BERGELAR isteri kepada anggota tentera tidak mudah. Selain terpaksa menahan rindu akibat hidup berjauhan, mereka juga kadangkala terpaksa membesarkan anak seorang diri di saat suami masing-masing memerah keringat demi menjaga keselamatan tanah air yang tercinta. Walaupun reda dengan ketentuan itu, hati kecil seorang ibu pasti tetap terusik terutama sekali apabila melihat anaknya takut melihat bapa sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia boleh berhenti letak tepi jalan” - Ibu tersentuh tengok cara suami didik anak, tapi akur walau orang lain nampak kasar ARTIKEL BERKAITAN: Macam bodyguard! Dabu cool, setia ke mana sahaja... tuan mandi air terjun, main bowling pun nak berkepit je! Berkongsi video reaksi anaknya yang pertama kali bersua muka dengan bapanya di media sosial, seorang wanita mengaku hatinya pedih dan luluh apabila melihat si kecil itu melihat bapa sendiri umpama 'orang asing'. "Kesian anak mama dah dekat setahun masih tak kenal daddy sendiri," tulisnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Ayuni, 27, berkata, anaknya yang baru berusia 11 bulan itu tidak pernah berjumpa dengan bapanya secara berdepan. "Dari lahir lagi memang tak kenal ayah dia sebab kitaorang PJJ (perhubungan jarak jauh), saya tinggal di Kedah sebelum ni manakala suami di Johor Bahru, baru je dapat rumah di Johor Bahru berapa hari dia terus masuk kursus selama dua bulan. "Jadi tak sempat anak nak manja-manja," kata ibu kepada tiga anak yang masih kecil ini. Anak perempuan Ayuni tidak pernah berjumpa dengan ayahnya sebelum ini. Ayuni yang menjalankan perniagaan secara dalam talian berkata, apa yang lebih menyedihkan adalah, anaknya itu merupakan anak perempuan yang paling dinantikan suaminya. "Saya memang sedih bila tengok reaksi dia, lagi pula anak yang ni memang suami saya tunggu sebab dia memang nak anak perempuan sebab sebelum ni dua-dua lelaki. "Anak yang lain sekarang dah okay, sebab dah besar, dulu mereka pun sama juga (tak rapat dengan ayah), tapi sekarang dah cerdik," katanya menambah dua lagi anaknya berusia lima dan tiga tahun. Kanak-kanak ini menangis dan lari ketika pertama kali melihat ayahnya. Menurut Ayuni, memandangkan suaminya itu bakal 'meninggalkan' mereka sekeluarga kembali kerana perlu bertugas, dia mengakui sedikit bimbang untuk membiarkan anaknya itu rapat dengan bapanya. "Sekarang dia cuti lima hari je dari kursus, lepas ni dia akan masuk ops semula dan dia bakal out-station lagi. "Buat masa ni anak saya memang tak nak, ayah dia masih cuba nak ambil hati tapi saya tak berani nak bagi rapat sangat sebab berapa hari lagi dia dah nak kena masuk operasi pula," katanya. Ayuni bersama keluarga kecilnya. Ayuni berkata, mereka bagaimanapun sentiasa berhubung walaupun ketika suaminya itu berjauhan dari keluarga. "Memang hari-hari akan video call tapi anak saya dalam video call okay je, bila depan-depan dia takut. "Tapi anak-anak yang lain memang menangis rindu nak ayah diaorang, hari-hari tanya bila boleh jumpa," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!