suria

“Tak apa, mungkin rezeki saya di Malaysia” - Tak sanggup tanggung rindu, wanita resign kerja di luar negara... kepulangan mengejut buat 4 anak mengalir air mata

Wahida membuat kejutan kepada anak-anaknya selepas dua tahun mereka terpisah kerana pandemik Covid-19.

MEMPUNYAI kerjaya yang stabil dan selesa di luar negara, namun wanita ini memilih untuk melepaskan cita-cita demi keluarga tersayang.

Beberapa tahun berkhidmat di Brunei Darussalam berbekalkan pengalaman dan kepakarannya yang meluas dalam bidang pertanian organik, wanita bernama Wahida Hambali ini nekad pulang ke tanah air untuk berada di sisi keluarga.

Lebih manis, kepulangannya sengaja dirahsiakan demi memberi kejutan kepada empat anaknya selepas dua tahun menanggung rindu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana awak?” - Terkandas di Singapura, ramai beremosi lihat kegigihan lelaki ini nak ‘bertemu’ anak isteri di Malaysia... terima kasih adik beri idea!

ARTIKEL BERKAITAN: 8 bulan setia tunggu suami dapat pelepasan pulang, menangis setiap kali video call... isteri akhirnya pergi dulu bersama rindu - “Hujung hayat, mak dah tak tanya bila ayah nak balik”

Momen penuh bermakna ketika pertemuan bersama anak-anaknya yang sempat dirakam dan dimuat naik di aplikasi TikTok, cukup menyentuh jiwa rata-rata netizen.

Berkongsi cerita dengan mStar, Wahida berkata dia mula berhijrah ke Brunei pada awal 2019 selepas menerima tawaran sebagai seorang tenaga pengajar untuk program pembangunan belia industri padi di negara berkenaan.

"Empat anak saya dijaga oleh ibu saudara mereka, yang juga biras saya di Kuala Selangor. Mereka memang rapat dan anggap biras yang saya panggil Kak Long sebagai ibu kedua kerana dari kecil lagi dah dijaga ketika saya bekerja waktu siang.

"Hanya bayi yang masa tu baru lepas pantang saja saya bawa bersama. Tahun pertama tak ada masalah. Kerja pun seronok sebab ia bidang yang kita suka. Sepanjang tahun tu saya berulang alik Kuala Lumpur-Brunei setiap bulan.

"Namun masalah bermula apabila pandemik. Sempadan negara ditutup, suami pula masa tu di Miri uruskan bisnes pertanian kami. Saya last balik ke Kuala Lumpur hujung 2019.

surprise 5

Wahida berhijrah ke Brunei selepas menerima tawaran sebagai seorang tenaga pengajar untuk program pembangunan belia industri padi di negara berkenaan.

"Saya sama sekali tak tak sangka Covid-19 makin memisahkan. Dua tahun saya raya dua beranak di perantauan. Tak pernah rasa pengalaman macam ni. Saya pula anak kecil, tiada sesiapa di sisi jadi memang ia tempoh yang sungguh sukar," ujar wanita berusia 41 tahun ini.

Wahida yang juga pengasas baja organik, Sri Organik berkata, pada pertengahan 2020, dia cuba untuk pulang ke tanah air.

"Saya buat permohonan cuti, sebab rasa lama sangat dah pandemik. Tapi kos swab di sini sangat mahal, tambahan pula tempoh kuarantin ketika itu 14 hari, kena kuarantin di sana dan ketika pulang.

surprise 4

Wahida mempunyai pengalaman luas dalam bidang pertanian organik.

"Banyak kekangan jadi saya tangguh dulu. Saya positif pandemik habis cepat. Tapi masuk Jun tahun ini, saya dah tak sanggup tahan rindu. Anak-anak dan suami pun rindu. Bila macam ni, kerja pun tak happy.

"Saya minta cuti mandatori atau cuti tanpa gaji. Namun ambil masa, prosedurnya sangat ketat lebih-lebih lagi pada Julai, kes naik di Brunei. Bila jadi macam tu, saya fikir sampai bila pandemik nak habis.

"Jadi saya fikir, saya nak balik terus. Majikan benarkan tapi kena cari pengganti. Alhamdulillah seorang sahabat sama bidang diterima bekerja ganti saya, saya lega dan bersyukur. Walaupun baru saja renew permit kerja, tapi saya pilih untuk batalkan," ujar ibu kepada lima orang anak berusia antara dua tahun setengah hingga 16 tahun ini.

Tambah usahawan ini lagi, kali pertama penerbangannya untuk ke Malaysia pada 27 Oktober terpaksa dibatalkan selepas anak bongsunya disahkan positif Covid-19.

Saya tak beritahu anak-anak atau update apa-apa pun di media sosial sebab nak buat kejutan.

WAHIDA HAMBALI

Hanya selepas pulih dan selesai menjalani kuarantin, mereka dua beranak terbang pulang ke tanah air pada 5 November lalu.

"Bila sampai, kami kuarantin di kampung saya dekat Teluk Intan. Saya tak beritahu anak-anak atau update apa-apa pun di media sosial sebab nak buat kejutan. Saya hanya beritahu Kak Long dan adik saya saja.

"Pada 12 November, lepas potong gelang, Kak Long bawa anak-anak balik kampung kononnya nak jenguk nenek... mereka tak expect saya balik. Saya pula niat nak rakam untuk simpan momen bermakna ni.

surprise 3

Bersama Menteri Belia dan Sukan, Brunei dan majikannya, Live Wire dan Brunei Shell Oil & Gas.

"Pertama kali nampak saya sebaik sampai di kampung, memang semua menangis. Dua tahun tak jumpa mestilah rindu. Mereka berempat ni anak dari suami pertama yang sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

"Setiap malam nak tidur dengan mak mereka. Alhamdulillah, keputusan saya berhenti, korbankan kerjaya memang untuk anak-anak adalah pilihan yang tepat. Tak apa, mungkin rezeki saya di Malaysia," ujarnya lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Wahida berkata dia sekadar mahu berkongsi momen manis bersama anak-anaknya untuk diabadikan sebagai kenangan.

surprise 2

Wahida bersama lima anaknya yang berusia antara dua tahun setengah hingga 16 tahun.

"Dalam masa yang sama, saya nak sampaikan mesej kepada mereka di luar sana khususnya usahawan. Masa pandemik, semua orang sangat struggle dengan masalah. Saya tak terkecuali. Nak fikir bisnes lagi, berpisah dengan famili dan macam-macam.

"Bangkit cepat-cepat. Mana yang terpisah, baliklah segera. Di mana jua kita kejar duit ringgit, tapi bonding dengan anak-anak sangat penting. Anak-anak harta yang tak ternilai. Kena bijak seimbangkan karier dengan keluarga," katanya lagi.

Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh Wahida meraih melebihi 426,000 jumlah tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain