PERCUTIAN keluarga yang tidak akan dapat dilupakan sehingga bila-bila! Itulah yang sesuai digambarkan dengan situasi yang menimpa keluarga ini apabila anak bongsunya cedera gara-gara serangan monyet! Mengimbas kembali insiden yang berlaku pada 8 November lalu, Muhamad Firdaus Ismail berkata, ketika itu mereka sekeluarga yang menginap di sebuah hotel berdekatan Teluk Cempedak bercadang untuk menikmati makan malam di bandar Kuantan. ARTIKEL BERKAITAN: Beruk tu nak dukung anak saya” - Berlubang dahi diserang monyet liar, ibu menggigil saksi anak nyaris dibawa lari masuk hutan ARTIKEL BERKAITAN: Video dikejar geng monyet raih lebih 3 juta tontonan, pelajar mengaku ada buat sesuatu kepada anak monyet sebelum insiden – “Saya serik, dah insaf” "Kami nak keluar makan, ketika itu petang. Saya tolak stroller anak kecil yang berumur setahun. Sampai kawasan parking, isteri dan anak-anak tunggu dekat seberang dan saya ke kereta sebab nak tukar selipar. "Nampaklah sekumpulan monyet sedang bergayut-gayut dekat kawasan parking tu. Tiba-tiba monyet besar merenung dan macam 'aim' nak sergah saya. Saya berhenti, kalau saya teruskan mungkin ia akan attack saya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Walaupun saya berhenti berjalan, monyet besar tu perlahan-lahan turun dan macam nak datang ke arah saya. Saya patah balik ke arah famili sebab risaukan keselamatan mereka. Tengok-tengok monyet tu kejar. Selepas ia kejar, barulah saya start lari. "Wife saya tolak stroller sebab nak selamatkan baby, tapi tak semena-mena stroller tak stabil dan baby tercampak keluar. Masa tu monyet betul-betul dekat stroller dah. Benda berlaku sangat pantas dan kelam kabut," kata lelaki berusia 36 tahun ini. Pihak hotel menghubungi ambulans untuk menghantar anak Muhamad Firdaus ke hospital. Menurut Muhamad Firdaus, akibat insiden itu, anaknya mengalami kecederaan pada bahagian dahi dan bibir. Tambahnya, sejurus selepas insiden itu, pengawal keselamatan di kawasan parkir tersebut yang menyedari berlaku kekecohan segera bertindak menghalau kumpulan monyet berkenaan. "Sekuriti hotel pun datang dan cuba handle... mereka segera bertindak call ambulans untuk bawa baby ke hospital. Alhamdulillah selepas doktor periksa, buat x-ray semua, doktor sahkan tiada yang serius. Ketika menerima rawatan di hospital. "Anak kecil saya hanya luka ringan... bibirnya pecah sikit dan lebam dahi. Memang niat nak keluar makan masa tu terbantut terus. Kami nikmati makan malam di cafe hotel je. "Syukur, sekali lagi hotel beri layanan baik dan tanggung kos makan kami. Memang tindakan yang profesional dan bertanggungjawab," ujar bapa kepada tiga anak ini lagi. Kata Muhamad Firdaus, insiden tersebut bukan sahaja tidak akan dilupakan mereka sekeluarga, bahkan sedikit sebanyak membuatkannya sedikit trauma dengan haiwan berkenaan. Saya harap pihak berkaitan agar ambil tindakan sebab kawasan ini kawasan tumpuan. MUHAMAD FIRDAUS ISMAIL "Kalau baby tak jatuh, saya mungkin anggap ia insiden biasa saja. Tapi bila baby jatuh dan cedera pula tu, saya rasa sikit trauma. Lagi-lagi bayi saya adalah anak istimewa. Tengok monyet memang geram sebab takut benda sama berulang," ujarnya yang menetap di Kluang, Johor. Tidak menyangka videonya menjadi tular, Muhamad Firdaus berkata dia sekadar berkongsi pengalaman agar apa yang berlaku dijadikan peringatan kepada pengunjung lain dan dalam masa sama berharap agar pihak berkaitan mengambil tindakan susulan untuk mengelakkan kejadian seumpamanya menimpa orang lain. "Dekat ruangan komen, rata-ratanya kongsi pengalaman masing-masing ketika berkunjung ke Teluk Cempedak. Anak sulung Muhamad Firdaus tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat adik bongsunya cedera. "Bayangkan orang dari jauh atau orang dari luar datang nak bercuti, contohnya macam saya yang datang dari Johor, tapi ditimpa pula insiden macam ini. "Saya harap pihak berkaitan agar ambil tindakan sebab kawasan ini kawasan tumpuan... boleh jejaskan kehadiran pengunjung kalau ramai yang tak nak datang sebab takut," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI