SEKIAN lama tidak bersua muka sesama sanak saudara lantaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang mengambil kesempatan apabila kerajaan memberi kelonggaran merentas negeri untuk pulang ke kampung atau bercuti secara berkumpulan. Tidak terkecuali bagi keluarga ini yang menganjurkan hari keluarga selepas masing-masing tidak bertemu selama dua tahun. Waktu berharga sepanjang tiga hari dua malam di sebuah homestay di Melaka itu dimanfaatkan dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti permainan, barbeku, gotong-royong memasak dan sebagainya. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tercampak’ di kawasan tiada coverage, gadis berterima kasih kepada ‘orang kuat’ di sebalik game bulldozer dan hari keluarga yang happening ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jodoh’ kerja sebumbung tapi tak nampak gara-gara baju ala PPE, mujur ada Family Day... wanita Semarang akhirnya bertemu suami dari Marang Apa yang menariknya, Nur Amira Wahida Musnazri turut berkongsi video-video aktiviti permainan serta sukaneka keluarganya yang lucu sehingga netizen turut sama terhibur. "Sebenarnya, inilah pertama kali keluarga belah ayah saya anjurkan family day. Kebetulan adik beradik ayah seramai empat orang dah dua tahun tak jumpa satu sama lain gara-gara PKP. "Ada yang duduk di Selangor, ada yang duduk di Negeri Sembilan. Jadi kami semua rancang berkumpul bersama-sama bukan sahaja untuk bertanya khabar, tetapi mengeratkan hubungan silaturrahim," ujar wanita yang senang disapa sebagai Amira ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercerita mengenai permainan ketika hari keluarga tersebut, Amira berkata dia dan sepupu-sepupunya mendapat idea daripada perkongsian orang ramai di TikTok. Keluarga sebelah bapa Amira berkumpul selepas dua tahun tidak bersua. "Contohnya permainan pilih-pilih baju, suami solek isteri dan lain-lain, kebanyakan idea dapat daripada TikTok. "Mula-mula risau juga idea permainan-permainan ni tak diterima, tapi rupa-rupanya pakcik-pakcik dan makcik-makcik sporting habis. Paling best, atuk nenek pun layan cucu-cucu dan join main sekali. "Tapi banyak permainan yang kami senaraikan tak sempat nak habiskan dalam tempoh tiga hari dua malam tu. Nampaknya wajib buat family day lagi. Ini kami baru je balik, tapi dah ada yang bagi cadangan lokasi family day seterusnya," ujar penuntut jurusan Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang ini. Aktiviti wajib ketika hari keluarga iaitu barbeku. Sekadar membuat perkongsian untuk mengabadikan momen manis dengan keluarga, Amira berkata dia bagaimanapun tersentuh apabila membaca sesetengah komen daripada netizen. "Ada yang komen, untungnya dapat buat family day dan habiskan masa dengan keluarga, syoknya dapat family sporting. Mereka sedih sebab tak berpeluang ada momen macam tu dengan keluarga masing-masing. Banyak permainan yang kami senaraikan tak sempat nak habiskan dalam tempoh tiga hari dua malam tu. Nampaknya wajib buat family day lagi. NUR AMIRA WAHIDA MUSNAZRI "Saya tak tahu macam mana nak balas komen mereka, namun saya doakan agar satu hari nanti mereka dapat rasa juga momen yang sama," ujarnya yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan. Tidak menyangka videonya meraih melebihi 332,000 jumlah tontonan, Amira berkata dia gembira kerana secara tidak langsung perkongsiannya dapat memberi idea kepada mereka yang merancang untuk menganjurkan hari keluarga. "Tak sangka video yang atuk, ayah dan pakcik-pakcik join game pilih-pilih baju tu jadi viral. Ramai yang komen atuk comel bila gayakan baju yang dipilihnya secara random. Setiap detik sewaktu berkumpul bersama-sama dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh keluarga Amira. "Pakaian pakcik yang dapat baju hujan pun ramai komen lucu. Atuk gelak je bila beritahu ramai cakap dia comel. Paling tak sangka, followers saya dekat TikTok pun naik gara-gara video tu viral. "Apa yang boleh saya kongsikan, walau sibuk macam mana sekali pun, kena cari masa dengan keluarga. Keluargalah yang ada waktu susah senang. "Terpulang kepada cara masing-masing untuk eratkan hubungan... mungkin ada yang suka melancong bersama-sama, anjur hari keluarga dan sebagainya," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI