suria

Gempar ular sawa dalam ‘stroller’! Ada sebab dibawa macam anak kecil, 2 gadis nak pastikan reptilia berbahaya tak ganggu kerja... siap bagi tip jinakkan ular

Foto tengah Amirah membawa seekor ular sawa menaiki kereta sorong bayi, kanan Irra memegang ular sawa.

INGATKAN budak kecil, rupa-rupanya seekor ular sawa yang dibawanya dalam kereta sorong bayi.

Begitulah aksi seorang wanita yang kelihatan bersahaja menolak kereta sorong bayi atau stroller sambil membawa reptilia itu bersiar-siar seperti anak kecil.

Bercakap kepada mStar, Syaidatul Syahira Shazadi berkata, individu yang menolak kereta sorong bayi itu merupakan rakan sekerjanya yang dikenali sebagai Amira di Taman Hidupan Liar Langkawi (THLL).

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini pakai turban, mafla ular sawa, tidur dengan iguana... tak geli tapi terapi! - "Bela haiwan eksotik orang takut nak curi"

ARTIKEL BERKAITAN: Alamak, tak matilah! Dua sahabat lari lintang pukang selepas 'acah berani' tarik ular sawa kekenyangan - "Kami excited dapat tengok depan mata"

Menerusi video yang dirakam di THLL pada minggu lalu, wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, ketika itu dia bertugas dalam sesi interaksi bersama ular seperti kebiasaan.

"Masa tu saya yang jaga ular, tapi ular sawa tu tak nak duduk diam. Ia banyak bergerak.

"Dan kebetulan ada stroller di situ, rakan sekerja saya Amira pun cadangkan letak ular dalam stroller untuk tengok sama ia diam atau tidak," katanya ketika dihubungi.

ular dalam stroller 3

Ular sawa yang terdapat di Taman Hidupan Liar Langkawi.

Namun apa yang mengejutkan apabila ular sawa Burma sepanjang lebih dua meter itu berjaya dijinakkan malah begitu tenang sepanjang menaiki kereta sorong bayi.

"Tak susah nak jaga ular yang sudah jinak ni. Kita hanya perlu peka untuk mengendalikan ular supaya tidak silap langkah.

"Contohnya seperti silap cara pegang yang membuatkan ular tersebut tidak selesa. Tipnya adalah kita perlu faham sifat ular tersebut, barulah kita boleh kendalikannya dengan mudah," ujarnya yang berasal dari Langkawi, Kedah.

ular dalam stroller 2

Irra mengendalikan ular sawa.

Bagaimanapun, dia menjelaskan, kegunaan kereta sorong bayi bagi membawa ular sawa itu sekadar hiburan semata-mata.

"Masa tu kami bawa keluar ular untuk letak di satu tempat khusus buat interaksi bersama pengunjung bagi sesi bergambar. Tolak stroller tu hanya untuk hiburan," tegasnya.

Lebih mesra disapa Irra, katanya, sesi interaksi ular itu berlangsung selama sejam dan melibatkan dua sesi iaitu dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari, manakala seterusnya pukul 4 petang hingga 6 petang.

ular dalam stroller 6

Amira dengan landak raya.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia mula berkhidmat di THLL sejak 2015 dan kini bertugas di bahagian khidmat pelanggan dan sebagai 'educator'.

"Selain ular sawa, ada juga hidupan lain di sini seperti rakun, buaya, musang gurun, emu, burung kasawari dan burung unta.

Tak susah nak jaga ular yang sudah jinak ni. Kita hanya perlu peka untuk mengendalikan ular supaya tidak silap langkah

SYAIDATUL SYAHIRA SHAZADI

"Paling menjadi tarikan di sini adalah ular sawa dan rakun, yang mana pengunjung boleh sentuh dan bergambar secara percuma," katanya sambil menambah turut menjadi perhatian adalah burung serindit yang mesra dengan pengunjung.

Berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan, kata Irra, dia pernah terkena najis ular ketika mengendalikan reptilia itu semasa bertugas.

ular dalam stroller 5

Foto kiri Irra memegang helang merah, kanan Irra bersama musang pandan.

"Masa Irra dukung seekor ular, ular tu tiba-tiba berak macam tu je. Habis baju dan seluar Irra berbau busuk terkena najis," ujarnya secara berseloroh.

Dalam pada itu, Irra menyedari ramai yang mahu bergambar bersama ular tetapi masih berasa bimbang untuk berada dekat denganya kerana dikhuatiri haiwan itu bertindak agresif.

"Saya nasihatkan mereka yang nak pegang ular, semestinya cuci tangan terlebih dahulu. Jangan memicit atau genggam ular dengan kuat bagi mengelak ia terkejut.

"Pada masa sema staf di taman ini akan tolong guide pengunjung untuk menyentuh badan ular terlebih dahulu supaya mereka tidak panik ketika memegangnya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain