suria

Nak ikan kembung, dibelinya ikan Uji Rashid... si isteri dapat idea bantu suami beli barang dapur, yang penting tak tersilap lagi - "Kalau bab mengemas dia tip top"

Aisyah menyediakan senarai barangan bergambar buat suaminya.

NAK mengharapkan si suami beli barang dapur ni memang mencabar, apatah lagi kalau orangnya lurus bendul.

Maka senarai yang disediakan si isteri pun kenalah extra padu.

ARTIKEL BERKAITAN : Tolong ada makna! Usia baru pra sekolah, 2 beradik buat macam-macam bantu jualan si ibu... berbaloi le tiap hari paw McDonald's

ARTIKEL BERKAITAN : Konon baby mengidam ‘lori buruk’, suami janji beli kalau posting TikTok lepasi 100,000 like... usahawan wanita tak sabar main air, siap rancang misi bantuan banjir

Baru-baru ini seorang pengguna media sosial berkongsi video senarai bergambar yang disediakan untuk suami yang membantunya membeli barangan dapur.

“Detail!,” tulis seorang warga maya.

Bercakap kepada mStar, Siti Aisyah Misran, 38 berkata, idea untuk membuat senarai bergambar tersebut timbul disebabkan sikap sambil lewa suaminya, iaitu Dr Mohd Yissni Hashim, 44 tahun.

Tambahnya, senarai bergambar tersebut juga diharap dapat mengelakkan “tragedi” tersalah beli yang pernah berlaku sebelum ini.

“Pagi tu saya minta bantuan suami sebelum dia ke pejabat untuk belikan bahan memasak sempena jamuan ibu saya khatam Al-Quran secara bertalaqi.

“Sebelum ni saya pernah suruh dia beli ikan kembung nak buat laksa dia bawa balik ikan Uji Rashid.

“Jadi nak elakkan dia tersalah beli, saya pun siap-siap Google gambar kemudian beritahu dengan jelas supaya suami tak salah beli bahan-bahan nak masak tom yam,” katanya sambil menambah suaminya pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor.



Suami Aisyah akan menelefonnya setiap kali keluar membeli barangan dapur bersendirian.

Aisyah yang berniaga secara dalam talian berkata suaminya kebiasaannya akan menelefonnya setiap kali keluar untuk membeli barangan dapur secara bersendirian.

“Selalu time membeli kalau tak tahu dia akan buat video call, tu kalau dia bawa phone, kalau tak bawa, memang dia ikut apa yang saya order je.

“Kalau tak ada yang diorder memang tak beli, kalau kata 2 biji memang 2 biji la dia beli!

“Jadi untuk tak mahu dia lambat pergi kerja, tak nak dia sibuk-sibuk nak call atau buat video call saya bagi gambar siap-siap,” katanya.

Menurut Aisyah, usahanya kali ini berbaloi kerana suaminya pulang dengan barangan yang lengkap.

"Alhamdulillah semua barang ada, sebab tu masa dah siap masak saya WhatsApp suami beritahu dia lulus dengan jayanya.

“Dia mudahkan kerja saya nak masak, sekali gus saya ada content nak letak di TikTok,” selorohnya.



Usaha Aisyah tidak sia-sia, suaminya berjaya membeli semua barangan yang diperlukan.

Walaupun kurang gemar membeli barangan dapur, Aisyah berkata suaminya seorang yang sangat mahir dalam hal mengemas rumah, mencuci dan melipat pakaian.

“Suami saya memang paling tak suka kena beli barangan dapur sebab dia rasa rumit tapi bab mengemas rumah, basuh baju, lipat kain memang tip top.

“Begitulah setiap pasangan saling lengkap melengkapi,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain