KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Begitulah juga kisah mengenai seorang bapa yang cukup pilu berdepan kematian anak keduanya pada 3 April tahun lalu. Menerusi satu video tular, Hosen Samur, 65, dilhat gagal menahan air mata ketika terkenang mengenai pemergian anak perempuannya, Sulistutina, akibat kanser usus tahap empat. ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 tahun meninggal, suami setiap hari ziarah pusara isterinya, beri ‘makanan’ 3 kali sehari untuk balas jasa ARTIKEL BERKAITAN: Anak hilang kekuatan, ibu meninggal selepas 13 tahun tanggung 5 penyakit... hanya pusara pengubat rindu! - “Dari rumah boleh nampak kubur mak ayah” Video itu turut meraih sejuta tontonan selepas dikongsi anak ketiganya, Khairun Nizam, 30, menerusi aplikasi TikTok pada Sabtu. Bercerita kepada mStar, jejaka yang mesra disapa Iejam itu mendedahkan fasa enam bulan pertama pemergian arwah kakaknya cukup memberi kesan mendalam buat keluarga mereka, terutama bapanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya terkejut video ini mendapat hampir sejuta tontonan dalam masa kurang 24 jam. Saya cuma nak berkongsi mengenai situasi sukar yang kami alami tahun lepas. "Ia merupakan kematian pertama dalam keluarga kami. Kami memang berduka, tambahan pula keluarga kami kecil saja. Allahyarham kakak Iejam bersama kedua ibu bapanya. "Paling terkesan tentunya abah. Memang hari-hari dia menangis. Bukan meratapi, dia sebenarnya kuat, cuma sedih sebab teringat semua kenangan. "Setiap hari, dua kali abah akan pergi ke kubur kakak. Dalam enam bulan pertama, hari-hari dengar dia menangis," imbas Iejam. Doktor kata dia ada masa tak sampai setahun. Tapi disebabkan semangatnya, arwah bertahan tiga tahun. IEJAM Menurut Iejam, keadaan itu ternyata menjejaskan kesihatan bapanya sehingga dia terpaksa dibawa untuk menerima rawatan. Malah kata Iejam, bapanya mungkin perit menerima pemergian itu memandangkan sering berdepan kematian insan tersayang dalam hidupnya. "Pada umur 65 tahun, abah dah lalui banyak pengalaman berdepan kematian dalam hidupnya. Abah ada adik kembar. Adik kembarnya meninggal pada tahun 2012. "Kemudian kematian emak dan bapanya pula. Bila kakak meninggal pada usia 34 pada tahun lepas, ia sekali lagi bagi kesan mendalam kepadanya. "Perlahan-lahan suara abah hilang sebab nangis setiap hari selepas kematian kakak. Dia juga terpaksa diberi ubat supaya tak depresi. "Umi saya pun sedih. Tapi orang kata dalam pasangan, tak boleh dua-dua sedih. Bila situasi macam tu, umi mainkan peranan untuk tunjuk kuat," kata Iejam. Arwah meninggalkan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun. Bercerita mengenai kakaknya, Iejam mendedahkan Allahyarham didiagnos menghidap penyakit itu pada akhir tahun 2017. Kakaknya juga meninggalkan seorang cahaya mata perempuan berusia tujuh tahun yang kini menjadi penguat semangat untuk Iejam sekeluarga menerima ketentuan yang berlaku. "Situasi saya macam abah, tak boleh sorok perasaan sedih. Saya nangis di hadapan keluarga. Saya bukan meratapi, cuma tak puas lagi luang masa dengan arwah. "Tapi di depan anak arwah, saya perlu jadi kuat. Anak dia pun faham apa yang berlaku. Abah pun dah beransur pulih, cuma bila ada keraian seperti hari raya dan hari lahir, mesti dia akan menangis," ujarnya yang menetap di Gombak, Selangor. Iejam akui turut terkesan dengan pemergian kakaknya pada tahun lalu. Dalam pada itu, Iejam turut menitipkan pesan kepada orang ramai agar melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan peka dengan kesihatan diri. Ujarnya, kakaknya hanya tahu menghidap kanser itu ketika penyakit sudah memasuki tahap empat, namun berjaya bertahan sehingga tiga tahun sebelum menghembuskan nafas terakhir tahun lalu. "Arwah tahu ada kanser ketika dah masuk tahap empat. Doktor kata dia ada masa tak sampai setahun. Tapi disebabkan semangatnya, arwah bertahan tiga tahun. "Jadi, video itu juga saya nak bagi semangat kepada pejuang kanser agar terus bersemangat melawan penyakit. "Saya nak ingatkan orang di luar sana agar buat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan atau setahun sekali," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI