KELETAH dan gelagat anak-anak kecil sememangnya menghiburkan. Baru-baru ini gelagat dua beradik yang dirakam ibunya sebaik sahaja si adik dibenarkan keluar dari hospital, mencuit hati netizen. Apa tidaknya, menerusi rakaman spontan itu, kelihatan si kakak beriya-iya mendepakan tangan mahu memeluk adik lelakinya untuk melepaskan kerinduan namun tidak dilayan sehingga membuatkan si kakak merajuk! ARTIKEL BERKAITAN: Aduh, adik bikin kakak malu! Disangka hilang, rupa-rupanya tengah syok ‘pandu’ van ketika abang-abang TM sibuk pasang kabel ARTIKEL BERKAITAN: Dulu panas baran, bermusuh adik beradik... siapa sangka jejaka berubah selepas ke kubur, siap plan kejutan buat 2 adik - “Sebak pertama kali dipeluk” "Kakak dah excited, hujung-hujung kena palau!" "Kakak kena fake hope," demikian antara komen netizen pada perkongsian video tersebut. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Sehingga kini video gelagat lucu dua beradik itu meraih melebihi 1.8 juta jumlah tontonan. Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Munirah Pauzi berkata video berkenaan dirakam secara spontan selepas anak keduanya, Aidan Daiyan Abu Dzar, dua tahun, dibenarkan pulang selepas dua hari dirawat di Hospital Muar, Johor. "Aidan kena warded sebab demam, cirit birit dan muntah. Saya teman si adik dekat Hospital Muar, kakaknya, Nur Aifa Medina Abu Dzar yang berumur empat tahun duduk rumah dengan babah dia. "Dua hari dirawat, Aidan dah dibenarkan pulang. Masa Aidan di hospital, dia dan kakaknya selalu buat video call dan kakaknya beritahu nanti dia datang nak jemput bila dah boleh keluar. "Hari Aidan discharge, kakak nampak kelibat adiknya dan nak lepaskan kerinduan sebab dua hari jumpa. Tapi si adik pula buat prank dekat kakak. Buah hati pengarang jantung Siti Munirah dengan suami. "Dia tak sambut pelukan kakaknya tapi terus berlari ke arah babah. Mungkin dia nak balas dendam sebab di rumah kakak selalu kenakan dia. Kali ini giliran dia pula prank," katanya sambil ketawa kecil. Menurut wanita berusia 31 tahun ini, dia yang merakam momen tersebut juga tidak dapat menahan rasa geli hati melihat gelagat dua beradik berkenaan. "Masa tu kakak mencuka... dia merajuk sekejap. Adik tengok kakak macam tu terus pujuk. Kesian kakak... muncung mulutnya. Dia yang terlebih excited, tapi si adik bagi 'fake hope' pula," ujar ibu kepada dua cahaya mata ini. Bercerita mengenai gelagat anak-anaknya itu, Siti Munirah berkata kedua-duanya bermulut riuh dan ibarat 'anjing dan kucing' apabila di rumah. Masa tu kakak mencuka... dia merajuk sekejap. Adik tengok kakak macam tu terus pujuk. Kesian kakak... muncung mulutnya. SITI MUNIRAH PAUZI IBU "Ramai yang kesian pada kakak sebab si adik bagi fake hope. Tapi sebenarnya si kakak ni nakal dan kaki sakat adik di kat rumah. "Si adik pula manja sangat. Kalau kena sakat dengan kakaknya, menangis kuat. Dua orang tapi mulut macam 20 orang. Kadang kalau sunyi tak dengar suara mereka, jiran pula yang bertanya sebab hairan. "Tapi itulah adik beradik. Mereka berdua je... itulah kawan main, itulah kawan gaduh. Kalau dekat gaduh, bila jauh rindu," ujarnya yang menjalankan bisnes secara dalam talian. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Siti Munirah berkata dia pada mulanya tidak berhasrat untuk memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok. Siti Munirah dan keluarga menetap di Muar, Johor. "Mak saudara mereka yang cadangkan supaya muat naik dekat TikTok sebab kelakar. Selalu saya post dekat story Instagram je sebab tak aktif di TikTok. Tengok-tengok petang tu je dah 21,000 views. "Videonya simple je, tapi gelagat mereka tu lucu. "Ada yang minta saya rakam lagi video gelagat dua beradik ni. Saya nak ucapkan terima kasih pada yang komen. Semuanya seronok dan terhibur. Saya okay saja, setidak-tidaknya boleh hilangkan stres siapa-siapa yang menontonnya," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI