suria

Macam tak percaya, selalu tengok adegan filem atau drama... Berebut sambut ‘hand bouquet’ pengantin, siapa sangka jodoh pengapit dengan si dulang boy!

Aien dan suaminya bertemu kali pertama sewaktu majlis perkahwinan rakan baik mereka (kiri), sebelum selamat diijabkabulkan pada Ogos lalu (gambar kanan).

UNGKAPAN 'jodoh itu rahsia Allah' sememangnya sesuai bagi pasangan pengantin baru ini.

Siapa sangka, insiden lucu ketika menyambut lambungan 'bunga tangan' (hand bouquet) pengantin sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan baik masing-masing tahun lalu, akhirnya menyatukan hati pasangan merpati dua sejoli ini.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Aien Jefri berkata, dia dan suaminya, Muhammad Haiqal, 27, ketika itu diberi peranan sebagai pengapit (bridesmaid) dan 'dulang boy' kepada rakan baik mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati terpaut saat buat rawatan gigi, gurauan si doktor serlah sisi baik calon suami.... benarlah bagai dikata ‘jodoh itu rahsia Allah’

ARTIKEL BERKAITAN: Nak vaksin, lepas tu terus kahwin! Pengantin muncul di PPV tak hirau diri jadi perhatian, disangka pakai kostum - “Macam mana nak cucuk pakai baju nikah?”

"Saya rakan baik kepada pengantin perempuan, manakala suami pula rakan baik kepada pengantin lelaki. Majlis perkahwinan rakan baik kami berlangsung pada Januari tahun lalu.

"Kami sememangnya saling tidak mengenali antara satu sama lain pun. Itulah kali pertama bertemu, tapi kami tak bersembang pun. Masa photoshoot outdoor, kami semua terlibat dan jurufoto minta pengantin lambung bunga tangannya manakala kami yang lain di belakang konon-konon nak sambut.

"Saya dah beritahu pengantin perempuan supaya baling ke arah saya. Sebab hand bouquet tu kami buat sama-sama... sayang jatuh kat tanah. Pengantin lelaki pula saja berseloroh, siapa dapat sambut, orang tu kahwin tahun depan.

"Tak sangka, masa nak sambut hand bouquet tu, ada seorang dulang boy ni pun nak sambut juga tapi saya yang dapat. Semua ketawa masa tu dan dia dah malu-malu. Rupa-rupanya dialah jodoh saya," kata wanita berusia 27 tahun ini.

Menurut Aien yang juga seorang pereka grafik, mereka tidak berhubung antara satu sama lain selepas majlis berkenaan.

jodoh 1

Aien diijabkabulkan dengan suaminya pada 6 Ogos lalu.

Sehinggalah tiga bulan kemudian, kedua-duanya 'bertemu' di Instagram dan mula berhubung menerusi laman sosial berkenaan.

"Kami 'follow' akaun Instagram masing-masing dan selalu bermesej menerusi Direct Message (DM). Ketika itu kami tak bertukar nombor telefon pun.

"Dia kemudian ajak saya lepak dan sembang-sembang tapi saya ajak dia teman ke majlis perkahwinan salah seorang rakan saya. Itulah 'dating' pertama kami.

jodoh 2

Insiden lucu yang berlaku sewaktu majlis perkahwinan rakan baik pada tahun lalu tanpa disangka menyatukan pasangan ini.

"Selepas enam bulan kenal, dia cakap nak masuk merisik. Dia memang seorang yang sangat gentleman sebab berani nak jumpa ibu bapa saya untuk ke fasa seterusnya," ujarnya yang bekerja di Shah Alam, Selangor.

Mengikat tali pertunangan pada Disember 2020, pasangan ini akhirnya selamat disatukan pada 6 Ogos lalu.

"Sepatutnya majlis resepsi kami pada bulan Jun lalu tetapi seminggu sebelumnya, kerajaan isytihar pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tunda kepada Julai, tapi ada ahli keluarga saya dijangkiti Covid-19.

Tak sangka, masa nak sambut hand bouquet tu, ada seorang dulang boy ni pun nak sambut juga tapi saya yang dapat.

AIEN JEFRI

"Selepas pelbagai dugaan, akhirnya kami sah disatukan sebagai suami isteri pada 6 Ogos.

"Apa yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah kerana sikapnya rajin berusaha, utamakan saya dan famili. Dia juga berusaha keras, buat kerja part time... nampak effort dia nak halalkan saya. Itu buat saya terharu," ceritanya.

Sekadar memuat naik di TikTok untuk mengabadikan momen istimewa hari bahagianya, Aien sama sekali tidak menyangka perkongsian kisahnya meraih perhatian ramai.

"Memang tak sangka bertemu jodoh ketika majlis rakan baik, dan sekali lagi tak sangka video saya viral. Bila baca komen-komen orang, semuanya lucu. Ada yang nak jadi bridesmaid dan dulang boy sebab nak cari jodoh.

tunang

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

"Ada juga yang kata, mudahnya jodoh saya. Sebenarnya bukan pasal jadi bridesmaid atau dulang boy, tapi jodoh itu kententuan Allah. Rezeki jodoh saya dan suami macam tu.

"Saya sendiri pun tak sangka. Selalu kita tengok dalam filem atau drama saja. Bila jadi dekat diri sendiri, macam tak percaya. Rasa macam baru semalam kami sama-sama sambut hand bouquet. Alhamdulillah, ramai yang turut doakan rumah tangga kami," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain