MINATNYA yang mendalam dalam bidang pembuatan mendorongnya menyimpan hasrat untuk menjadi seorang saintis apabila dewasa kelak. Hadir daripada keluarga yang kurang berkemampuan, cita-citanya itu bagaimanapun tidak kesampaian.ARTIKEL BERKAITAN : Tak pernah berenggang sejak kecil, dalam gembira jejaka sayu lihat kembarnya naik pelamin... tak sangka ramai offer jadi isteri - “Ramai tanya abang bila lagi?”ARTIKEL BERKAITAN : Anak mengamuk nak makan ais krim pukul 11 malam, bapa terpaksa ‘kawtim’ dengan akak kaunter drive-thru - “Kalau kami yang cakap, memang dia tak percaya” Namun semua itu tidak pernah menghalang Narizam Narawi, 35 untuk terus belajar dan mendalami ilmu untuk bergelar seorang “tukang”. Dia yang berkongsi hasil karya terbarunya di media sosial baru-baru ini, menerima pujian daripada warga maya. Antara yang dikongsinya adalah cat mask berserta kerambit, topeng Anbu iaitu watak daripada cerita animasi terkenal Naruto, topeng Immortan Joe dari movie Mad Max:Fury Road dan topeng Ino Samurai. “Smart la bang!,” komen salah seorang warga maya. Antara yang menarik perhatian warga net adalah topeng Anbu iaitu watak daripada cerita animasi terkenal Naruto. Bercakap kepada mStar, Narizam yang menetap di Bintulu, Sarawak berkata, sifatnya yang sentiasa ingin menuntut ilmu mendorongnya untuk mempelajari kemahiran bertukang dengan hanya berpandukan video di YouTube, laman web serta individu-individu yang mahir. “Saya berkenalan dengan pelbagai jenis orang yang berpendidikan tinggi dan dari situ saya cuba belajar secara tidak langsung untuk mendapat sedikit ilmu daripada mereka, selain menggunakan YouTube dan website berkaitan setiap subjek yang ingin saya pelajari. “Saya pernah belajar dalam bidang komputer tapi tak habis atas faktor kewangan jadi berbekalkan sijil kemahiran yang saya perolehi dari Institut Kemahiran Tinggi Mara, Kuching, saya bekerja di syarikat perindustrian dan disana saya belajar berkenaan industri berat sebab pada masa itu saya bekerja sebagai mekanik jentera berat. “Lepas lima tahun, saya dapat tawaran kerja dalam bidang oil and gas sehingga hari ini sebagai technician dan operator, tapi bila masa cuti saya akan gunakan untuk buat apa-apa barangan yang saya rasa perlu atau inginkan seperti perabot,” katanya. Zam dengan topeng Ino Samurai yang dihasilkannya. Norizam yang lebih mesra dipanggil Zam berkata, dia mula berjinak-jinak dengan seni 3D printing apabila dia melihat harga mesin yang digunakan semakin murah. “Saya dah lama idamkan untuk memiliki mesin printer 3D, dulu tak mudah nak beli jadi bila dah ada saya cuba belajar setiap fungsi dan karakter mesin ni. “Dulu harga mesin printer lebih RM2,000 tapi sejak pandemik, saya perhatikan harga makin murah, jadi saya beli awal tahun ni hanya RM650. “Setiap mesin ada kelemahan dan kelebihan. Jadi saya buat research dulu sebelum beli,” ujar bapa kepada tiga anak ini. Mesin 3D yang digunakan Zam. Jelasnya, dia percaya bahawa minda manusia ini lebih hebat daripada komputer. “Cuma kita perlu masa untuk belajar dan faham, sempadan diantara boleh atau tidak boleh adalah usaha. “Setakat ini saya tengah cuba untuk buat topeng sebab saya tengah belajar konsep layer dalam 3D printing, nanti saya mungkin akan belajar konsep-konsep lain sebelum saya gabungkan semua pengetahuan dalam binaan 3D untuk hasilkan sesuatu,” katanya. Antara barangan 3D yang dihasilkan Zam. Selain hobi, dia turut mengambil peluang yang ada untuk menjual hasilnya bagi meraih pendapatan tambahan. “Saya cuba untuk hasilkan barangan agar ia mampu menampung kehidupan saya dan keluarga satu hari nanti. “Say tak ada ilmu dalam bidang perniagaan tapi saya faham setiap tahun ada ketikanya setiap orang ingin memilik sesuatu. “Contoh tak lama lagi nak Krismas, kalau buat benda yang orang cari masa tu mungkin saya boleh dapat keuntungan walaupun sedikit, dan dalam tahun depan kalau tak ada masalah untuk teruskan hidup bebas saya cadang nak buat replika kapal terbang plastik,” katanya. Selain topeng dan figura, antara rekaannya termasuklah sebuah moodlamp. “Moodlamp ni saya buat berperingkat-peringkat dan menggunakan bahan-bahan sedia ada. “Dari binaan 3D menggunakan software komputer, ambil masa juga sebab saya perlu rancang saiz dan bentuk yang sesuai, print ambil masa sehari, wiring semua saya ambil dari peralatan elektronik lama,” katanya. Moodlamp yang dihasilkan Zam. Jelasnya, satu-satu binaan 3D ini bermula dari imaginasi seseorang yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam software sebelum dicetak. Zam juga percaya bahawa satu hari nanti produk 3D ini akan mula mendapat tempat dalam hati masyarakt di Malaysia. “Normal kalau orang cakap 3D produk tu mahal, tapi kalau apa saya lihat dari group-group di Amerika yang juga tempat saya belajar kemahiran 3D ni, mereka sangat menghargai hasil creator ni, cuma di Malaysia, orang rasa ia tidak berbaloi. “Saya belum jumpa group Malaysia macam tu sebab kurang yang ada enthusiasm macam ni,” katanya yang berharap satu hari nanti dia mampu membina barangan bagi kegunaan harian di rumah. Cat mask dan kerambit yang dihasilkan Zam. Selain cetakan 3D, Zam turut mengambil peluang untuk belajar mengenai mesin Laser Engraver dan Computerized Numerical Control. “Apa pun yang kita nak bina dia tak akan dapat terus jadi sempurna, kegagalan itu pasti ada, tapi kegagalan itu yang mengajar saya untuk berusaha sehingga saya berjaya,” katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI