SUDAH jatuh kemudian ditimpa tangga. Begitulah nasib seorang wanita yang mendakwa dirinya dibuang kerja disaat ibunya sakit teruk.ARTIKEL BERKAITAN : Tolong ada makna! Usia baru pra sekolah, 2 beradik buat macam-macam bantu jualan si ibu... berbaloi le tiap hari paw McDonald'sARTIKEL BERKAITAN : Jho Low pakai tudung! Gadis ini langsung tak ambil hati disamakan wanted person, siap dedah keturunan - “Ada kata macam Michael Ang” Berkongsi video luahan perasaannya sambil mengalirkan air mata, Husna Omar, 32 berkata, dia terkedu sebaik sahaja dimaklumkan mengenai nasib dirinya diberhantikan kerjat. Anak sulung daripada tiga beradik itu mendakwa alasan yang diberikan adalah mereka hanya memerlukan seorang pekerja memandangkan tugasan tidak banyak. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Mesra di panggil Una, katanya dia mula bekerja di syarikat terbabit sejak penghujung Februari lalu. "Saya dibuang kerja pada 30 Oktober, saya terima notis berhenti pada hari sama dan alasan yang diberikan, staf department saya tak boleh dua orang, cukup hanya seorang sebab tak banyak kerja. "Masa tu saya terkedu dan buntu sebab tiba-tiba saya dibuang, dan saya fikir keadaan sekarang bukan mudah nak dapat kerja apatah lagi jika seseorang pekerja itu dibuang. "Mesti syarikat lain akan fikir saya dibuang sebab masalah attitude," katanya yang mempunyai pengalaman selama sembilan tahun dalam bidang pentadbiran. Una mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pentadbiran selama sembilan tahun. Berat hati untuk menyampaikan berita terbabit kepada ibunya, dia bagaimanapun lega dengan penerimaan wanita terbabit. "Saya rasa lega dan reda bila mak bagi kata-kata positif dan tak beri tekanan untuk saya cari kerja, dia cakap boleh jaga dia dulu dan cari pahala, nanti ada rezeki lain yang lebih baik bila lebihkan dia,” katanya. Graduan Diploma Perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa di Gombak ini berkata, dia kini resah memikirkan terutama sekali mengenai kos rawatan ibunya, Salina Ahmad, 58, yang kini lebih banyak terbaring. "Mak saya ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebelum ni dia pernah jatuh jadi tulang belakang dia patah. "Tulang patah tu sekarang tekan sebahagian saraf dan menyebabkan dia tak dapat berjalan, jadi dia banyak berbaring, cuma Alhamdullilah akhir-akhir ni dia dah boleh duduk sikit-sikit," katanya. Una (tudung merah) bersama keluarganya. Una yang menetap bersama ibu bapa, adik perempuan dan dua anak saudaranya berkata, mereka adik beradik kini berkongsi tanggungjawab menyara keluarga. "Saya dengan adik perempuan yang berusia 30 tahun dan adik lelaki (29 tahun) berkongsi tanggung keluarga, ayah yang dulunya bekerja sebagai pembantu am sekolah dah bersara. "Masing-masing sudah berkahwin dan bekerja, suami adik perempuan saya pun baru mula kerja di Ipoh. "Adik yang lagi seorang baru dua bulan lebih kerja dengan J&T sebab dia pun hilang pekerjaan masa pandemik, manakala seorang lagi adik lelaki buat jualan secara dalam talian," katanya. Una kini menjalankan perniagaan secara dalam talian. Jelasnya, dia kini bergantung kepada bisnes kek dan emas 916 yang dijualnya secara dalam talian. "Saya masih tak dapat kerja jadi saya berniaga online, saya jadi ejen kek import daim, toblerone dari Laazle dan saya jual emas 916 secara sambilan. "Cuma sekarang ni agak slow sebab masih baru dan keadaan mak pula sekarang tengah sakit, mak warded di Hospital Taiping sebab keadaan dia terlalu lemah, dah tiga bulan tak lalu makan, kalau makan muntah dan cirit, lepas tu demam on off. "Kos penjagaan mak setiap bulan lebih kurang RM600, kadang-kadang perlu rawatan tambahan, tak menentu setiap bulan," katanya sambil menambah buat masa ini fokusnya adalah untuk menjaga ibunya.Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI