suria

Hamil anak sulung, lain macam mengidam isteri pemandu ini... teringin pegang lori pasir tapi peliknya ada syarat – “Kontena, treler dia tak minat”

Foto kiri dan tengah isteri Farid berpeluang menaiki lori pasir, foto kanan Farid (kiri) bersama isteri.

KEINGINAN luar biasa seorang wanita hamil benar-benar menguji seorang suami.

Bukan biasa-biasa keinginan si isteri apabila wanita itu teringin untuk menyentuh sebuah lori pasir.

Bercakap kepada mStar, si suami, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, isterinya kini hamil anak sulung dengan usia kandungan memasuki empat bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Konon baby mengidam 'lori buruk', suami janji beli kalau posting TikTok lepasi 100,000 like... usahawan wanita tak sabar main air, siap rancang misi bantuan banjir

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil tak sangka mengidam nak makan buah potong berakhir drama air mata di stesen minyak - "Saya tahan dulu, tak menangis depan dia"

Lelaki berusia 26 tahun itu memberitahu, keinginan luar biasa isterinya bermula ketika mereka menaiki kereta dan berhenti di persimpangan lampu isyarat, dua minggu lalu.

"Suatu hari tu saya bawa isteri naik kereta, jalan-jalan makan angin. Berhenti kat lampu isyarat, isteri ternampak sebuah lori pasir.

"Isteri beritahu saya yang dia teringin sangat nak pegang lori pasir tu. Tapi masa tu tak boleh sebab bahaya dan tak berani keluar macam tu je," katanya ketika dihubungi.

mengidam pegang lori 3

Farid (kiri) dan isteri berkahwin pada Mei 2021.

Farid yang mendirikan rumah tangga pada Mei lalu berkata, dia berusaha untuk memenuhi keinginan isterinya sepanjang tempoh dua minggu.

"Banyak lori yang saya dan isteri jumpa dalam perjalanan atau berhenti di mana-mana, tapi isteri tak berkenan. Dari lori pendek, lori kontena ke treler semua dia tak minat.

"Bila dah jumpa lori besar. Isteri pusing sekitar lori, siap pegang-pegang. Tapi katanya lori baru cuci, dia nak yang kotor. Maksudnya lori yang berpasir, tayar masih ada kesan tanah.

"Sebenarnya kerja saya bawa lori, tapi lori kecil je dan saya hantar bekalan minyak pelincir dan bukannya pasir," ujarnya yang berasal dari Changkat Jering, Perak.

mengidam pegang lori 6

Antara lori yang 'diperiksa' isteri Farid.

Menurut pemandu lori yang berkhidmat lebih setahun itu, keadaan isterinya yang memerlukan lebih banyak rehat di rumah selain tuntutan tugas membuatkan mereka kurang keluar dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

Farid yang menetap di Shah Alam, Selangor berkata, dia kemudian membawa isteri menemaninya menaiki lori untuk menghantar barang di Sungai Buloh, pada Rabu.

Isteri seronok sangat. Dia kata puas hati, sampai tak boleh tidur malam tu asyik teringatkan dapat naik lori pasir. Saya lega dapat penuhi permintaan isteri

MOHAMAD FARID MOHD NOOR

"Dalam perjalanan, saya singgah di sebuah stesen minyak untuk mengisi minyak. Secara kebetulan, ada hamba Allah ni bawa lori besar macam baru lepas hantar pasir.

"Dan secara kebetulan juga, kami parking lori masing-masing di pam minyak bersebelahan. Saya tegur pakcik tu dan beritahu pasal isteri mengidam dan minta izin," katanya.

mengidam pegang lori 5

Foto kanan lori yang dibawa Farid untuk mengisi minyak, kiri sebuah lori pasir yang besar di pam bersebelahan.

Dia bersyukur kerana pemandu lori pasir yang berusia lingkungan 50-an itu sudi untuk memberi kerjasama, malah memberi keizinan untuk memasuki bahagian kepala lori.

"Pakcik tu baru lepas hantar pasir untuk pembinaan rumah. Lori pun ada bau tanah lagi. Isteri mula-mula nak pegang dulu, lepas tu dia teringin nak naik untuk rasa di tempat duduk.

"Kira-kira 15 minit juga isteri ada kat lori tu. Tengok keadaan isteri yang nak naik, nak pegang lori pasir tu memang nampak keinginan dia membuak-buka," tambahnya.

mengidam pegang lori 1

Isteri Farid memegang bahagian lori pasir seperti yang diidamkan.

Dalam pertemuan singkat tapi bermakna itu, dia berterima kasih kepada pemandu lori terbabit yang memberi peluang kepadanya untuk memenuhi hasrat isteri yang mengidam.

"Isteri seronok sangat. Dia kata puas hati, sampai tak boleh tidur malam asyik teringatkan dapat naik lori pasir. Saya lega dapat penuhi permintaan isteri.

"Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan seorang pakcik yang sporting. Saya cuma sempat tahu yang dia juga sudah berkahwin, dan faham isterinya pernah mengidam ketika hamil," katanya.

mengidam pegang lori 4

Farid (kiri) dan isteri menantikan kelahiran cahaya mata sulung.

Dalam pada itu, Farid mengakui keinginan isterinya ketika hamil cukup unik kerana kebiasaanya mereka mengidam dari segi makanan.

"Pakcik tu kata normal. Orang mengidam macam-macam, bukan makanan je. Mungkin berdasarkan pengalaman dia ada isteri. Alhamdulillah rezeki kami hari tu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain