VIDEO seorang wanita terduduk meratapi kereta yang menjadi saksi jatuh bangun hidupnya yang kini remuk akibat dilanggar orang, meruntun jiwa warga maya. “Rehatla Sizuka, Dee yakin dengan aturan Allah dan Dee yakin dengan rezeki Allah akan lebih baik buat keluarga Dee, terima kasih atas jasa Sizuka pada Dee,” tulis seorang pemilik akaun tersebut. ARTIKEL BERKAITAN : Cemburu punya hal... Tak tahu adik tengah lapar, si abang baru 19 bulan nak usik mata baby tiba-tiba meraung puting kena gigit!ARTIKEL BERKAITAN :Konon baby mengidam ‘lori buruk’, suami janji beli kalau posting TikTok lepasi 100,000 like... usahawan wanita tak sabar main air, siap rancang misi bantuan banjirBerkongsi kisahnya dengan mStar, pengguna akaun tersebut, Diyanna Nasir Cheng, 35, berkata video tersebut diambil di sebuah tempat penyimpanan sementara kenderaan. Membahasakan dirinya sebagai Dee, wanita terbabit berkata dia terlibat dalam kemalangan pada 9 September lalu ketika baru pulang daripada menghantar bouquet kepada pelanggannya di Jasin dan Merlimau, Melaka. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Kejadian berlaku dalam pukul 5.30 petang dekat area Batu Machap, Melaka, masa tu dekat selekoh ada satu kereta Kelisa dari arah bertentangan bergerak laju dan melanggar bahagian depan kereta akak sebelum kereta itu berpusing dan sekali lagi melanggar kereta akak tapi kali ini bahagian belakang pula. “Suami akak mengelak tapi tiba-tiba Kelisa tu meluru ke arah kami dan melanggar bahagian penumpang,” ceritanya yang menetap di Melaka Tengah. Keadaan kereta Dee selepas kemalangan terbabit. Akibat pelanggaran tersebut, Dee yang juga seorang perancang kejutan atau suprise planner yang turut membuat khidmat penghantaran mengalami retak di tangan kirinya. “Suami akak Alhamdulillah tak teruk cuma lebam-lebam je, tapi masa tu dia risau sebab akak tak boleh bergerak, kena tunggu bomba sampai potong pintu untuk keluarkan akak. “Akak retak tangan kiri lepas tu badan akak bahagian kanan sakit sangat sebab hentakkan kuat,” katanya menambah suaminya, Mohamad Amir Johari,30 adalah seorang askar. Bomba terpaksa memotong pintu kereta terbabit untuk mengeluarkan Dee yang tersebit. Menurut Dee, susulan kejadian itu, pemandu kereta Kelisa terbabit mengaku dia mengalami “mircrosleep”. Sementara itu, menceritakan mengenai videonya yang menangis di tepi kereta terbabit, Dee berkata, kereta Suzuki Swift yang diberi nama Sizuka itu cukup bermakna bagi dirinya. “Kereta tu akak beli masa akak tengah jatuh dan nak mula hidup baharu selepas bercerai. “Masa tu anak kecil lagi hingga akak terpaksa ikat perut untuk beli Sizuka. “Dengan Sizuka la akak cari rezeki untuk anak-anak, hantar delivery merata-rata di Melaka, sampai Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Johor pun akak hantar kalau customer minta sebab nak happykan orang tersayang mereka, sebab tu sedih lain macam,” katanya. Malah nombor plat kereta terbabit juga mempunyai signifikasi yang amat besar dalam dirinya. “Nombor dia pun ada makna, No 30 tu bersamaan usia akak mula jadi ibu tunggal,” katanya. Dee membelai serta mencium kereta kesayangannya itu sebelum ditinggalkan ditempat simpanan sementara. Walaupun kereta yang sudah lima tahun digunakannya itu sebuah kereta lama, nilai sentimental yang ada pada kereta itu membuatkan dia tidak dapat mengawal air matanya apabila melihat keadaan kenderaan tersebut. “Sekarang tengah cari bengkel terbaik yang boleh repair supaya elok balik sebab akak sayang sangat Sizuka tu. “Cuma bengkel kata frame dia agak teruk jadi agak sukar nak repair sebab orang tu langgar memang kuat,” katanya, menambah kerja pembaikan akan ditanggung insurans pemandu kereta Kelisa terbabit. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI