SELEPAS kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri pertengahan Oktober lalu, ramai warga kota mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman selepas berbulan-bulan atau mungkin lebih setahun tidak menjenguk ibu bapa. Jika ditelusuri di media sosial, rata-ratanya memuat naik video atau gambar bagi berkongsi rasa gembira ketika tiba di kampung masing-masing. Malah ada juga yang berpakat dengan adik beradik lain atau pulang senyap-senyap demi memberi kejutan istimewa kepada orang tua. ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan dapat kerusi baharu, rupa-rupanya nenek buka bonet disergah 3 cucu! Lega plan kejutan menjadi, nasib baik ibu tak pengsan - "Jenuh nak jawab nanti" ARTIKEL BERKAITAN: Dah boleh rentas negeri, anak pulang bawa kejutan hadiah untuk ‘seisi keluarga’ dalam kotak KFC... ayah sebak! - “Dua bulan saya simpan duit” Begitu juga dengan seorang wanita ini yang siap mengenakan sut kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan menyamar sebagai seorang petugas perubatan agar tidak dikenali kedua ibu bapanya. Sehingga kini video memaparkan wanita berkenaan membuat kejutan istimewa itu meraih lebih daripada 1.6 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Leena Jamel berkata, idea tersebut dirancang oleh kakaknya yang merupakan seorang jururawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor. "Kakak saya, misi Reen dah dua tahun tak balik kampung kerana kekangan tugas dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hanya baru-baru ini dia mempunyai kelapangan dan rancang untuk balik ke kampung di Kulim, Kedah. "Kakak langsung tak beritahu mak ayah pun rancangan dia nak balik kampung, sebab itu mak dan ayah langsung tak jangka. Kakak pun plan spontan saat akhir dan beritahu saya untuk minta saya rakam momen tu. "Saya sememangnya tinggal bersama mak ayah kerana bekerja di pekan ini. Jadi masa dia nak sampai rumah kami pagi Jumaat, dia siap parking jauh sikit dan call minta saya standby," ceritanya. Idea untuk menyamar dan melakukan kejutan kepada ibu bapa itu dirancang oleh kakak Leena yang merupakan seorang jururawat. Menurut gadis berusia 23 tahun ini, bagi mengaburi mata kedua-dua ibu bapa mereka, kakaknya memperkenalkan diri sebagai petugas kesihatan yang mahu menjalankan ujian calitan (swab) kononnya kerana terdapat kes Covid-19 di taman perumahan mereka. "Kakak punyalah 'goreng' dan beritahu nak buat swab test untuk seisi rumah konon ada kes dekat taman ni. Sebenarnya tak ada kes pun. Ayah macam tertanya-tanya juga sebab dia tak nampak kakak bawa peralatan. "Kakak pandai 'cover' dan beritahu ambulans akan datang sekejap lagi sebab mereka pecah-pecahkan petugas. Memang tak kantoi langsung. Suara kakak pun mak ayah tak dapat cam. Hampir tiga minit jugalah kakak 'goreng'. "Hinggalah kakak pura-pura dahaga dan minta air, dia buka penutup muka... barulah ayah sedar. Mak pula macam masih 'blur' dan tak berapa cam. Bila saya beritahu, baru dia gelak," cerita anak keempat daripada lima adik beradik ini lagi. Kakak punyalah 'goreng' dan beritahu nak buat swab test untuk seisi rumah konon ada kes dekat taman ni. Sebenarnya tak ada kes pun. LEENA JAMEL Menurut Leena, kakaknya hanya sempat meluangkan masa selama dua hari sahaja di kampung kerana komitmen tugas sebagai salah seorang petugas barisan hadapan. "Kakak dah tujuh tahun bekerja sebagai frontliners. Dua tahun tak balik kampung, hingga anak bongsunya yang dulu boleh duduk, kini dah pandai berjalan. Kakak pulang bersama suami dan empat anaknya. "Memang meriahlah sebab anak-anak saudara dah lama tak balik jenguk nenek dan datuk mereka. Sebenarnya, sebelum itu kakak saja bagi hint melalui panggilan telefon... dia beritahu teringin nak makan cucur udang air tangan mak. "Mak kata, kalau buat pun, kakak bukan boleh balik kampung. Jadi masa kakak balik baru-baru ni, malam tu terus mak buat cucur udang," ceritanya lagi. Ibu dan bapa Leena sama sekali tidak menyangka menerima kejutan daripada anak kedua mereka. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Leena berkata dia sekadar mahu mengabadikan momen indah tersebut di media sosial. "Langsung tak expect nak viral. Sampai tak terbaca komen-komen netizen. Namun ramai yang tersentuh sebab ada yang masih belum berpeluang jumpa mak ayah... ada juga yang sudah kehilangan orang tua masing-masing. "Daripada perkongsian ini, saya cuma nak sampaikan mesej kepada anak-anak di luar sana. Memandangkan dah boleh rentas negeri, kalau ada kelapangan, tengoklah mak ayah kat kampung. Carilah masa walaupun sekejap," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI