suria

Tak berhati perut, bukan minta jadi begitu! Bermula dengan titik kecil, anak istimewa digelar ‘dajjal, mata satu’... benar kata si ibu, kanser memang jahat!

Fiq kehilangan matanya ketika berusia 4 tahun akibat kanser.

"DAJJAL, mata satu."

Itu antara kata-kata nista yang dilemparkan terhadap Afiq Thaqif Jainaie, 6, yang kehilangan mata kirinya disebabkan kanser.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilema pusat perlindungan! Pemilik ‘takut dosa’ enggan mandulkan kucing, ugut nak buang di pasar jika tak mahu ambil bela

ARTIKEL BERKAITAN: Anak belajar sesuatu selepas ‘bapa tiada penyakit’ pergi mengejut, beri minum jadi kenangan terakhir - “Doktor kata abah berpotensi sembuh, esoknya nazak”

Ibu kanak-kanak istimewa tersebut, Siti Nur Farahah Mohd Azmi, 35 berkata anak sulungnya itu disahkan mengidap retinoblastoma sewaktu dia berusia empat tahun.

WhatsApp Image 2021-11-05 at 2.22.35 PM

Afiq (dua dari kanan) bersama keluarganya.

Dia dan suami bagaimanapun sedikit terkilan kerana tidak membawa Afiq yang mesra dipanggil Fiq untuk mendapatkan rawatan lebih awal.

"Masa tu kami bawa adik Afiq ke hospital sebab dia demam, jadi akak minta doktor check Afiq sekali sebab dalam mata dia ada satu titik sinar, titik tu akak mula perasan masa umur dia dua tahun tapi masa tu tak jelas sangat.

"Salah akak dan suami tak ambil tindakan awal, kami bawa Afiq semasa umur empat tahun ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HTTM) dan mereka refer ke pakar mata di Hospital Kuala Lumpur.

"Di HKL doktor sahkan Fiq ada kanser tapi tak tahu tahap berapa, doktor cakap kena buat operation segera," katanya.



Titik putih di mata kanan Fiq.

Hampir satu jam menjalani pembedahan mata, Farahah dan suaminya akhirnya menerima perkabaran yang mendukacitakan.

"Doktor keluar dari dewan bedah, dia cakap kanSer Fiq di tahap 4 dan mata Fiq perlu dibuang segera sebab takut kanser merebak ke otak dan saraf lain.

"Masa tu akak dengan suami ikut je cadangan doktor," katanya yang menetap di Kem Kementah, Setiawangsa di ibu negara.

Tidak terhenti di situ, mereka kemudiannya menerima perkhabaran bahawa kanser Fiq telah merebak ke bahagian lain.

"Selepas buang mata Fiq dalam masa sebulan dapat result kanser dah merebak ke luar saraf yang doktor potong jadi Fiq kena jalani kimoterapi untuk enam sesi.

"Masa tu memang hospital rumah pertama Fiq," ujarnya.



Badan Fiq timbul bintik-bintik kesan kimoterapi.

Menurut Farahah, Fiq merupakan anak istimewa mereka yang tidak boleh bercakap sejak lahir.

"Sebelum dapat tahu dia menghidap kanser, akak dan suami bawa dia ke terapi speech delay tapi tak habis rawatan sebab keluar masuk wad untuk kimoterapi.

"Akak dengan suami tak sangka Fiq menghidap kanser sebab Fiq tak pernah sakit atau demam. Memang betul kanser ni jahat, dia serang dalam diam-diam, tau-tau je Fiq dah tahap empat sampai dia hilang mata kiri," katanya.



Fiq menjadi mangsa mulut jahat sesetengah individu.

Farahah turut berkongsi rasa terkilannya apabila anaknya itu menjadi mangsa mulut-mulut jahat sesetengah individu.

"Sekarang Fiq pakai mata palsu atau orang panggil mata baru, mata tu tak nampak pun dia hanya plastik untuk tulang mata tak jatuh, dan tak nak orang tengok Fiq pelik sebab mata satu.

"Lepas operation lambat juga Fiq nak dapat mata tu jadi kalau keluar memang orang akan pandang Fiq pelik, pernah akak upload gambar di Facebook orang kata dajjal mata satu.

"Ada parents yang cakap dekat anak jangan nakal sangat nanti mata jadi satu macam Fiq... sedih sangat dalam hati, masa tu akak belum kuat lagi nak terima mata anak akak satu," katanya menambah dia cuba kuat demi Fiq.



Mata palsu yang digunakan Fiq.

Menurut Farahah yang membuat perniagaan menjual kek secara kecil-kecilan, Fiq merupakan anak yang sangat baik dan mudah dijaga.

"Fiq anak yang paling senang nak jaga, Allah uji Fiq sebab Allah sayang Fiq," katanya.

Anaknya itu kini masih lagi mendapatkan rawatan di bahagian Oftalmologi dan Oncologi di HKL.

"Fiq sekarang tak pakai lagi mata palsu sebab buat mata baru tapi tak sesuai dengan Fiq jadi tunggu next appointment baru boleh tukar mata lain cuma sebab Covid-19 ni, appointment jadi lambat dari biasa," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain