SETIAP pasangan pasti mempunyai cara tersendiri untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan masing-masing agar ia tersimpan sebagai satu momen istimewa. Begitu juga halnya dengan pasangan ini yang memilih untuk 'bersanding' sekali lagi ketika menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang yang ketujuh. Lengkap dengan busana songket berwarna krim siap dengan pelamin, pasangan ini ceria saat diraikan oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan dalam satu majlis ringkas baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Bikin polis keliru, ‘lelaki paling cantik’ terpaksa tunjuk MyKad sebelum masuk stadium ARTIKEL BERKAITAN: Apalah nasib jejaka ini! Berambut panjang tiru Aedy Ashraf digelar ‘lelaki cantik’, rambut pendek dikata macam pengkid pula Bagaimanapun video yang dikongsikan di laman sosial ketika momen istimewa itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen gara-gara penampilan 'feminin' si suami. Berkongsi cerita dengan mStar, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Abe Pink berkata, idea untuk mengenakan busana raja sehari sewaktu ulang tahun perkahwinan bersama isteri timbul secara spontan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebenarnya, ulang tahun perkahwinan kami pada Februari lalu namun disebabkan Covid-19, jadi ia tertangguh. Baru-baru ini bila dah ada kelonggaran, baru berpeluang untuk meraikannya. "Langsung tak dirancang. Pada mulanya nak photoshoot untuk produk, tapi disebabkan saya ramai kenalan, alang-alang bolehlah nak raikan bersama. Tak sukar pun sebab saya ramai kawan dalam bidang fotografi dan bisnes butik pengantin, tak perlu nak tempah lebih awal," ujarnya yang juga pengasas produk makanan tambahan Hommes Beauty. Lelaki berusia 35 tahun ini berkata dia menyedari dirinya menjadi perhatian ramai selepas video persandingannya tular di aplikasi TikTok, gara-gara penampilannya yang berambut panjang rona perang dan bersolek. Pasangan ini bersanding sempena meraikan ulang tahun perkahwinan yang ketujuh. "Saya tahu ada reaksi positif dan juga negatif. Dari segi positifnya, ramai yang mendoakan hubungan kami suami isteri hingga ke jannah. Saya menghargainya dan ucap terima kasih. Mereka ini kebarangkalian dah lama 'follow' saya. "Namun tak kurang juga ramai yang lontarkan komen negatif. Bagi saya, mereka mungkin fisrt time tengok video saya atau baru follow saya. Kalau nak tahu, saya dengan isteri tak terkesan pun dengan kecaman. Isteri Abe Pink turut terkena tempias apabila dia dikecam. "Sebelum ini pernah terviral juga sekali. Masa tu terkejut juga. Jadi kali ini lebih tenang sebab dah ada pengalaman sikit. Jadi kami boleh handle," ujarnya yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan. Bapa kepada empat orang anak ini berkata, dia sudah lali dengan kecaman dan menganggapnya sebagai asam garam dalam dunia perniagaan. Berlapang dada dengan setiap teguran mahupun nasihat, bagaimanapun kata lelaki ini, hatinya pernah terguris gara-gara isteri tersayang turut menjadi mangsa kecaman netizen yang bersikap 'judgemental'. Bukan saya tak mahu berubah... bohonglah. Saya cuba. Iya saya tahu niat tak halalkan cara, namun anda tak ada di tempat saya. ABE PINK "Paling teruk, ada yang kata isteri saya salah sebab tak tegur malah menyokong perbuatan saya. Mereka tahu ke apa yang isteri saya buat? Jangan salahkannya. Bukan dia tak tegur. Kalau nak kecam, kecamlah saya seorang. "Jujurnya, terlampau ramai yang tanya kerana melihat kerja dan penampilan saya dulu dan sekarang berbeza. Namun orangnya masih sama, penampilan saja berbeza ikut dunia pekerjaan. "Bukan saya tak mahu berubah... bohonglah. Saya cuba. Iya saya tahu niat tak halalkan cara, namun anda tak ada di tempat saya. Mereka yang tak alami memang tak dapat rasa. Abe Pink menganggap isterinya seperti satu dalam sejuta. "Di sini, orang yang paling saya hargai adalah isteri. Dia ibarat satu dalam sejuta. Takkan ada wanita di dunia ini sepertinya. Dia paling memahami dan sentiasa ada di belakang. Saya tak tahu nak menilai kebaikannya," ujarnya lagi. Justeru, lelaki ini berharap agar orang ramai tidak mudah menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran semata-mata. "Orang yang judge saya ini sebenarnya belum pernah bersemuka dan bercakap dengan saya 'face to face'. Mereka hanya kenal dari media sosial saja. Jangan mudah jatuhkan hukuman. Apa salahnya doakan yang baik-baik. Mana tahu mungkin dalam doa ramai-ramai ni, ada yang termakbul," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!