suria

Cemburu punya hal... Tak tahu adik tengah lapar, si abang baru 19 bulan nak usik mata baby tiba-tiba meraung puting kena gigit!

Si abang panik bila dia rasa gigitan adiknya.

ABANG reda je ke tu??

Wajah pasrah seorang abang apabila adiknya "tersalah puting" ternyata menghiburkan hati warga maya.

"Abang loading lama betul, baru sedar dia lelaki ke?," komen salah seorang pengguna media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolong ada makna! Usia baru pra sekolah, 2 beradik buat macam-macam bantu jualan si ibu... berbaloi le tiap hari paw McDonald's

ARTIKEL BERKAITAN: Guna gaji akhir buat modal niaga online, wanita seronok dapat order banyak tanggung rugi ditipu scammer... walau RM100 tapi memang terasa sangat!

Rakaman melucukan itu dikongsikan makcik kedua kanak-kanak tersebut, Puteri Kamaliah Aswadi, 24 di laman TikToknya.

Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 300,000 tontonan.

Sementara itu bercakap kepada mStar, Puteri Kamaliah yang mesra disapa Yaya berkata, sewaktu kejadian dia sedang membantu menjaga anak saudaranya kerana kakaknya sedang makan.

Menurut Yaya, insiden itu berlaku ketika si abang, Izz Khairunnas Muhammad Khairul Hanafi yang berusia setahun tujuh bulan sedang baring di sebelah adiknya yang baru berusia sebulan setengah, Zea Zulaikha.

"Sebenarnya si abang nak tidur dengan adiknya sebab dia geram tengok mata adik dia, asyik nak usik saja, biasalah budak kan.

"Adik pula ingatkan si abang nak bagi susu sebab masa tu memang Zea Zulaikha tengah lapar," kata peniaga dalam talian yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan itu.



Izz Khairunnas dan Zea Zulaikha bersama ibu dan bapa mereka.

Tiada apa berlaku beberapa saat sebaik adiknya letakkan mulutnya pada puting Izz, bagaimanapun si abang kemudiannya meraung apabila mula merasai gigitan adiknya.

"Mula-mula dia reda, tapi bila dah kena gigit baru terasa.

"Dia menangis sampai suruh saya ambil adik dia," katanya sambil tertawa mengimbas momen lucu itu.



Yaya membantu menjaga dua anak saudaranya.

Menurut Yaya, walaupun digigit adiknya, si abang masih tidak serik untuk bermain dengan adiknya.

Namun, katanya, si abang yang baru sahaja mendapat adik itu sedikit cemburu apabila melihat ibu dan ayahnya melayan adiknya.

"Abang selalu geram dengan adik.

"Selalu juga dia jealous bila mak dia layan adik dia, kalau nak tidur tu mak dia tak boleh tidur dengan adik dia, kena mengadap dia je," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hisap susu, puting, gigit, lapar, TikTok,

Artikel Lain