BESAR ganjaran pahala bagi mereka yang membuat kebaikan kepada haiwan. Itulah yang menjadi pegangan gadis ini sehingga dia memberanikan diri untuk memberi makanan kepada anjing jalanan. Menurut Nur Saffa Azwani Zohary, 21, segalanya bermula selepas dia menemui seekor anjing di kawasan pejabatnya di Shah Alam, Selangor, pada awal tahun ini. ARTIKEL BERKAITAN: Tuan lari tinggalkan rumah sewa, anjing buta tumpang kasih jiran Melayu sambil harapkan kepulangan - “Sayangnya tak boleh nak bela” ARTIKEL BERKAITAN: Pujuk dulu, kemudian bantu! Cara abang polis selamatkan anjing jatuh longkang buat ramai tersentuh Biarpun takut, dia tetap memberanikan diri untuk memberi makanan sehingga lama-kelamaan mula terbiasa dan akrab dengan haiwan tersebut. "Saya jumpa anjing itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun ini. Ketika saya datang bekerja, anjing tu pandang-pandang macam minta makanan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Mula-mula anjing tu macam ketakutan. Saya sendiri pun takut sebab tak biasa. Tapi saya tetap beranikan diri sebab kesian. "Awalnya, saya hanya letak makanan, kemudian terus saya lari. Bermula hari itu, saya simpan makanan anjing di pejabat. Anjing yang diberi nama Jantan itu sering berkeliaran di kawasan pejabat Saffa. "Setiap hari saya akan bagi makan kepadanya. Rumah saya dengan tempat kerja pun hanya lapan minit perjalanan," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Saffa, kerani di sebuah syarikat pembinaan itu mengakui turut kasihan melihatnya kerana anjing itu mengalami kecederaan, dipercayai terseliuh pada bahagian kaki. Setiap kali gaji, saya akan beli makanan kucing dan anjing, letak siap-siap dalam kereta. SAFFA Atas cadangan orang ramai, dia turut membalut kaki anjing itu dengan halia sehingga ia sembuh dan kini dapat berjalan seperti biasa. Dedah Saffa lagi, anjing itu kini cukup selesa dengannya sehingga dia turut memberi nama gelaran untuk haiwan tersebut. "Ramai orang tanya kenapa saya bagi nama Jantan kepada anjing itu. Sebenarnya nama itu saya bagi random saja. Nampak macam jantan, jadi saya panggil Jantan. "Uniknya mengenai Jantan, ia tak pernah menyalak dengan saya. Kalau dengan orang lain, ia akan menyalak," ujarnya lagi. Saffa akui tak kisah berbelanja untuk membeli makanan haiwan. Menurut Saffa, dia juga terkejut apabila perkongsian video mengenai anjing itu meraih lebih sejuta tontonan menerusi aplikasi TikTok Selain menerima pujian, ada individu turut memberi sumbangan untuk dia membeli makanan haiwan. "Mulanya saya sekadar kongsi video Jantan di TikTok. Tak sangka ia akan viral. Ramai yang minta video seterusnya. "Alhamdulillah, saya terharu dengan semua komen. Tiada yang negatif. Ramai yang doakan saya dimurahkan rezeki. "Selain itu, ada juga hamba Allah yang bank in duit untuk beli makanan. Saya terima mesej individu yang mahu bantu juga," ujarnya lagi. Video anjing ini meraih lebih sejuta tontonan di TikTok. Selain Jantan, Saffa kini turut aktif memberi makanan kepada anjing-anjing serta kucing lain yang ditemuinya saban hari. Kata Saffa, dia percaya akan aturan rezeki Allah dan tidak kisah mengeluarkan modal untuk membeli makanan haiwan. "Kita tak akan rugi kalau bagi haiwan makan. Setiap kali gaji, saya akan beli makanan kucing dan anjing, letak siap-siap dalam kereta. "Rasa puas dapat beri haiwan-haiwan jalanan makan. Kalau tak, kesian tengok mereka korek sampah. Kadang-kadang ada yang tak dapat saya bantu, rasa bersalah sangat. "Saya dah terbiasa bagi makan untuk Jantan, bila jumpa haiwan lain, mesti akan rasa bersalah," ujarnya lagi. TONTON VIDEO PILIHAN! Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI