KESERONOKKAN seorang kanak-kanak bermain kolam dengan peluncur (slide pool) terhenti seketika apabila dia terjatuh sehingga mengakibatkan kepalanya benjol. Tragedi tersebut dikongsikan makciknya, Siti Hazirah Zaini, 30 yang memuat turun video di laman TikToknya. "Baru nak seronok main kolam sekali ada tragedi, kena extra alert main ni.. biasalah anak-anak over excited first time main," tulisnya di ruangan caption video yang menunjukkan kegembiraan kanak-kanak tersebut bermain slide pool dan gambar benjol selepas itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) ARTIKEL BERKAITAN: Dua budak kecil setia teman mak ayah live jual bundle sampai 3 pagi, si ibu percaya mereka membesar jadi anak yang bagus - “Tipulah kalau tak sayu” ARTIKEL BERKAITAN: Anak terkilan ibu tak sempat tengok majlis nikah, tapi terharu lihat gambar telaga dalam handphone arwah - “Mak tak sempat masak ayam pecel” Bercakap kepada mStar, Hazirah yang juga seorang pereka grafik berkata kejadian berlaku pada 30 Oktober lalu ketika mereka sekeluarga berkumpul di rumah ayahnya di Seremban, Negeri Sembilan buat kali pertama setelah sekian lama. "Plan untuk sewa ni memang last minit sebab ni kira kali pertama kami satu family berkumpul lepas kerajaan buka semula sempadan negeri, jadi ayah saya tanya tak nak ke sewa kolam sebab ramai cucu-cucu yang balik, jadi kami rasa macam okay la juga. "Masa anak abang (Ahmad Uwais Muhammad Hazimi) jatuh dia sebenarnya main tak sampai 10 minit pun lagi, kita orang pun sebab baru je pasang, kami pun tak sempat nak warm up, tak tengok lagi macam mana nak main gelongsor tu, abang pulak masa tu tengah jaga dua lagi anak dia yang masih kecil, saya pantau anak saya, yang lain pun, masing-masing pantau anak-anak sendiri. "Macam mana dia boleh terjatuh pun tak pasti sebab dia ni bukan jenis yang lasak atau nakal, memang sopan sangat budaknya," ceritanya. Slide pool yang disewa Hazirah dan keluarganya. Hazirah yang menetap di Shah Alam, Selangor berkata, benjol di kepala anak saudaranya yang berusia empat tahun itu timbul serta merta. "Masa dia jatuh tu dia menangis, lepas tu dia angkat je muka terus nampak benjol tu, adalah dalam sebesar bola golf, dalam gambar saya tu nampak dah kecil sebab kami tuam ais, sebelum tu memang besar sangat saya tengok pun seriau. "Abang terus bawa dia pergi klinik, doktor kata tindakan kami tuam air sejuk tu betul, jangan letak benda panas, kemudian doktor tekan-tekan lebam tu pun Uwais relaks je tak sakit jadi doktor cakap tak ada apa yang serius," katanya. Katanya Uwais juga tidak menunggu lama untuk terjun semula ke dalam kolam tersebut dan sambung bermain bersama sembilan lagi sepupunya yang lain. Anak-anak Hazirah dan anak saudaranya gembira bermain slide pool yang disewa mereka. Hazirah yang berkongsi video tersebut sebagai ikhtibar kepada ibu bapa diluar sana berkata, selain peka semasa anak-anak bermain, ibu bapa juga perlu menitik beratkan aspek keselamatan pelampung yang disewa. "Ni memang kali pertamakan masa pergi survey tu memang tengok yang paling murah je sebab fikir budak je nak main, tak terfikir pasal keluasan dia, sebab ada yang komen kata kena letak dekat rumput, kalau letak dekat rumput saiz yang kami ambil tu memang tak muatlah, tapi masa deal memang tak tanya saiz betul-betul, kolam tu memang untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, seller pun tak tanya, sepatutnya dua-dua pihak - ibu bapa kena peka, seller pun kena maklumkan dengan lebih jelas kepada ibu bapa. "Kemudian kena tengok juga dari aspek keselamatan, macam yang kami sewa tu tangga dia agak curam jadi kami tanya seller jika ada pelapik. "Lagi satu kena pastikan air betul-betul dah penuh, macam masa hari first tu memang air tak sempat penuh masing-masing sibuk naik, mula-mula kita boleh larang, tapi bila kolam tu angin dah penuh dah susah nak kawal, jadi hari kedua tu lepas Subuh ayah dah pasang sebab nak bagi air penuh dulu," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI