suria

Sekolah nak buka esok, pelajar panik sekejap uniform dah tak muat... maklumlah badan dah ‘berkepak’ - “Rasa macam nak terkoyak”

Foto kiri Akmal mencuba baju sekolah bersaiz 18, foto kanan Akmal memakai baju saiz 20.

IBU bapa dan pelajar kini boleh menarik nafas lega apabila sekolah di seluruh negara kembali dibuka untuk pembelajaran secara bersemuka.

Namun setelah sekian lama berada di rumah dan menjalani kelas dalam talian, pastinya terdapat perubahan pada diri dan fizikal pelajar.

Begitulah dilema yang dihadapi seorang pelajar apabila baju sekolahnya menjadi ketat kerana badannya semakin berotot.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sado sanggup kumpul syiling kerana badan, elak aksi berseluar dalam

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara patah kaki, kini berbadan sado... pemuda berhabis ribuan ringgit 'buka' gim di bilik, asalkan tak kacau abang tidur!

Pelajar berkenaan, Muhammad Akmal Shafirul berkata, berat badannya naik kira-kira lapan kilogram (kg) dari 56kg kepada 64kg sejak kali terakhir mengikuti sesi persekolahan di Sungai Petani, Kedah secara bersemuka beberapa bulan lalu.

Remaja berusia 17 tahun itu bagaimanapun hanya menyedari baju seragamnya begitu ketat untuk dipakai ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan, Ahad.

"Baju sekolah saya saiz 18, kali terakhir saya pakai masa pergi sekolah beberapa bulan lepas masih muat. Sehari sebelum nak kembali sekolah, tengok dah ketat.

"Saya baru try baju sehari sebelum sekolah dibuka. Baju ketat terutama di bahagian lengan dan 'wing' tepi dan belakang badan... rasa macam baju nak terkoyak," katanya kepada mStar.

pelajar sado 3

Akmal (kiri) merupakan pemain bola sepak di bawah PPBN.

Lebih mesra disapa Akmal, dia juga merupakan pemain bola sepak mewakili daerah Kota Kuala Muda di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) sejak tingkatan satu.

"Tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dengan beberapa larangan seperti sukan bersentuhan badan dan gim pula ditutup, jadi berat badan saya menyusut.

"Masa PdPR (pengajaran dan pembelajaran di rumah), saya ada masa lebih fleksibel untuk bersenam termasuk melakukan latihan sukan bar atau calisthenics yang menguatkan otot.

"Bila gim kembali beroperasi sebulan lalu, saya kembali melakukan senaman angkat berat. Masa gim tutup pun saya masih buat workout di rumah," kata kaki gim itu yang menjalani latihan angkat berat kira-kira empat hingga lima kali seminggu.

pelajar sado 4

Latihan sukan bar atau calisthenics yang menguatkan otot.

Namun remaja yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu lega kerana membuat persediaan awal dengan menyediakan baju sekolah bersaiz lebih besar sekiranya badannya membesar.

"Saya target badan saya lebih berotot dengan bersenam di gim dan sukan bar. Sebab itulah saya siap sedia beli baju sekolah bersaiz 19 dan 20 awal tahun ini.

Saya target badan saya lebih berotot dengan bersenam di gim dan sukan bar. Sebab itulah saya siap sedia beli baju sekolah bersaiz 19 dan 20 awal tahun ini

MUHAMMAD AKMAL SHAFIRUL

"Oleh kerana baju sekolah saiz 18 dah ketat sebab badan makin besar, saya pergi ke sekolah dengan pakai baju saiz 19. Kalau badan saya makin berotot atau membesar menjelang akhir tahun, saya dah standby dengan baju sekolah saiz 20," tambahnya.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, selain senaman angkat berat, dia juga mengambil makanan antara empat dan lima kali sehari, malah ada juga enam kali sehari.

pelajar sado 2

Foto kiri berat badan Akmal 56kg, foto kanan berat badannya mencecah 64kg.

Mengenai suka bola sepak, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini mengagumi pemain handalan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan mengikuti perkembangan pasukan itu.

Akmal turut menyokong kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Southampton dan meminati bintang Liverpool, Mohamed Salah dan Cristiano Ronaldo dari Manchester United.

pelajar sado 8

Akmal melakukan senaman angkat berat selepas gim dibenarkan beroperasi semula.

Dalam pada itu, Akmal menjelaskan bahawa dia tidak mahu badannya menjadi terlalu besar seperti ahli bina badan, sebaliknya sekadar mengimpikan bentuk badan atlet.

"Saya ada badan yang lean muscle. Nak ada badan atlet yang masih berotot tetapi tidak terlalu besar, sesuai untuk saya berlari dan melompat tinggi ketika bermain bola di padang," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain