suria

Semua salah PKP! Nyaris telefon bomba gara-gara cincin tersangkut di jari montok... 3 jam gadis ‘bertarung‘ guna minyak, sabun - “Lepas vaksin saya asyik makan je”

Cincin yang dipakai Izzah tidak boleh tanggal.

SIAPA yang tak gelabah bila cincin yang biasa dipakai tiba-tiba ketat dan tak boleh ditanggalkan!

Semuanya gara-gara PKP! (Perintah Kawalan Pergerakan).

ARTIKEL BERKAITAN : Pemandu lori tak kisah angkut barang buangan ke rumah, janji anak cucu gembira... kalau rosak dibaiki, yang kotor dicuci - "Kawan selalu call tanya nak tak"

ARTIKEL BERKAITAN : Gempur habis-habisan... Bukit Aman jejak funder Ah Long!

Berkongsi video dirinya sedang berusaha keras untuk menanggalkan cincin tersebut, Izzah Izzaty Zulkiflee, 22 berkata, pertambahan berat badan yang mendadak sewaktu tempoh PKP sebelum ini menyebabkan cincin yang sudah hampir dua tahun dipakainya tidak boleh ditanggalkan.

"Seumur hidup saya, tak pernah lagi jadi macam ni, ni semua gara-gara PKP, saya duduk rumah asyik makan.

"Saya mula sedar yang cincin tu lekat sebab saya nak tanggalkan untuk cuci cincin tu, tapi tak boleh, ada dalam tiga jam saya cuba nak tanggal tapi tak lepas," katanya kepada mStar.

FotoJet (24)

Izzah cuba pelbagai cara untuk menanggalkan cincin yang dipakainya.

Buntu, Izzah yang juga seorang peniaga dalam talian kemudiannya mendapatkan pandangan daripada rakan-rakannya.

"Saya post dekat TikTok, saya rekod video saya tengah cuba nak tanggalkan cincin tu.

"Mula-mula saya basuh tangan tak boleh, saya tanya kawan-kawan, mereka suggest letak minyak lepas tu saya letak sabun pinggan mangkuk pun susah juga nak buka," katanya yang menetap di Cheras di ibu negara.

Izzah yang sudah bertunang berkata, dia hampir sahaja menghubungi bomba apabila segala usaha yang dilakukannya tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berhasil.

"Memang bila tak boleh cabut tu saya rasa nak panggil bomba, tapi rasa sayang pula kalau panggil bomba sebab nanti kena patahkan cincin tu, jadi saya try juga untuk buka sendiri.

"Susah, memang lama jugak masa yang saya ambil untuk buka tu sampai bengkak dan merah-merah jari saya.

"Tapi lepas beberapa jam mencuba, letak sabun dengan minyak baru ia tanggal," katanya.



Jarinya merah dan bengkak sedikit selepas dia menanggalkan cincin tersebut.

Akibat kejadian itu, Izzah kini trauma untuk memakai semula cincin tersebut.

"Saya pakai cincin tu dah lama dah sebelum ni boleh je cabut tapi seminggu lepas saya dapat suntikan vaksin memang saya makan banyak.

"Tiba-tiba nak cabut cincin tu dah tak boleh sebab jari dah gemuk jadi sampai sekarang saya tak pakai cincin tu, takut dah," katanya, menambah cincin itu dibelinya sendiri.



Izzah sedang cuba untuk menurunkan berat badannya.

Susulan kejadian itu dia kini dalam proses untuk menurunkan berat badan bagi memastikan cincin tersebut boleh dipakai semula satu hari nanti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain