"TAK tahu nak gambarkan macam mana perasaan kami masa tu" Demikian kata wanita bernama Nur Faatihah Maisarah ketika bercerita mengenai detik cemas di mana kereta yang dipandunya diekori oleh sebuah kereta tidak dikenali. Mengimbas kembali kejadian yang berlaku awal pagi Khamis lalu, wanita yang senang disapa sebagai Nur Faatihah ini berkata ketika itu dia bersama dua rakan baiknya dalam perjalanan pulang menuju ke Kuala Lumpur dari Cheras. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak tahu apa masalah dia” - Suami bertumbuk di plaza tol, isteri dedah kisah awal insiden... akhirnya 2 pemandu naik mahkamah ARTIKEL BERKAITAN: “Orang tak gila nak terus pukul dia” - Dicop 'pelik', wanita ini dedah versi penuh insiden gaduh dengan tunang panas baran "Kami dari rumah seorang rakan yang tinggal di Cheras. Ketika itu sekitar pukul 1.30 pagi. Saya memandu kereta dengan santai sambil kami mendengar lagu. Masa melalui flyover dekat Bank Negara, saya perasan ada sebuah kereta mengekor rapat di belakang kereta kami. "Masa tu saya di lorong tengah. Saya fikir dia nak potong, jadi saya ke lorong kiri untuk berinya laluan. Kemudian dia pindah lorong dan duduk di belakang kereta saya lagi sekali. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Apa yang membuatkan kami takut, dia memandu secara berbahaya.... dia ikut belakang kereta saya rapat sangat seolah-olah macam nak langgar. Siapa yang tak risau dan panik. Saya tekan minyak sebab nak jarakkan sikit dari keretanya. "Kemudian dia bagi high-beam... lagilah membuatkan kami panik dan takut dengan segala kemungkinan yang mungkin terjadi. Lagi pula jalan agak lengang, kami pula semua perempuan. Boleh jadi dia road-bully ataupun taktik nak menyamun," kata wanita berusia 22 tahun ini. Menurut Nur Faatihah, mereka sempat mengecam model dan nombor pendaftaran kereta berkenaan menerusi rakaman yang dibuat oleh salah seorang rakan baiknya menerusi telefon bimbit. Tambahnya, adegan 'kejar mengejar' tersebut berlaku sepanjang kira-kira tiga kilometer sehingga mereka terlepas simpang pertama untuk pulang ke rumah. Keadaan jalan raya agak lengang ketika insiden berlaku. "Saya nekad tak mahu masuk jalan yang sepatutnya ke rumah kami sebab ia agak sunyi. Jadi saya ubah haluan sebab takut mereka ekori sehingga rumah. "Sejujurnya, dalam keadaan panik dan menggeletar, kami tak sempat nak fikir secara rasional untuk ke balai polis ataupun hubungi polis," katanya yang bekerja dalam sektor swasta. Bercerita lebih lanjut, Nur Faatihah berkata dia akhirnya tergerak untuk meminta bantuan seorang pemandu lori yang ditemui ketika melalui jalan berhampiran Kepong. "Mujurlah depan Tesco Kepong, saya nampak ada sebuah lori yang tengah buka tingkap dan saya spontan turunkan tingkap sebelah penumpang kiri dan menjerit minta bantuannya. Sejujurnya, dalam keadaan panik dan menggeletar, kami tak sempat nak fikir secara rasional untuk ke balai polis ataupun hubungi polis. NUR FAATIHAH MAISARAH "Saya minta dia tolong ikut kami sebab kereta belakang ekori kami. Abang tu terus bagi signal dan cuba ikut kami sekali. Kebetulan ada sebuah lagi lori duduk dekat belakang, seolah escort. "Masa itulah, kereta itu beredar selepas beberapa kilometer ekori kami," ujarnya. Insiden tersebut nyata membuatkan Nur Faatihah dan rakan-rakannya sedikit trauma kerana tidak pernah berdepan dengan situasi seumpamanya. "Saya rasa mungkin dia pembuli jalan raya sebab kami semua perempuan. Saya yakin 100 peratus individu tu lelaki berdasarkan cara pemanduannya. Tapi tak mustahil juga orang jahat yang nak ambil kesempatan. "Saya tak tahu kenapa dia bertindak sedemikian... nak kata saya buat dia tak puas hati masa memandu, tak ada pula dia hon. Kenapa kena ekori sampai begitu jauh," ujarnya lagi. Salinan laporan polis yang dibuat Nur Faatihah. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Nur Faatihah berkata dia sekadar mahu memberi peringatan kepada pemandu lain khususnya wanita agar berhati-hati ketika memandu lebih-lebih lagi ketika lewat malam. "Alhamdulillah ramai sangat yang prihatin dekat komen, malah siap ada yang DM bertanya keadaan kami. Ramai yang cadangkan supaya kami buat report. Ya, selepas habis kerja esoknya saya buat laporan polis. "Tapi biasalah, ada pula yang tuduh saya buat content. Takkanlah dalam situasi macam tu rasanya ia sebuah content? Saya anggap mereka bebas bagi pendapat sebab mereka tak ada dekat tempat kita. "Kepada pemandu wanita, kalau balik lewat atau ada emergency yang memerlukan anda memandu lewat malam, tolonglah bawa teman. Kalau berdepan dengan situasi yang sama, jangan berhenti sebaliknya terus pandu ke balai polis. "Akhir sekali, tak lupa kepada abang-abang lori yang tolong kami malam tu, kami nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tanpa bantuan mereka, tak tahulah macam mana," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI