AKSI comel seorang anak kecil berenang di sebuah kolam menarik perhatian ramai. Dia mampu tersenyum ceria sambil membuka mata ketika menyelam di dalam air. "Dalam air pun boleh senyum manis." ARTIKEL BERKAITAN: Dapat mak ayah kaki hiking, bayi usia 2 tahun dah 5 kali sampai puncak gunung... perlu banyak persediaan termasuklah hafal lagu Itsy Bitsy Spider ARTIKEL BERKAITAN: Budak 6 tahun ini asyik nak bergaya, pakai baju cantik walau musim 'Kobid 9Tim'.. rupa-rupanya 'berjangkit' daripada emak! "Dia boleh pula senyum, kalau aku tutup rapat mata ngan mulut," demikian antara komen netizen. Bercakap kepada mStar, ibu kepada kanak-kanak itu, Syamim Adila Zaidi berkata, rakaman tersebut dibuat ketika anak lelakinya, Ahmad Saheim Zayyan Ahmad Helmi yang berusia tiga tahun dan lima bulan sedang mengikuti kelas renang di Kota Damansara, Selangor. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Wanita berusia 32 tahun itu memberitahu, anaknya yang dipanggil Saheim itu dihantar memasuki kelas renang sejak usianya lapan bulan. "Saya hantar anak ke kelas renang sebab nak ada bonding time (masa bersama) memandangkan saya bekerja, jadi ada aktiviti saya bersama anak pada hujung minggu. Saheim teruja setiap kali masuk dalam air. "Ibu bapa atau penjaga kena ada setiap kali kelas diadakan. Mak ayah bukan sekadar tengok je, tapi turut bantu dari segi pergerakan anak ketika belajar renang," katanya ketika dihubungi. Syamim berkata, perkembangan anaknya dalam aktiviti renang begitu memuaskan dan dia cepat belajar serta boleh berenang sendiri tanpa bantuan dalam jarak dekat. "Anak saya terlampau excited bila masuk dalam air. Sebab tu dia senyum bila berenang dan menyelam. Bila dia tersenyum, saya sendiri pun tergelak tengok. "Tiada kolam renang di rumah, cuma ada tab mandi. Biasanya kalau mandi di rumah dia akan menyelam dan tersenyum juga," ujarnya yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang. Saheim tersenyum ketika menyertai kelas renang. Dalam pada itu, jurutera berkenaan mendedahkan dia dan suaminya, masing-masing tidak pandai berenang, yang menjadi antara faktor mereka menghantar anaknya belajar melakukan aktiviti itu. "Saya dan suami tak pandai berenang. Saya hanya bawa anak untuk belajar renang. Jika saya ada di kolam pun, air hanya di paras dada dan saya cuma berdiri saja. Saya dan suami tak pandai berenang, sekurang-kurangnya nak ada satu bakat renang pada anak, nak elak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. SYAMIM ADILA ZAIDI "Sekurang-kurangnya nak ada satu bakat renang pada anak, untuk jaga kami. Pada masa sama, kami nak elak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. "Berdasarkan kes-kes lemas melibatkan kanak-kanak sebelum ini, mangsa biasanya panik menyebabkan tidak terkawal, hilang tenaga sebelum lemas... jadi kami mahu anak bersiap sedia apabila berlaku kecemasan," tambahnya. Syamim (kiri) bersama suami dan Saheim. Dalam pada itu, Syamim turut menyedari kebimbangan netizen terhadap anaknya yang berenang sambil membuka mata, dikhuatiri akan terjejas penglihatan disebabkan air klorin di kolam renang mengandungi bahan kimia. "Saya akui ramai yang bimbang dengan anak saya berenang buka mata. Saya nak maklumkan air kolam untuk kelas renang tu tak ada klorin, dan tak pedihkan mata," jelasnya. Saheim begitu teruja dibawa melihat kapal terbang. Selain yakin dan bersemangat terhadap persekitaran dalam air, Syamim berkata, anaknya juga merupakan seorang yang aktif, manja dan 'happy go lucky'. "Selain minat berenang dan menyelam, anak saya menyukai kapal terbang. Selain permainan, dia juga suka tengok kapal terbang di udara. "Kami selalu juga bawa dia tengok kapal terbang sama ada ke lapangan terbang Subang atau KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) pada hujung minggu," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI