suria

Macam bodyguard! Dabu cool, setia ke mana sahaja... tuan mandi air terjun, main bowling pun nak berkepit je!

FotoJet (13)

DIMANA ada tuannya, disitu pasti ada Dabu.

Gelagat manja kucing gebu ini duduk di atas riba siap di tepuk manja seorang wanita ketika berada di sebuah pusat bowling baru-baru ini, ternyata “dicemburui” ramai.

ARTIKEL BERKAITAN : "Kalau top up mesti kena sound" - Wanita disindir, siap dituduh penipu gara-gara bayar tol guna jam... jangan terkejut, dah ada yang bida nak beli!

ARTIKEL BERKAITAN : Kena prank dek rakan sekampus, laptop 'hilang' punca siswa bikin video parodi... tak sangka follower bertambah, kawan baharu pun ramai!

“Dia lupa la tu dia tu kucing eiii,” komen seorang warga maya kegeraman.

Bercakap kepada mStar, pemilik kucing jantan tersebut Eminadia Che Ismail, 23 berkata Dabu yang kini berusia dua tahun lebih sememangnya akan ikut dia ke mana sahaja dia pergi.

Jelasnya, kucing baka British Short Hair yang dibeli ketika umurnya 4 bulan itu sememangnya sangat manja, namun dia tetap akan memilih orang.

“Sejak kerja di Animal Kingdom Pet Store ni saya memang hari-hari bawa dia pergi kerja, nak ke mana-mana pun saya bawa, air terjun, tengok pertunjukan api dekat pantai pun bawa dia.

“Dalam video tu masa kami main bowling yang dukung dia tu mak boss saya,” katanya, menambah dia membeli Dabu di Sungai Petani, Kedah pada harga RM200.



Dabu dengan pemiliknya Nad.

Mesra di panggil Nad, gadis bujang yang menetap di Langkawi ini berkata Dabu seeokor kucing yang sangat tertib dan sopan, dan tidak pernah mengganggu individu lain.

“Dia memang tak akan kacau orang duduk diam je. Kalau kita makan pun Dabu tak kacau janji ada ayam rebus untuk dia.

“Memang saya tak ada train apa-apa, memang semula jadi macam tu.

“Dabu suka tidur, lapar ja bangun makan lepas tu tidur balik,” katanya, menambah kucingnya itu juga kurang mengeow.



Dabu ikut pemiliknya ke mana-mana sahaja dia pergi.

Nad yang turut membela 10 ekor kucing jalanan lain berkata nama Dabu diberi oleh kakaknya dan ianya dipilih kerana warna kucing tersebut iaitu kelabu.

Menurut Nad, kucingnya yang segak berbaju setiap hari itu akan sentiasa menarik perhatian orang ramai untuk bergambar dengannya.



Dabu pakai baju setiap kali dia keluar.

Selain kedainya, Nad berkata sebahagian baju dengan pelbagai corak berbeza itu dibelinya di Shopee.

“Dia memang hari-hari pakai baju kalau ikut pergi kerja dan jalan-jalan.

“Bila orang nampak dia selalu orang akan minta nak bergambar, minta nak dukung dan cubit pipi,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain