DI SEBALIK rasa syukur dan gembira, linangan air mata turut mengiringi majlis perkahwinan wanita ini. Menurut Wan Nur Afifah Wan Hamidon, 26, dia sebak melihat si bongsu, Wan Afiq Izzudin, 17, yang tumpah air mata pada majlis akad nikahnya pada Sabtu lalu. Mesra disapa Afifah, anak kelima daripada sembilan beradik itu mengakui gagal menahan emosi, sekaligus menyebabkan berlakunya drama air mata dalam majlis berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin biarkan saja air matanya mengalir, tak mampu tahan emosi lihat adik menangis masa jadi wali - “Dah tak boleh manja dengan kakak” ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin berjurai air mata di pelamin, hiba tengok bapa menangis tak sanggup ‘lepas’ anak bongsu - “Saya kira, memang sembilan kali ulang lafaz” "Saya anak kelima dalam keluarga. Adik-beradik atas saya semua dah kahwin. Jadi saya merupakan kakak yang paling besar kat rumah. "Kalau ada apa-apa, memang adik-adik akan cari saya dan minta tolong dengan saya. Nak beli barang pun saya yang akan tolong, sebab tu dia sedih. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya sendiri pun tak sangka adik bongsu akan menangis dalam majlis tu. Saya macam terkejut bila dia menangis. Saya pun dah tak fikir mengenai mekap, saya nangis saja. Akhirnya, semua satu famili menangis," ujarnya kepada mStar. Menurut Afifah yang menetap di Bangi, Selangor, dia juga tidak menyangka video ketika majlis akad nikahnya akan tular di aplikasi TikTok. Jelasnya, video yang dikongsi oleh kakaknya, Wan Husna, 31, sehingga kini meraih lebih 600,000 tontonan dan turut dibanjiri dengan pelbagai komen netizen. Pasangan ini selamat dinikahkan pada Sabtu lalu. Selain rakaman detik emosi ketika akad nikah, video tular itu turut memaparkan adik bongsunya yang kelihatan sedih dan sedang termenung di dalam kereta pada hari kejadian. "Saya terkejut juga bila dah viral. Banyak sangat doa yang saya terima. Sangat terharu baca komen-komen netizen. Saya juga sedih bila ingat pesanan ayah. Selama ini, saya selalu jadi driver untuk ayah. AFIFAH "Ada yang berkongsi kisah mereka dan kakak kepada bakal pengantin yang risau akan menangis ketika majlis nanti, pesan saya kena sediakan tisu. "Bagi saya detik itu penting. Nangis saja puas-puas. Mekap jangan risau, boleh touch up balik," ujarnya berseloroh. Dalam majlis pada 20 November lalu, Afifah selamat dinikahkan dengan suaminya, Wan Muhammad Adib Wan Abd Malik, 27, yang sudah dikenalinya sejak lima tahun lalu. Afifah bersama adik bongsunya. Jelas Afifah, dia kini tinggal berasingan dengan keluarga dan sedang membiasakan dirinya yang baru memasuki alam rumah tangga. "Saya masih nak menyesuaikan diri lagi. Teringat dekat adik-adik, teringat juga dekat anak buah saya seramai 12 orang. "Saya juga sedih bila ingat pesanan ayah. Selama ini, saya selalu jadi driver untuk ayah. Dia pergi kerja pun saya selalu hantar. Gambar kenangan ahli keluarga bersama pengantin baharu. "Hari tu kami balik kampung sama-sama, saya tolong drive juga. Ayah sedih sebab tu kali terakhir saya drive untuk dia sebelum saya kahwin. "Dia juga pesan supaya saya jadi isteri yang baik. InsyaAllah semua baik-baik saja. Walaupun duduk berasingan, rumah kami tak jauh," uja Afifah yang bekerja sebagai jurugambar perkahwinan sejak tahun 2017. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!