individu berpengalaman serta carian di internet, Saik memberanikan diri untuk membina rumah impian mereka di atas tanah yang diberi ibu mentua kepada isterinya. “Lepas kahwin saya duduk rumah mentua jadi saya fikir sampai bila nak duduk rumah orang, saya pun nak ada rumah sendiri, life, keluarga sendiri, saya selalu fikirkan cara nak ubah atau ada kediaman sendiri tapi saya tak boleh ambil loan sebab saya tak ada kerja tetap. “Saya memang dah lama minat bertukang atau buat kerja-kerja praktikal, sejak umur saya 19 tahun lagi jadi sebelum saya buat rumah ni saya banyak tanya pendapat orang yang berpengalaman dari bina asas tapak sampailah ikat batu dan lain-lain. “Saya pun banyak belajar atau buat kajian secara dalam talian, dekat Youtube, Google dan lain-lain sumber yang boleh digunakan,” katanya yang berkahwin pada tahun 2017. Saik dan isterinya mula membina rumah di atas tanah yang diberi ibu mereka. Menurut Saik dia bekerja secara sambilan dalam bidang Oil and Gas sebagai Instrument Fitter, dan pandemik Covid-19 sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasinya. Namun berbekalkan wang simpanan mereka, dia memulakan projek rumah impian mereka pada akhir Disember lepas sehinggalah Mac tahun ini. “Saya kerja freelance dan satu lagi disebabkan pandemik ni kerja berkurangan, nak naik kerja pun susah. “Saya biasa kalau balik dari offshore saya suka spent time dengan isteri pergi jalan-jalan tapi disebabkan PKP nak pergi mana-mama pun tak boleh jadi hikmahnya bolehlah nak siapkan sikit-sikit rumah,” katanya yang menetap di Paka, Terengganu. Saik belajar ilmu pertukangan dari individu yang pakar serta internet. Menurut Saik, tidak hanya memberi sokongan moral, isternya turut bersama-sama membanting tulang membina rumah impian mereka. “Wife saya banyak bagi sokongan dan kerjasama dari mula-mula tanah kosong sampai sekarang dah siap, sama-sama membanting tulang membina mahligai bersama. “Ada jugak kadang-kadang weekend anak saudara atau abang ipar tolong tapi yang selebihnya memang wife saya yang banyak bantu sebab maklumlah kadang-kadang ada juga benda yang kita tak boleh buat sorang-sorang, mujur dia sporting dan tak kisah buat kerja lasak,” katanya menambah dia tidak pernah memaksa isterinya membantu. Katanya, daripada tidak tahu menahu mengenai seni pembinaan, kini isterinya sudah semakin mahir. “Dari dia tak tahu apa-apa sampai la boleh buat banyak benda macam ikat besi link untuk buat tapak beam, ceduk tanah masuk dalam tapak rumah sebab masa tu kami gigih nak penuhkan tanah dalam tapak tu, semua pakai kudrat tangan di bawah panas matahari. “Dia selalu tolong saya kumpul atau angkat bata, bancuh simen.. Sekarang bila tengok hasil walaupun belum siap sepenuhnya, kami puas hati dengan hasil kerjasama, penat lelah kami membina rumah ni,” katanya yang mempunyai seorang anak berusia dua tahun. Isteri Saik banyak membantunya dalam membina rumah impian mereka. Katanya, mereka terpaksa berdepan pelbagai dugaan dan cabaran namun dorongan isterinya membuatkan dia terus kuat dan tidak berputus asa. “Setakat ini saya dah habis dalam RM18,000 tapi tak pasti bila boleh siap tapi insyallah mungkin dalam setahun atau secepatnya kalau tak ada masalah. “Selagi saya tak kerja saya buat hari-hari, memang tak cuti,” katanya.Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!