suria

Lapan tahun kru kabin di Arab Saudi, sehari selepas pulang ke tanah air plan punah kerana PKP... saat buntu mujur adik bagi idea, kini tiap hari live jual bundle

Shasha sebelum ini bekerja di Arab Saudi selama lapan tahun.

LAPAN tahun bertugas sebagai kru kabin di awan biru bukanlah satu tempoh yang singkat.

Malah, Norhajar Aishya Che Ismail, 31, banyak mengukir kenangan sepanjang berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbangan di Arab Saudi.

Pada tahun lalu, dia pulang untuk mencari rezeki di tanah air, namun pandemik Covid-19 tiba-tiba meruncing sekaligus menggagalkan rencana yang sudah dirangka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah puas ‘layan’ menangis dibuang kerja, pramugari terima 2 tawaran job datang serentak - “Tak sangka baca berita mengenai bekas syarikat saya bekerja”

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti kerja kru kabin, berkahwin tapi jodoh tak panjang... wanita ini cekal besarkan anak dengan bisnes takoyaki

"Lapan tahun saya menetap di Jeddah. Pada awal tahun lepas saya berhenti kerja sebab dapat tawaran kerja dengan sebuah syarikat penerbangan di Malaysia.

"Memang saya pun dah berniat nak balik ke Malaysia. Alang-alang ada rezeki, apa salahnya. Saya sampai di Malaysia sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Awalnya saya fikir ia tak seteruk ini. Namun, tawaran kerja itu tertangguh sehingga ke hari ini," jelasnya kepada mStar.

Mesra disapa Shasha, dia akui buntu apabila rancangannya untuk bekerja di tanah air tidak berjalan seperti yang dijangka.

shahsha33

Shasha berniaga bundle sejak tahun lepas.

Malah katanya, dia sedih memikirkan nasib diri, tambahan pula PKP berlanjutan dalam tempoh yang sangat lama.

"Dalam tempoh itu, saya memang down. Saya pun ada komitmen, jadi ia memang satu dugaan buat saya.

Dulu habis satu flight, maka habislah cerita itu. Tapi bila buat bisnes, kita kena kerja lebih keras.

SHASHA

"Saya terfikir nak jual kosmetik. Tapi agak susah untuk penjenamaan kerana orang tak kenal saya.

"Tambahan pula ketika itu PKP, kilang pun ditutup," ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Akhirnya kata Shasha, dia diperkenalkan kepada dunia bundle oleh adiknya sekitar September tahun lalu.

shasha2

Shasha bersama suaminya.

Mengambil peluang yang ada, Shasha mula bergiat aktif mengusahakan perniagaan pakaian bundle demi mencari rezeki untuk keluarga.

"Adik yang kenalkan saya dengan bundle. Jadi saya mula berniaga dari rumah, saya berniaga live melalui TikTok.

"Ia sangat mencabar pada awalnya. Ada banyak saingan kerana orang lain pun dah lama berniaga bundle. Tapi syukur, sekarang ia makin mendapat sambutan.

"Saya tak menang tangan sehingga terpaksa ambil dua pekerja. Berniaga memang susah, tapi dulu ketika di Saudi, saya pernah jual abaya secara sambilan," ujarnya yang menetap di Dungun, Terengganu.

shahsa5

Shasha kembali ke tanah air pada tahun lepas.

Menurut Shasha, dia juga tidak menyangka video perjalanan kerjaya yang dimuat naik ke TikTok akan meraih perhatian ramai.

Jelas Shasha lagi, penangan video tular turut membawa ramai pelanggan baharu dari TikTok yang berminat membeli pakaian terpakai jualannya.

"Awalnya, saya teragak-agak untuk keluarkan video tu. Tapi kalau saya tak buat begini, mungkin orang tak tahu saya berniaga. Alang-alang dah masuk bidang ini, saya tutup mata saja.

"Tak sanga ramai yang contact saya selepas video viral. Nasihat saya kepada yang baru nak berniaga, buat saja. Awalnya saya pun fikir mengenai pandangan orang.

shasha1

Shasha menetap di Jeddah ketika bekerja dalam bidang penerbangan.

"Macam saya, dulu airlines, sekarang jual bundle. Risau orang pandang sebelah mata. Tapi pandangan orang saya letak di tepi. Yang penting, kena kekalkan momentum dan cari motivasi untuk diri sendiri.

"Memang berbeza kerja dulu dan sekarang. Dulu habis satu flight, maka habislah cerita itu. Tapi bila buat bisnes, kita kena kerja lebih keras. Dulu setiap hujung bulan, dapat gaji. Kita pun ada majikan.

"Sekarang, hanya diri saya yang kena gerakkan bisnes ini," ujarnya lagi.

Kata Shasha, sudah tentu dia rindu untuk bekerja di awan biru, namun setakat ini dia tiada perancangan untuk kembali ke bidang itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain