APABILA anak-anak meningkat dewasa serta mula tinggal berjauhan, ibu bapa terutama sekali yang sudah tidak berkerja pasti akan mula terasa kesunyian. Justeru itu, seorang bapa memilih untuk mengambil seorang 'anak angkat' yang kini bukan sahaja menjadi peneman, bahkan penghibur hatinya.ARTIKEL BERKAITAN : Usia dah 83 tahun tiup belon pun tak lepas, tapi Opah Ha sempoi tunjuk skil menang game hari keluarga... habis semua anak cucu cicit kalah!ARTIKEL BERKAITAN : Hampir 700,000 terpedaya... pantang disuruh berlakon, aksi spontan BFF single terharu terima hadiah Iphone12 memang nampak real! - "Rampas suami kami pun pandai" Hubungan istimewa yang dikongsi Mohd Roselan Abdul Ghani, 61, dengan anak angkatnya iaitu seekor kucing kacukan yang diberi nama Ciput Khan, pasti mencairkan hati setiap orang yang melihatnya. “Siapa yang anak angkat sebenarnya ni? Yang dimanjakan atau yang tukang rakam?” soal seorang warga maya di ruangan komen sebuah video yang memaparkan aksi manja antara Roselan dan Ciput. Bercakap kepada mStar, anak Roselan, Nur Marsya Raiza Mohd Roselan, 26, yang rajin berkongsi video bapanya dengan Ciput berkata, haiwan itu diambil daripada bapa saudaranya sejak kecil bagi menemani bapanya yang berhenti kerja sebagai pramugara Malaysia Airlines pada tahun 2016. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Anak sulung daripada tiga beradik ini berkata kedua adik beradiknya yang sudah bekerja kini telah meninggalkan rumah dan menetap di daerah lain. “Masa ayah balik kampung, adik dia lepas semua kucingnya tapi Ciput je yang pergi dekat ayah, yang lain tak layan dia. “Anah-anak ayah semua dah besar, jadi masing-masing sibuk, jadi ayah lonely dan dia stres sebab tak ada sesiapa nak main dengan dia jadi dia balik kampung 'culik' Ciput. “Masa tu dia balik dengan mama je, kita orang tau-tau dia balik ada bawa kucing,” katanya, yang menetap di Kajang manakala bapanya tinggal di Shah Alam. Roselan mengambil Ciput dari adiknya. Menceritakan mengenai nama yang diberikan kepada kucing ini, Marsya berkata, nama Ciput diambil daripada tempat tinggal pakciknya, iaitu Sungai Siput, Perak, manakala 'Khan' pula diberi oleh ibunya yang merupakan peminat filem Diwali. Marsya bersama Ciput. Katanya, bapanya akan meluangkan masa satu hingga lima hari untuk melatih Ciput melakukan pelbagai aksi comel. Antaranya aksi kiss (cium), hug (peluk) dan fist bump (laga penumbuk). “Bila tengok perangai mereka berdua tu rasa geram macam nak pukul sebab comel bebenor, tapi Ciput boleh macam tu dengan ayah je, dengan orang lain dia tak layan. “Tapi bila tengok ayah senyum masa bergurau dengan Ciput, rasa comel. “Dengan saya, kalau panggil ada kemungkinan dia datang tapi sebab nak manja, nak buat aksi hug atau macam cium tu kadang-kadang je dapat, itu pun bila ayah tak layan dia, baru dia layan kita,” ceritanya. Ciput sangat manja dengan Roselan. Marsya yang merupakan seorang peniaga dalam talian berkata, bapanya kini bercita-cita untuk mengajar Ciput untuk berlakon 'mati' apabila terkena 'tembakan'. “Tak tau la Ciput nak layan dia ke tak,” tambahnya. Kerusi khas untuk Ciput dalam bilik ayahnya. Katanya, kucing jantan tersebut sememangnya dilayan bak anak raja di rumah. “Ciput malam-malam confirm tidur dalam bilik ayah, memang tidur bilik bos dah siap ada kerusi khas untuk dia betul-betul bawah aircond. “Memang pukul 9 malam dia akan naik atas masuk bilik ayah duduk hadap aircond dan akan tidur sebelah ayah. “Pagi-pagi mesti kena bawa pergi jalan, mama akan pakaikan harness lepas tu bawa jalan-jalan makan rumput ke, hari-hari,” katanya.Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI